Part 15

208 16 0
                                    


"Assalamualaikum". Pintu bilik Ummu diketuk perlahan. Lalu dia membukanya sedikit. Oh, Thaqif rupanya.

"Kenapa?". Sambil matanya tertumpu pada jam dinding. 2 jam sahaja berbaki lagi sebelum dirinya menjadi isteri orang.

"Boleh abang masuk?"

"Tapi kenapa? Maaflah bukan Ummu tak bagi cuma kalau daddy dan abang Haziq nampak macam mana?". Tanya Ummu.

"Erm, tak boleh ke abang nak cakap dengan adik abang sebelum Ummu jadi isteri orang?". Thaqif tersenyum ikhlas memandang Ummu.

Allahu. Hati Ummu bagai direnjat sesuatu. Jiwanya terguris dengan panggilan "adik". Tetapi kata-kata Thaqif tidak dapat disangkal, sememangnya mereka berkongsi ibu yang sama. Mata Ummu mulai merah, dia tunduk. Tidak mampu lagi menatap wajah jejaka itu.

Lantas Thaqif memberanikan diri untuk masuk ke bilik Ummu. Lalu dia menepuk-nepuk sebelahnya sebagai isyarat kepada Ummu supaya duduk di sebelahnya dan mereka duduk berhadapan di birai katil.

"Kenapa adik abang ni? Lagi 2 jam nak nikah, patutnya bride to be ni happy tapi mata Ummu macam kena bawang je. Haha". Gelak kecil Thaqif.

Sungguh. Dia berpura-pura gembira. Masakan kita mampu tersenyum di kala luka? Tetapi demi Ummu, dia lawan dengan segala kudrat yang ada.

Ummu hanya mampu membisu seribu bahasa. Dia terluka kerana secepat itukah Thaqif menerima segala-galanya. Sepanjang malam dia menangis tetapi Ummu cuba untuk redha akan takdirNya. Dikuatkan hatinya untuk memandang mata Thaqif kerana itu adalah "abang"nya, jika tidak, takkan sesekali dia berani pandang pada mana-mana lelaki. Thaqif juga memandangnya, dia sedar Ummu juga terluka.

"Alolo, comelnya adik abang hari ni. Nampak 2 biji mata pun dah comel kalau nampak hidung adik yang sepet tu lagilah comel. Kan ?"

Pipi kanan Ummu dicubitnya tetapi beralas dengan niqab. Belum berani lagi jejaka itu memegang.

"Eh, mana abang tahu hidung Ummu sepet ke mancung?". Ummu paksa dirinya untuk bergurau.

"Mungkin perempuan pakai niqab ni sebab nak sorok hidung dia, macam Ummu lah. Hidung tu tak mancung, agak-agak pipi tu ada macam pau tak? Haha".

Kedua-duanya ketawa bersama-sama.

"Takdelah. Adik abang kan nak nikah. Kenapa nak membazirkan air mata untuk perkara yang dah terjadi? Let by gone be by gone. Air mata awak tu terlalu berharga untuk ditangisi bagi seorang lelaki yang bukan sesiapa. Abang yakin semua tu ada hikmah yang tersembunyi. Yakin sangat".

Thaqif tersenyum dalam sambil memegang bahu Ummu.

"Memang kita terluka tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Ujian kita ni apalah sangat jika nak dibandingkan dengan ujian dakwah Rasulullah s.a.w. Layakkah kita nak cakap kitalah paling susah dalam dunia ni? Dia menguji kita semampunya diri kita. Senyumlah perancangan Allah lebih hebat". Dia meneruskan kata-katanya dengan segala daya yang ada.

"Betul tapi lelaki yang saya tangisi adalah lelaki yang istimewa. Bukannya lelaki sesiapa tetapi dia lelaki luar biasa. Rasa di hati saya ni ikhlas".

Ummu sudah tidak memampu memanggil abang pada Thaqif. Hatinya bagai dihiris apabila mendengarnya. Lalu tangan Thaqif ditepis. Dia segera bangun dan menghadapkan badannya di hadapan cermin. Baju pengantinnya diamati.

Lantas Thaqif berdiri di belakang Ummu. Hanya cermin menjadi pantulan. Lalu dia berkata lembut.

"Ummu salah, sayang. Lelaki yang luar biasa hanya satu sahaja iaitu ayah kita. Seterusnya suami kita. Hanya mereka sahaja layak digelar lelaki luar biasa". Matanya berkaca ketika memandang Ummu di dalam cermin.

"Sebenarnya kita yang salah. Kita menzahirkan cinta pada landasan yang salah. Memang betul kita takde pegang-pegang, berdua-duaan dengan sengaja atau apa-apa je couple moden buat sekarang tapi hati kita tu, hati kita tu hanya layak untuk Allah je. Hanya Dia yang berhak kita cintai. Mana mungkin kita mampu cintai manusia tanpa didasari cinta kepada Allah dahulu".

Ummu tersentap.

"Cinta sebelum nikah itu salah. Itu cinta dari syaitan semata-mata. Syaitan inilah yang menghasut sehingga perkara kotor seperti ini kelihatan begitu suci sehinggakan kita saling meluahkan dalam bahasa hati. Kononnya nak jaga ikhtilatlah daripada berterus-terang tapi hakikatnya berzina hati. Apa tu orang panggil? Cinta islamik? Ajaran islamkah itu? Wah, hebat umat sekarang. Ilmu tak setinggi para sahabat tapi pemikirannya melebihi mereka pula. Nampak kan syaitan memainkan dua hati yang belum lagi disucikan atas satu ikatan?".

Ummu hadam sahaja, kata-kata Thaqif begitu dalam. Dan dia menundukkan kepalanya sambil berbicara. Thaqif baru sedar selama ini cintanya pada Ummu adalah dusta semata-semata.

"Dan itulah silap saya, Ummu. Saya mencintai awak sebelum kita bernikah. Meskipun tiada luahan cinta antara kita terungkap tetapi kita menyampaikannya melalui hati. Itu yang salahnya. Alhamdulillah, kita bersaudara. Mungkin itu cara Allah nak selamatkan kita.".

Thaqif memaksa dirinya tersenyum meskipun terluka dengan perkataan "saudara".

"Percayalah tulang rusuk takkan tertukar. Haziq adalah sebaik-baik lelaki yang diciptakan untuk Ummu. Abang yakin Ummu akan jadi isteri yang solehah dan bakal ibu yang solehah. Taati Dia dan suami Ummu. Andai puasa dan solat turut sama dijaga, abang yakin Ummu bakal menjadi ketua bidadari syurga untuk Haziq. Dan Ummu masuklah mana-mana pintu syurga yang Ummu nak. In sha Allah. Abang doakan kebahagiaan adik abang ni. Assalamualaikum".

Lalu Thaqif meninggalkan bilik itu. Ummu sudah hilang daya untuk berfikir. Dengan kudrat yang ada, dikesat air matanya dan bersiap-siap untuk acara besarnya nanti.

Menghitung detik 120 minit lagi.

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now