Part 39

43 4 0
                                    


Fakira menelusuri hadapan Teratak Salju a.k.a rumah agam Thaqif.

"Mak aiii rumah ke airport ni?". Gamamnya seorang diri dalam kereta. Melihat jam di tangan ngam-ngam jam 8. Dia menarik nafas lega. Jika teringatkan pesanan mumia itu semalam memang tak tidur malam lah. Omelnya.

"Kau ingat aku eh?". Kening jejaka itu diangkat dipasangkan bersama dengan satu senyuman.

"Daripada ingat encik baik saya ingat Allah. Pahala pun dapat". Jeling Fakira dengan mata 360° berpusing ligat macam spin mesin baju tu.

"Eah? Baru aku tahu tadi tu kau zikir rgopenya". Kini giliran Thaqif pula menjeling. Sengaja dia menyindir Fakira kerana hatinya yakin gadis itu memikirkannya.

"Encik ni lambat saya tinggal kang". Pedal minyak sengaja ditekan-tekankan tanda amaran. Nasib tak keluar api je kat belakang.

"Tinggal lah kalau berani. Kau tinggal aku, agreement burn". Dengan kaki terhincut-hincut Thaqif sengaja berjalan menuju masuk ke dalam rumahnya semula.

Pong-pong!!!

"Cepat masuklah". Jerit Fakira dari dalam kereta. Dia pun dah rimas dengan perangai mumia tu yang semakin hari semakin mengada-gada.

"Bukaklah pintu untuk aku. Tak nampak ke kaki aku sakit ni?".

Dengan hati yang tak rela plus tak redha. Fakira turutkan sahaja permintaan mumia itu. Sengaja pintu belah pemandu ditutup kuat-kuat.

"Yang sakit tu kaki, bukannya tangan. Harini dalam sejarah baru aku tahu orang kaya kalau nak bukak pintu pakai kaki rupanya". Tapi Fakira cakap dalam hati jelah. Tak berani dia nak cakap kuat-kuat.

"Haa mengata aku lah tu". Thaqif menduga saat Fakira membuka pintu untuknya.

"Mana ada. Saya zikir, encik apa tahu?". Sengaja gadis itu menekankan perkataan zikir. Sebagai sindiran pada lelaki itu.

Setelah bercakaran beberapa minit kat luar. Akhirnya kereta Myvi Fakira sudahpun berlalu pergi.

***

"Apa bising-bising kat luar tu?". Soal Puan Selmah pada suaminya.

"Anak teruna awaklah. Siapa lagi?". Sambil helaian suratkhabar New Strait Times dibelek ke halaman lain.

"Naik Myvi?". Wajah suaminya dipandang.

"Apa salahnya kalau naik Myvi? Kereta jugak tu".

"Abang ni macam tak tahu pulak, Thaqif tu mana biasa naik kereta macam tu. Dengan ciri-ciri keselamatan pun tak ada".

"Lah Myvi pun ada tali pinggang jugak. Brek pun ada jugak. Cermin sisi, depan, belakang pun ada jugak". Balas Tuan Bazlan.

"Ishhh tak fahamlah dengan abang ni".

"Tak payah faham sebab abang pun tak faham dengan awak". Tuan Bazlan sudah malas hendak melayan perangai isterinya. Kini tinggallah mereka berdua ke hospital.

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now