Part 27

157 11 2
                                    

"Apa niat kau datang ke sini?". Wanita itu langsung tidak berpaling kepada Thaqif. Dia lebih selesa untuk melihat ke luar jendela.

Thaqif tersenyum sinis. Lalu dia berdiri dari duduknya dan menuju ke sebelah gadis itu.

"Kau takut, Izzah?". Jejaka itu menanya sinis.

"Apa yang perlu aku takutkan? Aku di pihak yang benar".

Izzah melemparkan pandangannya pada laut kebiruaan. Itu lebih baik daripada memandang wajah bekas kekasihnya itu.

"Kau tinggalkan aku setelah 4 tahun bersama, itu ke yang kau panggil di pihak yang benar?". Thaqif lebih sinis lagi. Sudah lama dia menjadi orang 'baik' selama ini.

"Kau tipu mak ayah aku, kau tipu aku dan yang paling parah kau tipu kawan aku, suami kau sendiri Zah". Thaqif lebih dalam lagi seriusnya. 

"Aku tak pernah tipu Umair. Aku jujur dan ikhlas kepadanya". Bentak Izzah.

"Kau jujur? Oh, maknanya Umair dah tahu lah dulu-dulu kita ni macam mana?".

Jawabnya dengan lebih sinis. Thaqif sememangnya berjaya menghempapkan batu pada hati Izzah. Dia tersenyum sinis sambil bersandar pada daun tingkap dan menyilangkan tangan serta kakinya. Dia lebih tenang membalingkan bom lama kepada wanita itu.

Izzah tertunduk. Dia sudah hilang kata. Apa yang Thaqif ucapkan sudah tidak dapat dipatahkan lagi. Kata-kata jejaka itu adalah benar. Umair sememangnya tidak mengetahui apa-apa.

Tanpa disedari air matanya jatuh pada kedua-dua tapak kakinya. Habis basah lecun stoking. Tangannya mengesat laju. Tiba-tiba sehelai sapu tangan dihulurkan kepadanya. Izzah mengangkat mukanya. Ternyata Thaqif memberikan sapu tangan tersebut.

"Tujuan aku datang ke sini, aku nak muhasabah diri atas ujian yang menimpa aku. Bukannya nak menghancurkan rumah tangga kau. Kebetulan pula Umair menetap di Turki, aku mati-mati ingat dia ni bujang tapi tak sangka dah beranak pinak pulak kat sini".

"Kau tak payah menangislah, Zah. Aku takkan beritahu suami kau tentang kita dulu, yang lepas biarlah lepas. Aku dah lama kuburkan kau dari hidup aku. Alhamdulillah, aku masih waras lagi meskipun dulu aku tak".

Izzah memandangkan Thaqif dengan wajah kesayuan. Tiada kata yang mampu terungkap di bibirnya selain daripada sebuah kemaafan.

"Saya nak minta maaf pada awak".

Kata-kata Izzah mengejutkan jejaka itu. Itulah perkataan terakhir yang Izzah pernah ucapkan kepadanya sebelum mereka berpisah iaitu, 5 tahun yang lalu. Sudah lama juga dia tidak mendengar gadis itu bersuara lembut.

"Saya nak minta maaf atas segala dosa yang telah saya lakukan pada awak. Saya tipu awak, saya tipu mak ayah awak dan saya tipu semua orang. Semuanya dirancang oleh Allah kepada saya. Saya ikhlas terhadap awak, 4 tahun kita bersama dulu tapi takdirNya saya tak dapat nak lawan. Jodoh saya lebih kuat dengan Umair".

"Cukup, Zah. Tak mengapalah. Yang lepas biarkan terkubur. Yang lama jangan diungkit. Yang aib jangan dibuka lagi. Saya yakin ada sebab yang tertentu mengapa awak buat semua tu. Biarlah semuanya berlalu begitu sahaja. Saya pun tak nak tahu dan tak nak ambil tahu pun".

Thaqif tersenyum ketika menyampaikan kata-katanya. Dia yakin ada hikmah tersembunyi di sebalik kejadian itu.

"Cuma...".

"Cuma apa Qif?".

"Cuma saya takkan melupakan sakit yang awak pernah berikan pada saya dulu. Sebab awak, saya menyia-yiakan hidup saya dengan menjadi gila. Setahun lebih Zah, setahun lebih saya mengalami kemurungan melampau. Bagaikan ada benda lain yang hidup dalam diri saya. Tak mudah saya melupakan segalanya".

Izzah tertunduk. Tidak menyangka kerana dia, Thaqif terpaksa menghadapi semuanya sendiri. Dia tergamam. Dia tidak tahu keadaan Thaqif selama ini. Sejak dia bertunang dengan Umair, segala hal tentang Thaqif sudahpun dia kuburkan.

"Saya yang salah, jangan bimbang Zah".

"Tak. Tak. Saya yang salah". Gadis itu menyalahkan dirinya.

Dia memandang Izzah di sebelahnya.

"Tak. Saya yang salah. Macam sebelum ini juga...".

Dia menundukkan wajahnya. Terasa sebak mengenangkan seorang gadis jauh di langit Malaysia itu.

"Thaqif maafkan saya. Maafkan saya". Air matanya jatuh.

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now