The beginning

2.7K 69 2
                                    


Bukan mudah untuk aku mengingati semula apa yang telah berlaku kerana ia akan membuatkan aku rasa rindu, bersalah, semuanya tentang hal ini.

'Tarik nafas dalam-dalam'

Tidak pernah aku melupakan saat-saat itu. Selamat kembali ke masa silam.

...............................................................................................................................

Berkali-kali aku menekan loceng namun empunya diri tidak keluar juga.

'Ish lambatnya nana, dah lah lambat ni nak turun.' Sambil membebel aku menelefon nana. Mungkin loceng bilik dia rosak agaknya kot.

Berkali telefon tak dapat juga disambungkan. Tak berangkat.

'Nana ni orang dah lambat banyak kerja nak buat lambat pula dia. Ni lah masalahnya orang perempuan ni kan.' Sambil bebel tangan bergerak tekan lagi loceng.

Entah macam mana terbuka juga pintu bilik yang tertutup rapat itu.

Aku diam dan kelu. Tak tahu nak cakap apa.

Bukan nana yang buka pintu tu tapi seorang lelaki.

'Yes?.' Dia mulakan bicara.

Aku masih lagi terdiam membisu disitu. Tak bergerak.

Pada masa yang sama telefon aku berbunyi. Aku melihat sekilas, nana yang call. Terus aku slide untuk menjawab.

'Hello Han, kat mana?. Aku kat bawah ni, cepat sikit dah lambat ni. Aku tunggu kau breakfast sama-sama.' Suara nana di hujung talian.

'Ok nana, jumpa kat bawah.' Aku matikan talian.

'Am sorry sir, wrong room.' Aku bertentang muka dengan empunya bilik. Berdebar-debar hati. 

'Its ok.' Dia membalas.

Aku teruskan langkah menuju lift untuk turun ke lobby.

Malunya aku pagi-pagi dah macam ni. Owh tidak!.. Hahahaha.

BILA nana tanya kenapa aku lambat, aku cuma cakap yang parents telefon aku tu yang lambat turun.

Selepas sarapan kami pun memasuki seminar yang diadakan untuk mendengar sesi taklimat. Walaupun sejujurnya aku tidaklah suka mana sekadar duduk sahaja kerana ia akan membuatkan aku rasa tak bertenaga langsung.

Lebih kurang 3 hari aku dan nana berkampung disini. Manakala yang lain datang daripada pelbagai tempat. Nasib baik syarikat mewakilkan 2 orang kalau 1 orang mahu mati kutu dibuatnya.

'Nana, bilik kau tingkat berapa?.' Sambil makan lunch sempat aku tanyakan soalan pada nana.

'Bilik aku tingkat 9, room 1089. Kan aku dah bagitahu kau pagi tadi.'

'Lupalah na, tu sebab aku tanya.' Ayat cover line. Patutlah salah bilik, aku pergi tingkat 10 bukan 9. Malunnya.

Entah macam mana aku terangkat muka aku untuk melihat kehadapan.

Dan mata aku bertembung dengan mata dia. Kami bertentangan mata. Dan pada waktu itulah muncul sesuatu yang sudah lama hilang dalam diri aku.


Kau Buat ku terpaku

Sepertinya Diriku yang mahu

Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri

Ternyata diriku bagai sudah dijampi


Segera aku usir perasaan ini, supaya ia tidak menganggu aku. Namun disebalik itu, aku senang dengan perasaan ini pada waktu ini.

Melihat dia, aku seakan terpaku sendiri. Ciri-ciri lelaki idaman semua ada padanya. Oh tidak. Itu cuma khayalan sahaja.

'Han, jangan bermain api han.' Aku ingatkan diri aku.

Cepat-cepat aku larikan pandangan mata aku daripada melihat dia. Tak sangka kami berada didalam dewan yang sama. Ok aku kena siasat lebih mendalam siapa dia tu, adakah kami didalam program yang sama?. Hahaha.

'Han, dah jom. Aku dah sudah ni.'

Aku seakan tersedar daripada lamunan bila terdengar suara Nana.

Siapakah dia yang membuatkan aku terpaku seperti itu?.

Bersambung..


Kupu-kupu Didalam Simpanan.Where stories live. Discover now