Vacation on!

2.4K 74 14
                                    

ALHAMDULILAH cuti aku di sahkan serta merta tanpa perlu banyak tapisan daripada en Ridhwan. Aku ambil 5 hari cuti dengan mengunakan sebab-sebab yang kukuh.

Aku berkemas apa yang patut sahaja dan mengunakan perkhidmatan uber untuk ke klia 2. Pemergian ini telah aku suakan kepada nana dan dialah yang uruskan soal tiket dan penginapan aku.

Langkawi menjadi destinasi aku untuk berehatkan minda serta jiwa. Cuaca yang baik di tanah permata kedah ini seakan mengalukan kedatagan aku ke mari. Kenderaan sudah tersedia ketika kaki aku menjejakan kaki ke tanah langkawi ini kerana aku sudah terlebih dahulu memesan untuk mengunakan kereta sewaan.

Dengan mengunakan google maps maka sampailah aku ke Four seasons langkawi. Nasib baik tak tersesat ketika ke sini tadi. Pemandangan yang indah membuatkan aku memasuki dunia aku sendiri. Struktur bangunan hotel ini seakan mengingati aku di bali dulu.

Setelah check in aku terus ke kamar dan berehat sebentar. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini setelah aku membaca risalah yang ada didalam kamar. Oh yeah! aku terlupa info nana aku sudah selamat sampai.

'Beb, aku dah sampai dah!.'

Send chat pada nana.

Terus ada panggilan masuk.

'Selamat bercuti han, kalau ada masa belilah coklat banyak sikit untuk aku k.'

'Ye nana, untuk kau aku sanggup pergi beli.'

'Tu sebab sayang kat kau!. Dah lunch belum?' Tanya nana.

'Belum, baru nak rehat jup. Lepas ni baru makan.'

'Ok han, rehatlah dulu ok. Jangan stress-stress sangat k.'

Setelah mematikan talian aku terus order makanan. Pelbagai jenis makanan daripada local ke international, semuanya ada.

Disebabkan aku memilih untuk duduk di langkawi beach villa di four seasons ni maka sambil menunggu makanan sampai sempatlah aku melakukan sedikit tour dan ambil beberapa keping gambar untuk di upload di ig. Pastinya tidak di whatsapp moment nanti mereka yang terdekat curiga pula.

Amat berbaloi dengan harga yang dibayar, mempunyai kolam sendiri, pemandagan yang cantik seakan duduk dirumah sendiri. Setelah menikmati lunch aku keluar sebentar dengan memandu kenderaan melihat bumi mahsuri ini. Sudah lebih 10 tahun aku tidak jejakkan kaki disini akhirnya sampai juga aku kat sini.

Malam pun menjelma, setelah makan aku pulang terus ke villa untuk segarkan badan. Seperti biasa cuaca di langkawi agak panas membuatkan badan cepat berpeluh. Setelah selesai menyegarkan badan aku memutarkan lagu supaya menjadi halwa telinga maka bergemalah suasana villa dengan alunan muzik.

Ketika aku sedang leka menyemak akaun ig sambil membalas email, tertiba bell berbunyi. Pelik!. Pada awalnya aku ingat aku salah dengar namun setelah beberapa kali berbunyi aku terus ke pintu. Seingat aku tak ada pesan apa-apa pun.

Bila pintu di buka, terlihat Aidil berada dimata aku. Terkesima aku sekejap! Betul ke apa aku lihat ini? atau mimpi atau apa.

'Asssalamualaikum han.'

Ternyata aku tak mimpi. Dia tersenyum!.

'Walaikummusalam.'

Agak lama kami dipintu villa.

'Awak tak nak ajak saya masuk ke?.'

'Ya Allah!. sorry2. Jom masuk.'

Aidil pun masuk beserta dengan beg dia. Aku cuma memerhati.

'Awak buat apa kat sini?' Tanya aku.

'Saya erm..awak janji jangan marah.Please...' Kendur suara Aidil.

Kupu-kupu Didalam Simpanan.Where stories live. Discover now