Five ; Suka

35 4 16
                                    

" Hey Namjoon! "

HyeRin memandang ke arah si pemilik suara yang memanggil lelaki itu.

' Hoseok? ' soalnya dalam hati.

Ho Seok sedang berjalan ke arah mereka dengan sengihan melebar.Lelaki itu kemudian menepuk bahagian belakang badan Namjoon dengan sungguh mesra.

" Kau ni...lepak sorang-sorang je.Belajar lagi ke? " soal Ho Seok dengan nada mengejek.

Namjoon membalas soalan itu dengan jelingan matanya,membuatkan sengihan yang terukir di bibir Ho Seok semakin melebar.Kemudian Ho Seok mengalihkan pandangannya pada HyeRin.

" Kau pun datang? " soal Ho Seok pada HyeRin.

" Ingat Jimin tu kawan kau sorang je ke? " balas HyeRin lalu mencebik.

Kedua adik-beradik itu menatap mata antara satu sama lain,seolah-olah sedang bergaduh sambil berteleport.Suasana hening di antara mereka itu langsung tidak menghilangkan rasa kekeliruan di hati Namjoon yang tertanya-tanya akan hubungan mereka.

" Nak ke Jimin tu kawan dengan orang macam kau? " Ho Seok tersenyum sinis.

" Suka hati kaulah nak kata apa.Aku report mama! "

" W-wait...apa hubungan korang ni? " Namjoon yang tidak tahan dengan perasaan kekeliruan membelenggu mencelah pertelagahan itu.

Kedua-dua adik beradik itu memandang ke arah Namjoon.Kemudian,Ho Seok kembali tersengih.Bahu lelaki itu dipeluknya.

" Kalau kau nak tahu,minah mulut wasabi ni adik aku.Dia dengan aku memang macam ni.Gaduh. "

" Salah kau,kau cari fasal memang aku marah! " bidas HyeRin yang kini sedang berpeluk tubuh.

" Aku Namjoon. " tanpa segan silu,Namjoon memperkenalkan diri." Aku kawan Ho Seok dekat Amerika. " tambahnya lalu mengukirkan senyuman di bibir.

" Apa-apalah.Aku nak blah.Hilang mood aku. " HyeRin menggulingkan mata lalu beredar tanpa menyambut salaman itu.Ho Seok tertawa.

" Padan muka.Kena reject! HAHAHAHHA! "


+++++


Kiri.

Kanan.

Kiri.

" Aishh! " Kim Namjoon keluh untuk kali keenam.

Posisinya kini berbaring menghadap siling.Wajah Jung HyeRin tidak lekang berlegar-legar di fikirannya.Keluhan dilepaskan lagi.

" Hey,look at what you had done,mister! "

" Apa-apalah.Aku nak blah.Hilang mood aku. "

' Aishh! ' Kim Namjoon bangun lalu mengeluh.Kepalanya diketuk-ketuk beberapa kali.Pipinya juga ditarik-tarik seperti doh.

" Kau ni dah kenapa Namjoon.Gila? " soalnya sendirian.

Bibirnya yang tebal itu digigit apabila Namjoon terbayang setiap lagak geri gadis yang baru-baru ini muncul di pemikirannya.Siapa lagi kalau bukan Jung HyeRin yang merupakan adik kepada sahabat baiknya sendiri.

Beberapa kali cuba dipadam wajah gadis itu di pemikiran namun Namjoon tetap gagal.Tanpa membuang masa,telefon pintarnya yang terletak di meja kecil disebelah katilnya itu dicapainya.Nombor telefon Park Jimin didailnya.

" Kau apahal call aku malam-malam buta ni? " kedengaran Jimin merungut dengan suara yang seakan baru selepas tidur.

" Sengaja. " balasnya lalu melepaskan tawa yang gemuruh.

" Kau takkan call aku tanpa sebab malam-malam buta Namjoon.Kau apehal? "

Namjoon berdehem." Aku...nak tahu fasal adik Ho Seok.Tu je. "

" Adik Ho Seok? HyeRin? "

" Dia ada adik lain ke? "

" Tak..tak.Ho Seok ada dua adik-beradik je.Tu pun termasuk dia.Kenapa? Kau syok kat dia ke? "

" Entahlah,aku tak tahu nak describe macam mana. "

" Meh sini aku cerita sikit. "

Melalui talian itu,kedengaran bunyi tilam Park Jimin bergerak.Barangkali lelaki itu sedang mengubah posisinya dikatil.Terbayang Namjoon wajah sengihan mengejek Park Jimin yang berada di hujung talian.Amat jelas berdasarkan nada dan hembusan nafas yang dilepaskan.Kemudian,Park Jimin memulakan ceritanya berkaitan gadis itu.Namjoon hanya mendengarnya dengan sengihan yang melebar.

♡♡♡

Random Tag :
Putri_Aneesa3804 yoonfea ibighit- JungLiyen amnisyifaa_is MayaAyuni4 weirdos_y Kei_mel bubbleyunji05

Bae ♡ :
6joonfab

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ OG ] AMORE PERDUTO + k.n.jWhere stories live. Discover now