Bab 40

5.4K 151 27
                                    

-Author Pov-

Malaysia

Daniaelle sedang termenung jauh memikirkan seseorang yang sedang  jauh dari gapaiannya. Siapa lagi kalau bukan prettyboynya, Aashraf. Dia berasa sangat rindu pada lelaki manis itu yang kini sedang menutut pelajaran di negara Big Apple itu. Setiap senyumannya, setiap tingkahnya dan setiap sentuhannya membuatkan Daniaelle menjadi tidak keruan memikirkan tentang Aashraf. 

Daniaelle mengeluarkan handphonenya dari poket seluar. Dia ingin mengubati rasa rindunya yang kian menggunung terhadap lelaki manis itu. Daniaelle membuka aplikasi instagram dan melihat photo-photo dan vidio Aashraf. Hanya disini sajalah dia dapat melihat perkembangan hidup Aashraf ketika lelaki itu menyambung pelajarannya di New York. seperti Apa yang lelaki manis itu buat? Bagaimana dengan hari-harinya? Siapa kawan yang paling Aashraf rapat disitu? Semuanya diupdate oleh Aashraf dalam aplikasi akaun instagramnya.

Daniaelle melihat Aashraf ada mengunggah satu foto baharu di akaun instagramnya. Dia melihat foto yang diupload oleh Aashraf itu.

Didalam gambar tersebut terlihat dua orang lelaki sedang berjalan sambil berpegangan tangan. Walaupun gambar tersebut ditangkap dari arah belakang dan hanya  kelihatan separuh dari bahagian tubuh 2 orang manusia itu, namun Daniaelle dapat mengenal pasti  bahawa lelaki yang memakai baju kelabu itu adalah Aashraf!

Mata Daniaelle beralih pula pada lelaki yang memakai t-shirt hitam itu. Dia tertanya-tanya siapakah lelaki yang memegang tangan prettyboynya itu . Hati Daniaelle tiba-tiba terbakar saat otaknya kembali teringat akan chat yang sebelum ini dia terima dari whatsapp dengan lelaki manis itu.

"I'm his fucking boyfriend!"

Ketika dia teringat chat tersebut, Otaknya ligat berfikir adakah Aashraf benar-benar telah dimiliki? benarkah Aashraf telah mempunyai kekasih di New York sana? kalau benar, siapa lelaki itu? bagaimana Aashraf boleh berubah haluan? pelbagai persoalan seperti itu berlegar-legar dalam kepala otak Daniaelle.

Daniaelle tap gambar tersebut kot-kot kalau Aashraf ada meng-tag orang yang menggenggam tangannya itu.

blxckshixt_08.

Daniaelle memerhati dengan lebih teliti gerangan manusia yang memakai username tersebut. Dia seperti kenal dengan pemilik username akaun instagram tersebut. namun begitu, Daniaelle hanya ingat-ingat lupa dengan pemilik yang memakai nama itu. Dia menekan username tersebut untuk mengetahui lebih mendalam siapakah pemilik akaun instagram itu.

Diasaat Daniaelle melihat foto-foto dari pemilik nama IG blxckshixt_08 itu, dia amat terkejut dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia tidak menyangka ternyata pemilik yang menggunakan nama akaun instagram tersebut adalah Zach.

Otak Daniaelle kembali terfikir tentang lelaki yang chat dengannya semalam menggunakan handphone Aashraf.

"adakah boyfriend Aashraf yang chat dengan aku semalam adalah Zach? tapi kalau betul Zach itu adalah boyfriend Aashraf, bagaimana mereka boleh bercinta? sedangkan dulu Aashraf selalu mengadu kat aku dia sentiasa ada masalah dengan Zach? sejak bila pula mereka berbaik?" katanya dalam hati.

Otak Daniaelle kembali teringat akan sesuatu. Dia terlupa akan suatu hal.  selama ini Zach juga belajar di New York City sama seperti Aashraf. jadi tidak mustahil jika Aashraf dan Zach itu belajar di satu fakulti yang sama di sana.

Daniaelle mengepal tangannya. Dia berasa geram dan marah. Dadanya kian turun naik menahan amarah yang terpendam dalam sanubarinya saat memikirkan tentang hubungan Aashraf dan Zach. Handphone Daniaelle tiba-tiba berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon