where??

1.2K 84 11
                                    

“kita..kat mana ni.."yaya memeluk ying sambil melihat keadaan sekeliling.kenapa pelik sangat tempat ni.macam pengkalan rahsia yang berteknologi tinggi!!canggih!!

Walaupun ini bukan sebuah gua atau rumah usang seperti kebanyakan cerita,namun mereka tetap perlu berwaspada.musuh ada di mana mana.

“macam pengkalan rahsia.."fang berkata sambil berjalan ke depan.

“huhu..boboiboy macam mana ni.."gopal memeluk boboiboy menyebabkan topinya senget.

Boboiboy membetulkan topinya.“ish.aku pun tak tau kita kat mana ni..."boboiboy mengikut fang,yaya dan ying berjalan ke depan.

“ergh..tunggu aku boboiboy.."gopal berlari ke depan.

“wuah!!terbaik!!"terdapat pelbagai komputer besar dan canggih.semua orang kagum melihat kecanggihan teknologi yang di pengkalan rahsia ini.

Tiba tiba..

argh!!ketepi.."

Boboiboy dan kawan kawannya mengelak.kelihatan seseorang seperti tidak boleh mengawal dirinya dari terbang ke sana sini.

“boboiboy daun!!"boboiboy menukar dirinya.

“akar menjalar!!"boboiboy melilit orang tersebut.pergerakannya terhenti.lalu jatuh ke bawah.

“aduh.."orang itu menggosok belakangnya.orang itu menyapu habuk di bajunya.dia melihat sekelilingnya..pelik..sejak bila MATA ada ejen yang berupa macam ni.selama aku berlatih kat akademi ni tak nampak pun diorang.

“kau siapa.."ali menyoal boboiboy.sebelum sempat boboiboy berkata apa apa

“terima kasih.."fang memerli orang itu membuatkan orang itu tersengih..

“oh..terima kasih selamatkan aku..nama aku ali..ejen rahsia MATA.."ali cuba menghulurkan tali persahabatan.

Boboiboy mahu menyambut namun dihalang oleh gopal.

“erghh..jangan boboiboy..entah entah dia ni jahat.tengok pakaian dia pun pelik."gopal menunjukkan pakaiannya.yaya dan ying mengangguk tanda setuju.

“ish..korang..aku tak peliklah!!MATA yang sediakan pakaian ni.korang yang pelik sebab pakaian biasa..entah korang ni penyelinap macam uno!!"ali menebak.

“aiyak!!mana ada!kau yang jahat!"ying membalas.

Ali cuba menyerang.panas pulak aku dengan mereka ni.

“marilah!!kau fikir kami takut ke.."gopal

Boboiboy memandang kiri dan kanan.boboiboy mengeluh.haih awal awal dah gaduh.

“dinding batu!!"boboiboy menggunakan kuasa tanahnya.

Ali terkedu..tidak jadi meyerang.“fuyoo..cam ne ko buat ni!!"ali memegang dinding batu tersebut.nie bukan tiruan lah!!

Boboiboy tersenyum.“aku boboiboy!!yang ini..yaya,ying fang dan gopal.."ali menggangguk.

“kecemasan!!uno datang meyerang!"kedengaran uncle bakar sedang memanggil.ali terkejut.uno datang..

“aku..aku kena pergi dulu!!"ali berlari.

“tunggu!!jom ikut!!"boboiboy mengarah gengnya.

Boboiboy yaya,ying,gopal dan fang berlari ke arah tempat yang dituju ali.

Alangkah terkejutnya boboiboy dan geng apabila melihat tempat ini.musnah teruk.kelihatan ramai anggota anggota pengkalan terbaring lemah.boboiboy menggengam tangannya.

“boboiboy jangan datang dekat.bahaya."ali memberi amaran dengan suara yang lemah.boboiboy mencari suara itu.

“woi..kau cari siapa tu..kawan kau kat sini..hahaha"uno mengejek boboiboy.

Boboiboy terkejut. Ali dah ditangkap.dekat leher ali itu pedang ke?“siapa kau!"

Dimension battle..(bbb vs ea)Where stories live. Discover now