unconscious

299 24 4
                                    

Dimensi boboiboy

"Erk , arghh " ochobot meraung kesakitan .

Sistemnya tiba tiba menjadi glitch .

Komander kokoci yang sedang mengkaji tentang data data perasan akan ochobot segera memanggil laksamana dan tok aba .

Laksamana yang sedang berurusan orang atasan tapops segera meminta diri .

"Tunggu !! Biar aku ikut sekali "

"Bo-boiboy !! " kemudian sistem ochobot mati .Semua yang ada di situ tergamam melihat ochobot yang tidak bergerak.

"Ochobot !! "

Bam

***

"Boboiboy !! jangan !!" Fang , yaya menjerit cuba untuk menghentikan boboiboy.

"UUUNOOOO !! " boboiboy menjerit nama uno.

Asap dan cahaya gelap itu hilang.

"Oh tak ii ! Sesiapa hentikan boboiboy cepat ! " Fang menjerit.

Ali lantas bangun sambil memeluk erat perut boboiboy. Cuba untuk menghentikan boboiboy daripada menyerang uno.

"Boboiboy, berhenti boboiboy ! Aku tau kau nak balas balik apa yang uno buat, tapi ni bukan cara dia !" Ali cuba untuk menyedarkan boboiboy.

Boboiboy kembali sedar. Rasa marahnya perlahan lahan pudar apabila mendengar kata ali. Jantungnya masih berdegup kencang kerana amarahnya.

"Huh.. terima kasih ali, aku hampir hilang kawalan tadi"

Boboiboy melihat jam kuasanya yang sudah kembali kepada asal. Boboiboy tiba tiba teringat mimpinya yang di alamai sejak dua menjak ni.

Kemudian dia menarik nafas dalam.

" Fuhh.. aku memang kena kawal emosi aku." Kemudian dia menampar pipinya supaya pemikirannya kembali ke alam realiti.

Ali tersenyum melihat boboiboy " Ok sekarang ni -"

" Op Op Op. Heh~ apa benda kau buat tu budak ? Kenapa kau nak halang dia ? Sepatutnya -" Sekelip mata uno muncul di depan ali.

" Budak lemah macam kau ni jangan menyebok !"

Ali tidak sempat mengeluarkan yoyonye tercampak jauh akibat serangan uno.

"ALI !!!" boboiboy mengetap gigi.

" KAU !! "

" ape ? Aku dh seronok dah tadi, tapi budak tu kacau, so ape kate kite mula balik perlawanan kita, hurm boboiboy ? "

Boboiboy mempedulikan kata kata uno lalu pergi menolong ali. Uno menarik muka tidak puas hati.

" Huh, membosakan" kemudian dia menghilangkan diri. Anak ii buahnya juga menghilang diri.

"Ali.." Uncle bakar yang dalam keadaan lemah mengesot ke tempat ali dicampak.

Boboiboy menggenggam tangannya apabila melihat suasana tragis. Separuh daripada akademi m.a.t.a rosak akibat serangan ganas uno dan pasukannya.

Tidak campur lagi kecedaraan kawan kawannya dan mentor mentor m.a.t.a lagi. Boboiboy semakin tertekan.

" Huh Huh" bunyi nafasnya jelas kedengaran menunjukkan dia ingin membalas dendam.

Tak

Boboiboy pengsan. Ejen leon menyimpan suntikan yang baru lepas disuntik di leher boboiboy.

" Bawa dia ke teras m.a.t.a. Bawa kawan kawan boboiboy dan ali sekali "

Ejen leon memberi arahan kepada ejen bakar.

"Baik !!" Ejen yang yang tidak mengalami kecederaan teruk mengangguk.

****
DI TERAS MATA

"Bo..."

"Bobo..."

"Boboiboy !!!"

Boboiboy bangun dalam keadaan mengejut. Nafasnya tercungap-cungap. Dia lalu melihat keadaan sekeliling.

"Aku- aku kat mana ni ?"

"Kita sekarang berada di teras M.A.T.A" mata boboiboy meliar cuba memahami situasi disekelilingnya.

"Jangan risau, kawan kawan kau semua selamat" seperti memahami kegusaran boboiboy. Lelaki itu menjawab persoalan di minda boboiboy.

Boboiboy menarik nafas lega.

"Siapa kau ? Apa yang terjadi dengan akademi selepas aku pengsan ?" Boboiboy memandang tepat ke arah lelaki tersebut yang sedang mengupas sebiji epal.

Lelaki itu tidak menjawab soalan boboiboy. Malah terus melakukan kerja mengupas epal. Boboiboy hanya melihat kelakuan lelaki misteri tersebut dengan penuh tanda tanya.

"Aku zain." Lelaki itu tersebut meletakkan buang yang sudah selesai dikupasnya lalu memberi kepada boboiboy.

"Aku selaku ketua atasan M.A.T.A ingin mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan ejen muda yang lain. Kalau bukan kerana kau, tidak mustahil kecederaan mereka akan lebih parah dari yang ini."

"Eh, xde apa laa. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sahaja." Boboiboy menyuap epal yang dikupas oleh zain ke dalam mulutnya.

"Jadi..sekarang apa yang-"

"Kamu semua mesti mahu balik ke dunia kamu bukan ?" Zain memotong kata boboiboy. Boboiboy mengangguk laju.

"Tipulah kalau kami kata tak nak balik. Tapi macam mana drngan M.A.T.A ?"

"Urusan M.A.T.A kamu jangan risau. Kami sekarang ini sedang mengusahakan untuk mencipta portal ke dunia kamu."

"Hah ??! Jadi kami boleh balik ??!"

Zain senyum melihat keterujaan boboiboy. "Sudah tentu"

"Kerana pernah terjadi kes seperti kamu dahulu"

Boboiboy memandang zain, terkejut.

"Dulu ada seorang lelaki seperti kamu, datang dari dimensi lain. Orangnya ceria dan bijak. Dia ialah orang yang mencipta M.A.T.A ini" Boboiboy khusyuk mendengar.

"Namun setelah 3 tahun dia menguruskan M.A.T.A. , secara tiba tiba dia hilang dengan misteri"

"Ada yang berkata dia dia sudah mati, ada yang kata dia menghilangkan diri kerana sudah berputus asa. Tapi, saya percaya yang dia sudah berjaya.."

"Berjaya apa ?" Zain lalu memandang tepat mata boboiboy.

"Kamu tahu tak apa maksud sebenar M.A.T.A ?"

Hey guys !! Sorry sangat lama menyepi. Actually aku ade issue sikit nak login wattpad ni. Baru tadi aku try login. Baru betul password nya haa :"). Thanks for supporting my childish work guys. Stay safe !!

Aku akan try habiskan cerita ni secepat mungkin. Kesian korang lama clifhangger hahahaha. Muah online

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Mar 02, 2022 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Dimension battle..(bbb vs ea)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora