DOA

29 1 0
                                    

Bismillah.... Aku bukannya Pak Ustaz yg layak untuk mengajar kalian tentang Doa. Ini adalah sekadar kutipan kisah benar yg dilalui, untuk dikongsi bersama.

Permulaannya

Saya bukanlah datang daripada keluarga hafiz mahupun hafizah, saya dibesarkan dalam keluarga yang biasa biasa sahaja. Tidaklah berada dan mengamalkan ajaran islam seperti masyarakat awam dimalaysia.

Dimana tuntutan fardu ain tidak diabailpkan, senang cerita kenal la yang mana satu haram yang mana satu halal.

Sejak daripada kecil lagi saya mendegar orang berkata "mintalah doa apa Pun nescaya Allah pasti memakbulkannya" pada ketika zaman kanak-kanak, kita akan menpercayai setiap kata kata orang yang lebih dewasa daripada kita, tampa perlu "mebahasnya" tambahan pulu ia berkaitan hal-hal agama.

Ketika itu timbul dibenak hati, jika benar Allah itu mendegar setiap rintihan doa kita kenapa DIA yang maha mendengar tidak memakbul setiap permintaan kita, persoalan itu hanya dipendam sahaja dan dibiarkan kaku terbenam di dalam hati. Hal ini kerna Khuatir dilebel sebagai penolak agama, penimbul keraguan dalam beragama, dan seangkatan dengannya.

Sebenarnya keadaan ini tidak baik kepada anak-anak kita yang sedang membesar ia boleh membawa padah sehingga akan meyimpangkan mereka. Ibubapa seharusnya berani untuk memghadapi soalan-soalan yang mencabar daripada anak-anak kita pada zaman ini.

Kita tidak seharus nya menyekat pandangan nya dan memarahi mereka miskin pun pada yang ada dalam fikiram mereka berlawanan dengan agama, sebalik nya ibu bapa perlu berbincang dan menegur dengan penuh hikmah agar anak anak itu tidak jauh drp agama dan tidak memandang Islam sebagai agama yang megongkong.

DOAWhere stories live. Discover now