SAAT KU MULA MENYAKINI KEBENARAN DOA

13 0 0
                                    

Apabila hari berganti hari, usia saya pun menginjak dewasa seperti remaja lain yang baru sahaja tamat sekolah (SPM) tentunya ada tersemat cita cita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Dan topik yang hangat dibicarakan apabila bertemu saudara keluarga yang sebaya dan rakan-rakan banyak menjurus kepada isu dimana dan kos pengajian yang akan diambil.

Diringkaskan cerita, apabila keputusan permohonan keluar ternya ianya menhampakan, walaupun keputusan SPM saya tidaklah cermelang dan tidaklah terlalu hancur sangat Permohonan saya ke bidang dan tempat pengajian itu tidak berjaya.

Oleh kerana saya tidak masih lagi berminat untuk bekerja maka saya pon "dipaksa" untuk memasuki sekolah semula iaitu form 6, jiwa mana yang tidak memberontak.

Ialah kita lepas SPM sudah berangan untuk digelar mahasiswa hah hah hah fikiran budak mentah ketika itu, apalah yang hendak dihairankan dengan status mahadiswa itu, ia bukan pun menjamin masa depan hampa pun.

Oleh kerana perasaan yang membuak buak ingin menlepaskan diri daripada keponpong suasana persekolahan itu ( zaman saya tingkatan 6 bukan mcam tingkatan 6 sekarang pakai sisteam semesta )  saya mula berdoa agar saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang saya minati.

Dengan keadaan terpasa ke form 6 hati ini bebisik "kalau ini lah takdirnya mungkin jalan terbaik yang Allah rencanakan"  untuk memujuk hati yang pilu.

Agak lama saya stay form 6, sehingga tammat Tingkatan 6 Bawah, masa itu hati sudah pasrah apa yang jadi hadapi sahaja apa yang telah kita mulakan dahulu.... pada waktu yang sama masih lagi menharapkan agar mendapat tawaran daripa mana2 IPT.

Pada penghujung tahun itu saya merasakan Allah benar2 mendegar rintihan hambanya yg hina ini apabila surat tawaran utk melanjutkan pelajaran dalam bidang dan tempat pengajian yang saya ingin pergi spai ke rumah.

Hakikatnya ini bukan lah kali pertama Allah memakbulkan doa2 saya, tapi mungkin kerana alpa kita sering tidak menyedarinya bahawa Allah telah berulang kali memakbulkan doa doa kita tetapi sebelum ini kita tidak perasan.

DOAजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें