Prologue

831 35 2
                                    

Jam menunjukkan jam 7 pagi. Ayumu dah siap sedia untuk ke sekolah barunya. Tanpa melengahkan masa, Ayumu memakai kasut dan terus masuk ke dalam kereta. Semasa di dalam kereta, Ayumu berkata pada ayahnya.

"Saya takutlah nak pergi sekolah baru ni."

"Nak takutkan apa?"

"Saya takut nanti tak ada kawan"

"Ayah yakin nanti Ayumu dapat kawan baru dan kawan baru Yumu tu mungkin lebih baik daripada sebelum ni, don't worry lah."

"Hmm"

****

Ayumu mengimbau kembali memori indah bersama kawan karibnya semasa di sekolah lama

****

"Ayumu jom lah, dah sampai ni termenung apa lagi?" kata Encik Coline

"Mana ada termenung." kata Ayumu sambil tersengih memandang ayahnya

****
Di Pejabat

"Ayumu mari ikut cikgu ke kelas awak." manis sekali senyuman cikgu perempuan itu kepadanya

"Baiklah."

****
Di Kelas

"Baiklah, awak masuk je terus dalam kelas tu. Cikgu pergi dulu." cikgu itu berlalu pergi tanpa mengenalkan Ayumu kepada murid-murid kelas itu

"Dia tinggalkan aku macam tu je? bukannya nak teman aku masuk dan perkenalkan aku dekat murid-murid" bengang Ayumu dengan perangai cikgu itu

"Hmm, terpaksalah aku beranikan diri." sambil menarik nafas panjang

knock! knock!

"Cikgu ada orang." kata seorang budak lelaki

"Haa, masuk."

"Ya nak apa?" kata cikgu lelaki yang bernama Ben

"Erm, saya pelajar baru kat sini." katanya dengan jantung yang berdebar-debar. Mana taknya, semua orang kat situ memandangnya

"Ouh, pergi cari tempat kosong."

"Pelajar baru lagi!" kata seorang murid lelaki yang duduk di barisan hadapan

Ayumu pun mencari tempat kosong untuk diduduki, tetapi malangnya semua penuh. Dia hanya berdiri di belakang dan memandang ke bawah sahaja.

"Erm, takde meja kosong macam mana ni?" kata cikgu Ben

" Pergi ambil satu meja dan kerusi lebih di kelas sebelah." arah cikgu Ben kepada seorang murid lelaki.

Setelah mendapat tempat duduk, Ayumu di soal oleh pelajar-pelajar kelas itu. Berbagai-bagai soalan diajukan kepadanya.

****
Masa Rehat

"Erm, takde kawanlah aku hari ni." sedih hatinya

Ayumu pun rehat seorang diri di kantin. Selama 2 minggu dia tidak mempunyai kawan. Tiba-tiba datang dua orang perempuan yang ingin menjadi kawannya. Pada mulanya mereka dan Ayumu tidak rapat. Mereka rapat dengan Ayumu semasa tahun baru persekolahan.

****
Setahun Kemudian

"Weyh, kau tau tak yang Taemarie suka budak lelaki tu?" kata Saori sambil menunjuk ke arah budak lelaki itu.

"Tak." jawabnya dengan muka yang tidak teruja

"Sejak bila dia suka budak lelaki tu?" tanya Ayumu

"Sejak tahun lepas."

"Ouh, kau pula suka siapa?" tanya Ayumu lagi

"Aku suka dia." sambil menunjuk budak lelaki yang diminatinya

"Ouh." balas Ayumu

"Kau tak suka sesiapa ke kat sekolah ni?" tanya Saori

"Tak, kenapa?"

"Takkan sorang pun kau tak berkenan?"

"Ergh, kan aku dah jawab tak" balas Ayumu dengan malasnya

"Budak lelaki dalam kelas kita tak handsome ke?"

"Sorang pun tak handsome bagi aku."

"Hmm, aku nak bincang sesuatu dengan Taemarie jap. Kau jangan dengar!"

"Yelah, Saori." kata Ayumu yang malas mahu melayan karenah si Saori tu.

Sementara Saori dan Taemarie berbincang, Ayumu melihat permandangan disitu. Dia melihat banyak pokok bunga yang baru ditanam oleh pekebun sekolah itu.

"Ayumu." panggil Taemarie dan Saori

"Ya?"

"Taemarie tunjuk budak yang kita dah pilih untuk Ayumu."

"Tengok depan tuu, yang tinggi pakai spec tuu. Nampak tak?" tanya Taemarie kepada Ayumu

"Nampak, kenapa?" pelik Ayumu dengan mereka berdua

"Kitaorang jodohkan kau dengan dia." jawab Saori

"Haa! kenapa?" terkejut Ayumu

"Dia handsome apa? dah lah handsome, tinggi, putih and pandai pula tu. Sesuai dengan kau yang pandai, cantik and putih ni." jawab Saori

"Aku tengok dia biasa jee, tak handsome pun. Lagi pun, aku tak suka orang yang pakai spec."

"Ouh.." jawab Taemarie dan Saori

****
Selepas Beberapa Hari

"Korang cepatlah, semua orang dah turun rehat nanti tak sempat makan pula." kata Ayumu yang risau tak dapat makan

"Sabarlah, bukannya nanti kau tak dapat makan. Risau sangat kenapa?" marah Saori

"Hmm, yelah." balas Ayumu dengan rasa terkilan kerana herdikan Saori

Sedang dia berdiri di depan pintu kelasnya, datang sekumpulan budak lelaki melintas di hadapannya. Namun, dia tergamam apabila seorang budak lelaki yang dijodohkan oleh Saori dan Taemarie itu senyum kepadanya.

Sejak daripada itu, dia sudah jatuh hati kepada orang yang bernama matsuo tetapi dalam diam. Kawan-kawannya tidak tahu sehinggalah satu hari.

****
Rehat Kokorikulum

Ayumu dan rakan-rakannya sedang berbual di belakang pondok. Tiba-tiba Ayumu perasan seorang budak lelaki sedang bermain badminton di sebalik pokok besar.

"Bentuk tubuh tu, macam ku kenal." kata Ayumu di dalam hati.

Alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui bahawa Matsuo yang sedang bermain badminton di sebalik pokok itu.

"Oh god, patutlah macam kenal!" sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain

Saori yang menyedar akan tindakan Ayumu itu berkata padanya

"Aku rasa, ada orang yang akan jatuh cinta ni." katanya sambil merenung Ayumu

"Siapa?" balas Ayumu pura² tidak faham

"Engkaulah, siapa lagi?"

"Takkanlah" balas Ayumu cuba berdalih

"Hm, yelah. Kau tengoklah nanti Ayumu, aku yakin kau akan jatuh cinta dengan dia." balas Saori

Bagaimana Dengan Cintaku?Where stories live. Discover now