bab 4

49.1K 1.3K 13
                                    

Husna bermain tangannya diatas stereng kereta. Matanya masih lagi fokus pada jalanraya namun pemikirannya hanyut memikirkan pelbagai perkara.

"Apalah nasib Mimiey sekarang ni." Monolog Husna seorang diri. Matanya tertumpu kearah seorang wanita yang berusia lingkungan 50an yang sedang menunggu di stesen bas.

Wanita itu kelihatan gelisah sambil memandang kekiri dan kekanan. Seakan tidak selamat dan terancam dengan seseorang.

"Apa yang diorang tengah buat tu?" Dikecilkan matanya sambil memandang gelagat wanita itu mula bergelut dengan dua orang lelaki bertubuh agak berisi. Pergelutan itu membolehkan lelaki tersebut merampas handbag wanita itu sehingga menyebabkannya tersungkur ke tanah.

"Kurang ajar!" Bentak Husna geram lalu menekan pedal minyak kereta. Dirempuh motosikal yang berada di dihadapannya. Geram dengan tingkah peragut yang tidak berperikemanusiaan itu.

Bang!

Bunyi hentakan kereta Swift kesayangannya dengan sebuah motosikal kedengaran begitu kuat. Husna menelan air liurnya apabila mendengar hentakan tersebut. "Habis kereta aku." monolognya seorang diri.

Namun, puas hatinya bila melihat motosikal yang dinaiki oleh peragut itu terbabas ke bahu jalan. Beg yang berada di dalam pegangan peragut juga turut melayang.

Pin pin pin !

Hon ditekan berulang kali oleh Husna. Cuak juga apabila melihat wajah amarah peragut yang mula ingin menerkam kearah keretanya. Nasib baiklah pintu keretanya autolock.

Ditekan hon berulang kali untuk menarik perhatian orang yang lalu-lalang disekeliling. Agar menyedari situasi yang sedang berlaku. Pantas peragut tersebut cabut lari sebelum ditangkap oleh orang awam.

Husna turun dari kereta lalu mengambil handbag yang tercampak tidak jauh dari keretanya. Didekati wanita berusia yang sedang terduduk menahan sakit itu.

"Puan tak apa-apa ke?" Dipegang lembut tangan tua mangsa ragut itu untuk membantunya berdiri. Risau Husna bila melihat keadaan wanita itu yang sedikit terketar-ketar jelas menunjukkan dirinya masih terkejut dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi.

"Saya ada dekat sini Puan. Puan jangan risau, Puan selamat dengan saya" Ucap Husna cuba menenangkan hati wanita tersebut sambil tangannya mengusap lembut tangan wanita itu.

"Aunty tak apa-apa, terima kasih kerana tolong selamatkan aunty." Wanita berkenaan hanya tersenyum manis memandang Husna. Dipegang tangan Husna sambil menatap wajah Husna yang tampak lembut. Entah kenapa wajah gadis yang dipandang olehnya sangat menenangkan hatinya.

"Betul ke puan tak apa-apa ni?" Tanya Husna sekali lagi untuk kepastian kerana sedikit risau apabila memandang wajah sayu wanita yang boleh jadi seumuran dengan arwah ibunya. Hati Husna berasa serba bersalah untuk meninggalkannya begitu saja. "Saya bawa ke klinik ye?" Pelawa Husna.

Sekadar gelengan dan segaris senyuman ikhlas diberikannya kepada Husna. "Alhamdulillah aunty tak apa apa, aunty cuma terkejut sikit je."

Matanya masih lagi memandang Husna. Sungguh dia terharu dengan sikap baik Husna kepadanya walaupun penampilan Husna lebih kearah kebaratan dan jauh dari segi ketimuran.

"Betul ke puan, saya risaulah takut ada luka dalaman ke apa sebab puan jatuh tadi. Apakata saya tolong hantarkan puan pergi ke klinik?" Cadang Husna yang masih lagi bimbang akan keadaan wanita itu.

"Tak mengapa, betul aunty okay saja ni. Syukurlah cik ada dekat sini, kalau tak ada cik tak tahulah apa yang jadi dekat aunty ni." Wanita berusia itu menolak pelawaan Husna sambil tersenyum manis. Sungguh dia terharu dengan sikap anak muda seperti Husna. Prihatin sungguh!

"Eh puan boleh panggil saya Una je." Balas Husna, ramah. Wanita itu mengangguk kecil. Berkenan sungguh dengan sifat peribadi yang Husna tunjukkan. Kalaulah anak perempuannya mempunyai perwatakkan sama macam gadis ini pasti dialah ibu yang paling bahagia.

"Terima kasih sekali lagi ya Una sebab dah tolong aunty." Ucapnya lagi. "Kenalkan nama aunty Tengku Sofia" ramah Tengku Sofia memperkenalkan dirinya kepada Husna.

Husna sedikit terkejut bila mendengar nama yang disebutkan oleh wanita yang berada di hadapannya. Patutlah kalau dilihat dari segi penampilannya, wanita tua itu bukan calang calang orang.

"Ya Allah kereta Una!" Terjerit kecil Tengku Sofia apabila melihat kereta swift kesayangan Husna berlekuk-lekuk di bahagian hadapan akibat pelanggaran yang berlaku sebentar tadi.

Automatik kepala Husna dipusingkan untuk melihat keretanya yang mengalami kerosakan itu. Melopong mulutnya saat melihat kondisi keretanya. Dia sudah menganggap situasi ini akan berlaku, tetapi tidaklah menjangkakan bahawa keretanya remuk sebegitu dahsyat.

"Er... takpalah Tengku biarlah kereta tu, nanti pandai pandailah saya hantar ke workshop." Jawab Husna sedikit gagap. Ditutup matanya dari memandang kereta kesayangannya. Tidak kuat dia rasakan saat ini. "Aku tak habis bayar lagi tu." Keluhnya sendiri.

"Eh apa Tengku-Tengku ni, Una panggil Aunty Sofia je" ramah Tengku Sofia membetulkan gelarannya kepada Husna. "Pasal kereta Una, jangan risau nanti aunty bayarkan." Cadang Tengku Sofia lagi ingin membalas budi.

"Eh tak payahlah aun--ty" sedikit tergagap Husna ingin menyebutkan perkataan aunty. "Saya ikhlas tolong aunty." Jawab Husna bersama anggukkan yang bersungguh sungguh. Dia lakukan kerja ini semuanya dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran ataupun balasan.

"Tak apa, Una kan dah tolong aunty, sekarang ni biar auntylah yang bayarkan kereta Una" Terang Tengku Sofia yang masih lagi tersenyum. Sungguh dia berkenan dengan sikap Husna yang baik hati ini.

"Hm, takpe takpe, Una ikhlas tolong aunty, lagipun Una dah lambat ni nak masuk office nanti mengamuk pula boss Una tu." Dipandang sekilas jam yang berada ditangannya. Sengaja dia menukar topik agar dapat mengundurkan diri.

"Ni kad aunty, Una call bila dah siap repair kereta Una. Biar aunty yang tolong bayarkan okay?" Tengku Sofia mengeluarkan kad yang berada didalam handbagnya lalu diserahkan kepada Husna. Dia berasa serba salah pula kalau tidak membalas budi gadis tersebut.

"Ok aunty, Una pergi dulu ya. Hati-hati tau, jaga diri elok elok." Pesan Husna sambil bersalaman dengan Tengku Sofia.

Tersentuh hati Tengku Sofia apabila Husna memberikan pesan kepadanya. Andai saja anak perempuannya, Tengku Sarah mempunyai perwatakkan seperti Husna.

"Baik-baik buat kerja." Tengku Sofia membelai kepala Husna yang menunduk mencium tangannya.

Husna sekadar mengangguk "Assalamualaikum." Kata Husna lalu melambai kepada Tengku Sofia. Pantas dirinya pergi kearah keretanya. Sempat dilihat sekilas bahagian enjin kereta kesayangannya.

WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT)Where stories live. Discover now