Bab 9

44.7K 1.2K 12
                                    

"Aku terima nikahnya Farah Husna bt Husaien dengan mas kahwin 300 ringgit tunai." lafaz Tengku Adam dengan tenang.

Sah?
Sah.. Sah? Sah..
Alhamdulilah, dengan sekali lafaz Farah Husna sah menjadi isteri kepada Tengku Adam bersaksikan wali hakim.

Adam langsung keluar dari ruangan pejabat agama Islam itu setelah selesai urusan akad nikahnya. Langsung tidak mempedulikan dan memandang wajah wanita yang sudah pun menjadi isterinya.

Perasaan Husna saat ini masih lagi terkejut. Nak kata dia sedih, langsung tiada air mata yang mengalir di kedua pipinya. Jauh sekali dia berasa gembira.

Dia melihat kelibat suaminya keluar tanpa memandang kearahnya. "Sombong betul." kutuk Husna dalam hati. Pantas dirinya bangun untuk keluar sambil membaiki sedikit selendang yang hampir melorot dari kepala.

Matanya tercari-cari kelibat lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya itu. "Mana dia ni? Takkanlah dia tinggal aku macam tu je?" Gumam Husna sendiri.

Beberapa tapak Husna melangkah tiba-tiba pergelangan tangannya di tarik oleh seseorang untuk pergi kearah kawasan yang lebih sunyi.

"Dengar sini, walaupun kita berdua dah sah jadi suami isteri, tapi aku nak kau ingat, ikatan kau dengan aku hanya atas kertas je." Adam melepaskan rangkulan tangannya setelah dia dan Husna berada agak jauh dari orang sekeliling.

"Kau boleh buat hal kau sendiri, dan aku boleh buat hal aku sendiri, maknanya kalau kau nak mampus sekali pun, terserahlah." terang Tengku Adam dengan nada serius. Langsung tidak dipandang wajah wanita itu.

"Cliche nye, ingat novel ke apa?" Ucap Husna selamba.

"What?" Adam meninggikan sedikit suaranya. Terkejut dengan sikap selamba Husna itu.

"Tak, maksud aku tu je ke?" Husna kembali membetulkan kata katanya bila tersedar suara Adam yang sudah pun berubah nada.

Tengku Adam memalingkan mukanya dan terus pergi meninggalkan Husna sendiri, soalan Husna hanya dibiarkan sepi begitu saja.

"Okay?" balas Husna yang masih lagi berdiri di tempatnya memandang kelibat Adam yang semakin menjauh. "Macam tu je?" Sambungnya lagi.

"Wait!" Jerit Husna. Pantas kakinya melangkah cuba mendapatkan Adam yang sudah pun jauh meninggalkannya.

Adam hanya diam meneruskan langkahnya, langsung tidak dihiraukan panggilan wanita tersebut.

"Eh, I nak cakap dengan you ni." pantas Husna memegang tangan Adam bagi menghentikan langkah lelaki tersebut.

Adam merentap tangannya dari genggaman Husna. "Aku tak suka kau sentuh aku. Faham?" Bentak Adam.

"Eh, yang you nak marah ni dah kenapa? Kalau you rasa I ni beban untuk you, kenapa you pilih nak kahwin dengan I? Boleh je you pilih untuk bayar denda kan?" Bertubi-tubi soalan Husna lontarkan. Dia pelik dengan sikap Adam yang memilih untuk berkahwin dengan dirinya namun melayannya secara biadap begini.

"Aku tak nak perempuan macam kau pergi rosakkan hidup orang lain. Salah aku ke? Kau sendiri yang perangkap aku kan?" Adam menolak sedikit bahu Husna dengan menggunakan jari telunjuknya hingga wanita itu terdorong kebelakang.

"Kau ingat aku kemaruk sangat ke nak kahwin dengan kau?" Gumam Husna perlahan. Hilang habis hormatnya dengan sikap Adam yang tidak habis-habis menyalahkan dirinya.

Adam hanya tersenyum sinis memandang Husna "Betina sundal." Adam mengepal tangannya, bukannya dia pekak untuk tidak mendengar setiap butir bicara wanita itu. Dia amat pasti yang wanita ini hanyalah perempuan yang diupah oleh Tengku Ashraf untuk menjatuhkannya.

"Kita tengok macam mana permainan kau Ash." Bisik hatinya sambil memandang wajah masam Husna dihadapannya.

"I don't want to waste my time with someone like you. So, ya, goodbye." Adam mengangkat tangannya lalu beredar meninggalkan Husna yang sedang menahan api kemarahan.

Setibanya di hotel, Tengku Adam terus membaringkan badannya di atas katil. Penat sungguh otaknya memikirkan masalah yang dihadapinya sekarang.

Terasa sekelip mata sahaja dirinya sudah pun berubah menjadi suami kepada wanita yang tidak dicintainya bahkan tidak mengenali asal usul wanita tersebut.

"Uh" Tengku Adam mengeluh berat. Wajahnya diraup beberapa kali. Kepalanya berasa sangat serabut.

"Apa aku nak buat sekarang ni?" Ujarnya sambil tangan menutupi mukanya. Wajahnya diraup berkali-kali lagi cuba menghilangkan rasa yang kusut ini.

"Sekarang macam mana aku nak hadap dengan bonda kalau bonda tahu masalah ni" Gumamnya lagi.

"Apa yang aku nak buat sekarang ni ha?Dasar perempuan tak guna!" Marah Tengku Adam. Dia bangun dan terus keluardari biliknya. Dia perlu bertemu semula dengan Husna. Baginya masalah ini harusdiselesaikan sekarang juga.

WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt