Chapter 12

17 5 1
                                    

Sejak dari hari itu, aku sudah jarang berjumpa dengan Jungkook. Sebab utamanya aku takut. Kadang-kala aku bertemu Jimin Dan Taehyung. Sekarang ini aku berada di gym. Bersama dengan Hae Seul dan Sae Ji.

"Sae Ji-ah, macam mana hubungan awak dengan Taehyung sekarang?" Dia hanya diam apabila aku bertanya. "Rae, nanti aku nak pergi Sugar Class Cafe. Kau belaja ya?" Aku mendengar memandang Hae Seul. "Cafe, Suga sunbae-nim?" Dia mengangguk.

Aku hanya teruskan larian pada mesin joging. Aku tahu, hubungan Sae Ji dengan Taehyung sekarang ini sudah jadi tidak seperti dahulu. Mereka sudah tidak bertemu, umpama tidak mengenali antara satu sama lain walaupun berselisih ketika kami berjalan ke kelas.

Aku tidak mahu menyibukkan keadaan dan fikiran aku mengenai hubungan mereka yang sangat rumit itu. Yang penting sekarang. Keadaan aku. Selera makan aku sudah naik mendadak. Dan tidak mengikut diet harian aku. Aku jangkakan, itu perkara biasa bagiku. Dan sudah sebulan aku tidak datang haid. Mungkin haid aku datang lambat bulan ini.

Aku cuba berfikiran positif mengenai apa yang berlaku pada badanku. Aku berhenti dari larianku dan mengambil air mineral yang berada di atas mesin joging tersebut. Perlahan aku meneguk air tersebut. Setelah minum. Aku melakukan aktiviti cooling down untuk merehatkan tubuhku.

..TBC..

T'aimer ; Ren Nu'estWhere stories live. Discover now