PROLOG

292 27 39
                                        



BANG!!

" Jika ini benar-benar penamat hidup aku ... huh, hari ini aku akan mati sebagai Zen. Sebab utama, ditembak oleh Inspektor Melissa, ketua polis unit khas, ketika hendak melindungi sahabatnya, Kay ... Uhuk, uhuk ... cool ... bukan?" pandangan lelaki itu mula berpinar. Seluruh kawasan itu kian menjadi kelam. Kelopak matanya saat itu terasa berat sekali. Dia tersenyum lebar sebelum matanya tertutup. Alat perakam suara yang selalu di sampingnya itu terlepas daripada tangan.

"Heh ...." Apa ni? Sekurang-kurangnya berilah peluang untuk dia menyudahkan ayatnya.

"Kay, terima kasih kerana memberikan aku nama ini ..." gelap.

Pak! Pak! Pak!

Zen membuka matanya sedikit. Gerangan berkasut kulit itu kian mendekat.

'Apa ... masih ada lagi yang hidup?' getus hatinya. Pemuda misteri yang mendekatinya duduk bercangkung sambil memegang bahunya lembut.

"Zen, kau tak boleh mati lagi!" serentak, tubuhnya dicempung lalu dibawa pergi. Zen tidak mampu menghalang. Akhirnya matanya terpejam. Kali ini, dia benar-benar tidak sedarkan diri.

ZEN: PrologWhere stories live. Discover now