Bab 1

207 23 51
                                    



Tahun 2020 - Sidang Media Berlin, German

Seorang kanak-kanak lengkap berpakaian sut keluar daripada kenderaan mewah itu sambil diikuti ibu bapanya yang tidak kurang segaknya. Mereka ikon negara, yang telah banyak berjasa. Ibunya, Professor Isabella ialah seorang saintis genetik yang sedang dalam usaha mencipta penawar bagi kes kecemasan di medan peperangan manakala ayahnya, Professor Abraham Al Asr ialah saintis fizik yang mempunyai syarikat dan kilang penciptaan senjata tersendiri. Kedua-duanya ialah aset negara lebih-lebih lagi pada waktu kemuncak itu.

Kanak-kanak itu pula ialah Shahid Al Asr, anak kandung pasangan genius itu. Kepintaran ibu bapanya diwarisi oleh satu-satunya anak lelaki mereka. Pada masa itu, kerajaan German telah jatuh ke tangan pemerintah Islam, setelah semua negara Islam bersatu padu untuk mendapatkan negara itu kembali. Ya, dahulu hampir 2 per tiga dunia adalah di bawah payungan kerajaan Islam.

Dia tidak boleh main-main saat itu kerana tujuan kehadiran mereka di sidang media ini adalah urusan politik yang penting! Cahaya daripada kamera paparazzi sedikit sebanyak mengganggu kanak-kanak itu. Dia menyorok di belakang ibunya agar para wartawan tidak mampu menangkap gambarnya saat itu.

"Professor Isabella, benarkah kenyataan prof tentang penemuan virus aneh itu?" soal salah seorang wartawan yang ada di situ. Masing-masing menghulurkan alat perakam suara dan mikrofon masing-masing. Mereka akan pastikan setiap bait bicara yang keluar daripada mulut wanita itu dirakam dan dijadikan berita sensasi kali ini.

Wanita itu hanya tersenyum hambar. Dia segera menarik lengan anaknya Syahid agar segera mengikutinya masuk ke dalam dewan. Dia akan pastikan bahawa semua soalan bakal dijawab dengan jujur setelah keadaan kembali reda.

"Tolong, beri laluan kepada Professor Isabella untuk lalu." Salah seorang pengawal peribadi keluarga saintis itu segera mendepakan tangannya untuk menghalang pergerakan para wartawan di situ.

"Tunggu! Prof, sila jawab soalan kami!"

"Beliau akan jawab semua soalan kalian semasa di dalam dewan nanti. Tolonglah beri kerjasama!" kata-kata lelaki itu sudah cukup untuk menenangkan keadaan. Mereka mengangguk-angguk tanda mengerti.

***

"Abang, patut ke kita bagi tahu hal yang sebenarnya kepada masyarakat?" soal Isabella dengan dahi yang berkerut. Suaminya Abraham hanya termenung panjang. Sememangnya, rahsia ini tidak boleh terus menjadi rahsia. Kelak boleh menjadi ancaman buat masyarakat. Namun, hatinya juga bimbang sekiranya ada yang mengambil kesempatan terhadap berita buruk ini.

"Virus VB1 itu sangat bahaya Bella. Abang tak boleh biarkan orang awam terus buta dalam ilmu begini. Mereka ada hak untuk tahu. Huh." Lelaki itu mengeluh perlahan. Dia melihat ke arah anaknya yang masih leka bersama komputer riba di ruang tamu. Sengaja dia menyuruh anaknya menyelesaikan masalah perisian dalam komputer itu untuk melekakannya. Kalau boleh dia tidak mahu Syahid tahu. Ya, kanak-kanak itu berbeza. Cara mereka mendapatkan anak itu juga berbeza. Segalanya tentang Syahid sememangnya luar biar biasa.

"Tapi, kalau pihak musuh tahu, orang awam juga dalam bahaya!" Isabella duduk di hadapan suaminya sambil mengerutkan dahinya. Terpancar kerisauan di wajahnya. Sekali lagi Abraham mengeluh. Isterinya itu sentiasa memikirkan perihal orang awam sebelum dirinya sendiri. Hal itu sedikit sebanyak membuatkan dia semakin risau.

"Bella, bukan setakat orang awam. Keluarga kita juga mungkin dalam bahaya. Kita mungkin akan dibunuh atau dijadikan orang suruhan pengganas!" Lelaki itu meraup rambutnya.

ZEN: PrologNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ