BAB 18

3.9K 101 0
                                    

Suhayna menghempas beg tangannya. Dia pulang dengan perasaan yang marah bercampur geram

"Tak habis-habis Maliq, Maliq, Maliq... Dari dulu sampai sekarang, tak pernah sikit pun kau pandang aku.!" Gumam Suhayna

'Hish! Astagfirullahhalazim... Suhayna, apa kau cakap ni.?! Maliq tu bestfriend kau tau.. Sabar Suhayna sabar..' mengucap Suhayna dalam hati

Suhayna teringat kembali peristiwa dimana dia mendapat tahu yang Ammar sukakan Maliq

                  ⚘⚘⚘

"Weii Amm! Kau tak balik lagi? Bukan kelas kau selalu balik awal?" Soal Suhayna

"Memang. Memang kelas aku balik awal pun. Tapi, aku tengah tunggu someone special.." balas Ammar sambil tersenyum

'Eh? Someone special? Takkan aku kot?' kata Suhayna dalam hati

"Siapa dia? Boleh aku tahu?"

"Siapa lagi.. Maliq lah." Jawab Ammar dengan selambanya

Suhayna terkejut. Dia kaku. Hatinya ibarat disagat-sagat oleh sesuatu yang tajam dan menyakitkan

"M-Maliq? Kau suka Maliq ke?" Soal Suhayna gagap

"Ha a. Aku suka dia." Ringkas tapi cukup menyakitkan

"Maliq?" Soal Suhayna

"Maliq? Kenapa dengan dia?" Soalan dibalas dengan soalan

"Maliq, dia suka kau ke?"

"Entahlah. Mungkin ye! Mungkin tak!"

Suhayna diam. Suasana menjadi sunyi seketika

"Hish! Mana Maliq ni? Tak keluar-keluar pun.." keluh Ammar yang masih setia menanti Maliq

Suhayna yang terdengar keluhan itu, membalas

"Sia-sia je kau tunggu dia." Kata Suhayna

"Kenapa pulak?" Soal Ammar hairan

"Maliq ada late day hari ni.."

"Laa! Kenapa tak bagitahu aku awal-awal... Kau ni, saje kan nak berpanas-panas dekat sini." Ujar Ammar geram

"Eh? Kenapa kau nak salahkan aku pulak? Aku lupa okay! Aku tak sengaja terlupa." Balas Suhayna juga geram dengan sikap Ammar

"Apa-apa je lah!!" Bentak Ammar lalu beredar pulang ke rumah

Suhayna hanya memerhati Ammar sehingga dia hilang dari pandangan

                  ⚘⚘⚘

Hai semua! Hari ni birthday saya, Maliq! So,Cik Suha,apa hadiah aku kali ni? Cepat kasi tahu sama wa...

Bunyi dari telefon Suhayna mematikan lamunannya sebentar tadi

Suhayna pantas mencapai telefonnya lalu menatap telefon itu lama

Ya. Hari ni hari jadi Maliq. Setiap tahun mereka meraikannya. Tahun lepas, mereka pergi bercuti sebagai hadiah buat Maliq

Tanpa sedar, air mata Suhayna laju turun membasahi pipi mulus miliknya

'Mana kau Maliq? Hari ni birthday kau. Macam mana aku nak bagi hadiah, kalau kau takde...' rintih Suhayna

                  ⚘⚘⚘

"Aduh! Bosannya! Dah berapa lama dah aku terkurung dekat sini! Dia tak kesian ke dekat aku? Haa! Apa kata aku suruh dia lepaskan aku, then aku janji tak bagitahu siapa-siapa pasal hal ni! Haa a lah. Bijaknya kau Maliq."

Maliq pun segera turun ke tingkat bawah bagi mendapati Aidan

Namun, apabila dia tiba di bawah, keadaan rumah itu gelap dan sunyi

"Aidan? Kak Nab?" Maliq cuba memanggil. Namun, panggilan nya tidak disahut

Maliq cuak. Dia tiba-tiba berasa seram sejuk. Dia berjalan menuju ke dapur. Keadaan di dapur juga sama. Gelap dan sunyi

"Aidan? Kak Nab?" Panggil Maliq sekali lagi

Tiba-tiba....

"Baaaa!!" Maliq terkejut. Dia menjerit seolah-olah orang yang dirasuk

Maliq berlari naik ke atas. Namun, malang tidak berbau. Sedang dia kalut menaiki tangga, kakinya tersadung lalu Maliq jatuh tergolek ke bawah

Maliq tidak sedarkan diri

                 ⚘⚘⚘

"Macam mana? Dia okay tak? Luka dia tu? Okay?" Bertalu-talu soalan diajukan kepada Dr. Shayful

Dr. Shayful ni, doktor peribadi keluarga Aidan merangkap bestfriend Aidan

"Woo...woo...woo! Satu-satu lah bro. Gelojoh sangat!" Balas Shayful

"Takde lah.. Aku risau je. Salah aku jugak gempar dia macam tu!" Aidan menyalahkan dirinya sendiri

"She's fine, Aidan. Dia tak mengalami apa-apa kecederaan yang serious pun. Maybe dia akan pening-pening sikit dekat bahagian kepala dia...sebab dia terhantuk dengan kuat kan.."
Terang Shayful panjang lebar

"Alhamdulillah! Boleh aku jumpa dia?" Aidan meminta izin

"Silakan, Encik Aidan" balas Shayful dengan senyuman

Aidan membuka pintu bilik yang menempatkan Maliq. Dia melihat Maliq terbaring kaku di atas katil. Aidan menghampiri Maliq yang masih belum sedarkan diri

"Maliq? I'm so sorry. Saya takde niat pun nak buat awak tercedera. Please, bangun sayang.." ucap Aidan perlahan bersama air mata lelakinya yang berlinangan

Ini merupakan kali pertama dia menangis kerana seorang perempuan. Ini membuktikan yang Aidan amat mencintai Maliq

Aidan mencapai tangan kecil milik Maliq. Dia mencium lembut tangan yang putih gebu itu

"Hurmm.. Suha? Suha?" Rengek Maliq perlahan

Barangkali, dia bermimpi sesuatu tadi

"Maliq? Syukur, awak dah sedar!" Ucap Aidan

"S-saya dekat m-mana ni?" Soal Maliq sambil memegang kepalanya yang terasa berpusing-pusing

"Awak dekat hospital." Jawab Aidan ringkas

"Hospital? Tapi, kenapa?"

Aidan mengigit jari. Dia tidak boleh memceritakan hal yang sebenar. Dia risau Maliq akan marah padanya. Maliq ni bukan senang nak pujuk

"Awak terhantuk meja tadi." Balas Aidan

"How?"

"I don't know. Tadi saya keluar kejap. Bila saya balik, awak dah terbaring atas lantai dengan luka dekat dahi. So, saya assumed yang awak terhantuk la kot!" Tipu Aidan

"But h..." belum sempat Maliq menghabiskan bicaranya, Aidan terlebih dahulu memotong

"Dah..dah! Awak tak perlu risau. Doktor kata awak luka ringan je.."

"Awak! Saya nak air. Haus lah!" Pinta Maliq

"Air? Tunggu jap!" Balas Aidan lalu keluar mendapatkan air

Setelah beberapa minit, Aidan kembali bersama dua cawan kopi mocha di tangannya

Alangkah terkejutnya Aidan, apabila mendapati Maliq tiada di katilnya. Dia meletakkan minuman tadi di atas meja berhampiran

Aidan mengeluarkan telefonnya lalu menghubungi seseorang

"Kau cari dia sampai dapat!"

To be continued......

Ig @ns_sb2001
Fb Nur Sabrina






Penculik  Cintaku Where stories live. Discover now