BAB 22

3.7K 90 0
                                    

Maliq keluar dari bilik air. Dia baru sahaja selesai membersihkan diri

Maliq menuju ke almari baju bagi memilih baju untuk dia pakai pada hari ini

'Hish! Takde baju yang best ke nak pakai hari ni! Semuanya dah pernah pakai. Bosan!' Omel Maliq

Sedang dia menyelongkar almari baju itu, tiba-tiba Maliq ternampak sebuah kotak sederhana besar di sebalik baju-baju yang berlipat

"Eh? Kotak apa pulak ni? Sejak bila ada dekat sini? Selama ni tak nampak pun!"

Maliq berkira-kira ingin membuka kotak itu. Namun, dia rasa bersalah kerana membuka tanpa izin pemilik kotak itu

Setelah lama berfikir, Maliq akhirnya membuka kotak itu untuk melihat isi di dalamnya

Di dalam kotak, terdapat beberapa keping gambar yang sudah lusuh warnanya. Maliq meneliti wajah-wajah yang terdapat dalam gambar tersebut

Ketika dia meneliti gambar-gambar tersebut, mata Maliq tiba-tiba terhenti pada sekeping gambar

Di dalam gambar itu, terdapat satu figura yang amat Maliq kenali

"Aidan? Kenapa dia boleh ada dalam gambar ni?"

Maliq turut melihat satu lagi susuk tubuh disebelah Aidan. Seorang wanita. Maliq mengerut dahi

"Siapa pulak perempuan tu? Mesra je dalam gambar ni.."

Timbul satu perasaan yang dikenali sebagai CEMBURU. Maliq pantas menggeleng kepala menghalau perasaan itu daripada terus menghantuinya

Maliq terus melihat gambar-gambar Aidan bersama perempuan itu

Tiba-tiba.....

"Maliq!!" Aidan pantas merampas kotak tersebut dari genggaman Maliq

Maliq tergamam. Dia sebenarnya terkejut dengan tindakan tiba-tiba Aidan itu

"A-A-Aidan? Kenapa ni?" Soal Maliq gugup

"Kenapa ni? Awak tanya saya kenapa ni? Siapa suruh awak tengok kotak tu?! Jawablah!!"

"S-saya t-tak s-sengaja. Saya cuma nak tahu benda apa je tu! Saya tak sengaja pun.." balas Maliq. Matanya sudah berkaca-kaca. Hanya menanti masa untuk pecah

"Tak sengaja?! Kalau awak dah nampak tu!! Buat tak tahu je la..!! Tak payah nak sibuk-sibuk bukak!"

"Saya cuma nak tahu je.." ujar Maliq perlahan

Tidak lama kemudian, kedengaran Maliq menangis teresak-esak. Dia sudah tidak mampu untuk menahan rasa sedihnya

Aidan mengeluh. Dia meraup mukanya berkali-kali sebelum perlahan-lahan mendekati Maliq

Aidan cuba untuk meraih tangan Maliq, namun tangannya ditepis kasar oleh Maliq

Aidan mencuba sekali lagi dan hasilnya tetap sama. Namun kali ini, Maliq semakin mengganas

Maliq memukul serta menumbuk-numbuk dada bidang Aidan. Aidan hanya membiarkan supaya Maliq dapat melepaskan geram terhadapnya

Melihat Maliq yang masih belum berhenti, Aidan terus memegang kedua-dua belah tangan kecil milik Maliq dengan kuat.

Setelah itu, dia menarik Maliq ke dalam pelukannya. Maliq masih tidak berhenti walaupun berada dalam pelukan Aidan

Aidan memeluk Maliq dengan erat agar dapat meredakan api kemarahan yang membuak dalam diri Maliq

Selang beberapa saat, Maliq berhenti. Dia sendiri sudah penat untuk memukul Aidan

"Shh... I'm sorry sayang. I shouldn't shouted at you. Saya memang teruk!" Kata Aidan perlahan sambil mengusap-usap kepala Maliq lembut

"Ada sebab kenapa saya tak bagi awak tengok semua tu.. Saya tak sengaja marah awak. Sorry, sayang? You know how much I love you..." sambung Aidan

Namun, tiada sebarang sahutan dari Maliq. Perlahan-lahan Aidan meleraikan pelukan itu

Aidan tersenyum. Maliq tertidur dalam pelukannya. Barangkali, penat mengeluarkan air mata

Aidan mendukung Maliq ke katil. Dia meletakkan Maliq di atas katil dengan cermat. Selepas itu, dia duduk di sisi Maliq

"Tidurlah. Mimpi yang indah-indah je. Saya minta maaf..." ucap Aidan lalu mencium lembut ubun-ubun Maliq

⚘⚘⚘

Maliq membuka matanya perlahan apabila ada sinar cahaya dari luar menusuk tepat ke wajahnya

Maliq mengeliat. Tidurnya terasa sangat lena diulit mimpi yang indah

Maliq turun dari katil dan menuju ke bilik air. Di dalam bilik air, Maliq mengelamun

"Kenapa dia marah sangat eh? Kotak tu terlalu bermakna ke untuk dia? Sampaikan aku pun kena marah... bencinya!"
Gumam Maliq dihadapan cermin dalam bilik air itu

Setelah beberapa minit, Maliq keluar dari bilik air. Ketika dia ingin melangkah, entah apa silapnya, Maliq tergelincir lalu jatuh terduduk di atas lantai

"Arghh!!" Jerit Maliq kesakitan

"Aduh! Sakitnya Ya Allah!" Ucap Maliq sambil mengurut-urut kakinya

Kedengaran pintu dibuka dari luar. Tersembul wajah Aidan dan Kak Nab di muka pintu

"Ya Allah! Maliq! Awak tak apa-apa?" Soal Aidan sambil meluru ke arah Maliq. Begitu juga dengan Kak Nab

"Erghh! Saya tak apa-apa. Awak tak perlu lah risau!" Kata Maliq sambil menepis tangan Aidan yang cuba membantu

Aidan terkedu. Mungkin Maliq masih marahkannnya pasal peristiwa semalam

"Kak Nab, tolong Maliq bangun kejap..." pinta Maliq

Kak Nab hanya menurut. Dipapahnya Maliq sehingga ke katil. Aidan hanya menjadi pemerhati

"Maliq nak apa-apa ke? Kak Nab boleh tolong ambilkan."

"Takpe la Kak Nab. Buat masa ni, Maliq taknak apa-apa. Maliq nak rehat je..."

"Kaki Maliq taknak urut? Bengkak nanti susah.."

"Takpe Kak Nab. Biar saya yang urutkan kaki si Maliq tu. Kak Nab pergi ambil minyak.." arah Aidan

Maliq mengeras. Dia kalau boleh tidak mahu Aidan mengurutnya. Lelaki itu sebenarnya mencari peluang untuk bersamanya

Kak Nab tiba bersama minyak yang dipinta. Selepas minyak bertukar tangan, Kak Nab segera berlalu ke bawah meniggalkan Aidan dan Maliq di bilik

"Bak sini kaki tu! Nak tengok teruk sangat ke.."

Maliq hanya menurut tanpa sebarang kata

"Hmmm...terseliuh sikit ni. Takde apa-apa pun..."

Maliq seperti patung, diam seribu bahasa

"Aikk? Allah kurniakan mulut untuk bercakap...bukannya jadi bisu." Perli Aidan

"Memang lah Allah kurniakan mulut untuk bercakap. Tapi, bercakap benda yang berfaedah....bukan benda yang sia-sia...." balas Maliq setelah sekian lama berdiam diri

"Ada pun mulut... Ingatkan dah bisu tadi.." Perli Aidan sekali lagi

Maliq berasa geram. Dia pantas menarik kembali kakinya yang sedang diurut oleh Aidan itu. Dia tidak menghiraukan kesakitan yang dialaminya

Maliq baring lalu menarik selimut sehingga menutupi mukanya

Aidan agak terkejut dengan tindakan spontan Maliq itu

'Aduh! Marah lagi la tu.. Kau pun satu Aidan.. Yang nak perli-perli dia tu kenapa?...'

Aidan menutup minyak itu lalu meletakkannya di atas meja bersebelahan katil. Aidan bangun lalu beredar meninggalkan Maliq berseorangan di bilik

To be continued.......

Ig @ns_sb2001
Fb Nur Sabrina












Penculik  Cintaku Where stories live. Discover now