Bab 2

45.3K 1K 98
                                    

"Aku terima nikahnya, Nur Umairah Binti Azman dengan mas kahwinnya 22 ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!" Umairah menitiskan air matanya. Maafkan aku, maafkan aku sebab jadikan kau mangsa keadaan. Maafkan aku Edyan. Sekali lagi air matanya tumpah. Doa diaminkan sekaligus menyeka air mata yang mengalir kepipi. Kelihatan Edyan datang kearahnya membawa sebentuk cincin dengan muka yang sebal.

Tangan dihulurkan. Umairah hanya dapat menyentuh hujung jari Edyan kerana awal-awal lagi Edyan telah menarik tangannya dari terus dicium. Cincin disarungkan bersaja lantas dicium kepala Umairah dibahagian atas tudung yang tersarung dikepala. Sungguh Edyan jijik untuk menyentuh perempuan murahan dihadapannya itu.

Lantas bibir didekatkan dicuping telinga Umairah yang terselindung dibalik tudungnya.

"Kau tak layak digelar isteri aku. Kau layak digelar pelacur tahu tak?!" Edyan tersenyum senget. Lalu dia bangun dan berlalu pergi meninggalkan Umairah yang masih tergamam.

⭕⭕⭕

"Siapa suruh kau duduk depan ha sundal? Kau duduk belakang! Aku jijik tengok muka kau!" Umairah akur. Dia terus keluar dari kereta dan kembali duduk dibahagian kerusi penumpang belakang.

"Pastikan aku tak nampak muka kau pun walau seinci. Kalau aku nampak, aku akan pastikan muka kau cacat sebab kena seret dekat tar! Faham!" Umairah hanya diam dan membuang pandang ke luar tingkap. Kereta Audi Q8 milik Edyan terus memecut laju meninggalkan negeri Johor dan menuju ke bandaraya Kuala Lumpur dengan perasaan yang sebal.

Edyan buntu. Nak tak nak dia perlu bawa Umairah pulang ke tempat tinggalnya. Kau tunggu apa aku akan buat dengan kau Umairah. Welcome To The Hell.

⭕⭕⭕

"Hoi bosia! Bangun! Menyusahkan betul kau ni!" Edyan mengoncang-goncang bahu Umairah. Terpisat-pisat Umairah mengosok matanya untuk mengembalikan kesegaran.

"Kita dekat mana ni?"

"Dekat pusat GRO iaitu tempat asal usul kau!" Umairah mengetap bibir. Baru dia teringat bahawa dia telah sah bergelar isteri kepada Edyan Naufal. Kepala Umairah tolehkan ke luar tingkap. Rumah teres banglo dua tingkat yang tersengam indah membuatkan Umairah terkesma.

"Kalau kau nak terus duduk dalam ni dipersilakan. Bagus sikit, tak adalah susah sangat aku nak fikir cara macam mana nak bunuh kau." Pintu kereta dihempas kuat. Terhinjut bahu Umairah akibat bunyi yang terhasil. Bunuh? Air mata Umairah mengalir sedikit. Cepat-cepat dikesat air matanya itu.

Tanpa membuang masa dia keluar dari kereta dan mengikut jejak Edyan. Sebaik pintu rumah dibuka mata Umairah terpaku. Rumahnya memang biasa. Tak sebesar mana tapi dekorasinya cukup membuatkan orang lain terpersona.

Edyan terus membawa Umairah kesatu bilik yang berada bersebelahan dapur.

"Ni bilik kau. Kau tak payah beranganlah nak dapat keselesaan bila tinggal dengan aku and one more thing, disebabkan aku ni tak tahu apa function kau dalam hidup aku, dan tiba-tiba datang mengemis dan tuduh aku ni dah perkosa kau so aku decide untuk jadikan kau orang gaji aku. Agree? So, right now. You're my officially maid dan bukan isteri aku. Faham!" Umairah mengangguk dan sedaya upaya menahan diri dari terus menumpahkan air mata.

Dadanya berkocak hebat apabila Edyan merapatkan bibirnya pada telinga Umairah dan berbisik.

"Kita belum habis lagi. Aku akan habiskan kau esok. Bersiap sedia." Umairah menelan air liur. Jarak muka mereka dijarakkan semula. Edyan tersenyum sinis dan berlalu pergi. Sempat dia memberi peringatan kepada Umairah.

Setelah itu bayangan Eydan hilang. Umairah jatuh terduduk. Air matanya tumpah jua. Apalah nasib dia. Dia hanyalah mangsa keadaan dan Edyanlah mangsa yang terkena tempias  sama. Maafkan aku suami.

ciklabu Qlyyra

Gelaran IsteriWhere stories live. Discover now