Bab 15

25.9K 1K 89
                                    

"Umairah, are you okay?" Soal Daniel kepada Umairah yang tampak riak kerisauannya. Fokus perempuan dihadapan Daniel itu ditumpukan pada Daniel semula.

"Erk, okay. Kenapa?"

"Nothing. Your face look like something wrong."

"Something wrong? Kenapa ada apa-apa ke dekat muka saya?"

"Taklah, muka awak nampak macam bakal makmum saya lepas kita nikah nanti." tergamam Umairah apabila mendengar Daniel berkata begitu. Kepala ditundukkan memandang minuman yang sudah separuh ketingginya dicawan kaca.

"I'm married Daniel. Sorry." Wajah Daniel dipandang redup. Daniel hanya tersenyum menampakkan sebaris gigi yang tersusun cantik kearahnya.

"Relax. Just kidding. By the way, husband awak mana? Kenapa dia tak teman awak. Bahaya tau biarkan bini secantik begini shopping sorang-sorang." Bibir dikemam Umairah. Edyan teman? Kalau Edyan teman, memang Najib jadi perdana menteri balik lah lepasni. Mana mungkin Edyan mahu meneman perempuan yang dibencinya membeli-belah. Pandang pun dengan penuh kebencian.

"Er, suami saya kerja. Saya tak nak menyusahkan dia. Tu yang saya pergi sendiri." Daniel mengangguk.

"Okay, berbalik pada tadi, habis kalau awak tak kahwin lagi, awak akan terima saya untuk jadi suami awak ke?" Sekali lagi soalan yang dilontarkan Daniel bagaikan racun yang membuatkan Umairah diam membisu. Anak mata Daniel tepat merenung anak mata coklat milik Umairah. Sungguh Umairah terkejut dengan soalan yang diberi oleh Daniel.

"Apa awak ni. Dahlah, saya tak nak cakap fasal ni jom balik dah malam sangat ni. Tak manis nanti." Minuman jus tembikai yang tinggal separuh itu terus diteguk sehingga habis. Daniel hanya memerhati tingkah laku gelabah Umairah itu.

Walaupun jus tembikai yang diteguk itu bersuhu rendah dan sejuk, tidak juga menyejukkan hati Umairah yang gelisah itu.

⭕⭕⭕

"Ehem!"

"Er, Tuan. Maaf saya tak perasaan."

"Lama keluar? Kau keluar beli barang ke? Kau pergi menyundal?"

"Maaf Tuan. Saya pergi beli baju dan tadi saya cari telekung tadi. Tu yang lama. Maaf."

Umairah menunduk apabila Edyan bergerak kearahnya sambil tangan diseluk kepoket. Beg kertas yang dipegang Umairah terus disambar tanpa keizinan dan dilihat isi didalamnya. Edyan tersengih sinis.

"Wow, bra. Cup berapa ni?" Baju dalam berwarna hitam dikeluarkan dan dinaik keatas siap dilayang-layangkan. Umairah menunduk menahan malu. Mukanya sudah merah bak udang panggang. Haish, punyalah banyak beg ditangan dia, beg itu juga ditarik Edyan.

Baju dalam yang berada ditangan dimasukkan semula kedalam beg kertas. Edyan membelek-belek isi didalamnya teliti. Cinca! Malu!!

"Hem, tak ada yang seksi langsung. Nah." Cepat-cepat beg kertas itu disahut. Muka kembali menunduk.

"Patutlah lama, seronok habiskan duit aku rupanya." Wajah Edyan terus dipandang tegas.

"Tak Tuan, saya tak bermaksud nak habis kan duit Tuan, cuma.."

"Cuma apa?!"

"Saya janji saya akan ganti balik duit yang saya guna ni. Saya janji." Kata Umairah sambil tangan kanan naik mengangkat sumpah. Pandangan helang Edyan terus membuatkan tangan Umairah kembali turun dan kepala menunduk kebawah.

Gelaran IsteriWhere stories live. Discover now