Empat Belas ☑

331 36 10
                                    

AKHIRNYA!

Tiba sudah hari yang di nanti-nantikan oleh kesemua warga sekolah kami.

Hari Kokurikulum!

Pagi-pagi lagi, kami sudah berkumpul di perkarangan sekolah. Tempat di mana gerai-gerai yang bakal beroperasi di tempatkan.

Acara dimulakan seperti kebiasaannya. Sementara pelajar-pelajar beratur seperti biasa,  kami yang terlibat dalam penjualan gerai pula, sudah sibuk dengan tugasan kami.

Aku yang ditugaskan untuk menggoreng bahan masakan, telah pun memulakan tugas. Begitu juga dengan Diandra.

Sementara, Kai dan Naz pula sibuk dengan tugasan mereka. Iaitu, menghias gerai untuk memastikan kecantikan gerai, serta tidak lupa tentang kebersihan juga.

Faris dan Vanida pula ditugaskan untuk melayan pelanggan. Jadi, sebelum gerai belum mula beroperasi, mereka cuba membantu di mana-mana yang perlu.

Tepat jam 8.30 pagi,  Tuan Pengetua diminta naik ke pentas utama untuk merasmikan Hari Kokurikulum. Sebaik acara perasmian selesai, pentas utama telah diambil alih oleh deejay yang telah diupah khas.

Maka, dengan itu gerai-gerai terlibat pun memulakan operasi dan mula diserbu oleh pelanggan-pelanggan. Tidak terkecuali juga gerai kami. Tidak menang tangan Faris dan Vanida melayan pelanggan, hinggakan Kai dan Naz juga terpaksa membantu sama. Aku dan Diandra pula menjadi semakin sibuk apabila menu jualan yang telah siap digoreng susut dengan pantasnya.

Kami hanya dapat menarik nafas lega apabila jam menunjukkan jam 1.30 petang. Tambahan pula, semua stok bahan makanan sudah selesai digoreng olehku dan Diandra.

Jadi sekarang ini, kami hanya perlu menjual baki makanan yang tinggal. Walaupun sudah tidak banyak yang tinggal, namun kami harus sabar menunggu memandangkan kebanyakan warga sekolah sedang sibuk dengan aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak sekolah. 

Sedang kami melepaskan lelah dan berbual-bual kosong, tiba-tiba Kirana menghampiri kami. Mata kami berlima terus tertumpu kepada Faris.

Kirana terus sahaja berdiri berhadapan dengan Faris. Tetapi, Faris pula memalingkan mukanya ke arah lain. Seolah ingin mengelak dari bertentang mata dengan Kirana.

Kai dan Naz tidak kelihatan terkejut dengan situasi itu.  Berlainan pula dengan kami bertiga. Kami bertiga saling berpandangan melihat kelakuan Faris itu.

"I rasa, ada benda yang kita perlu bincangkan." Akhirnya Faris memandang Kirana. Terdengar dia mengeluh sebelum berdiri.

Tetapi, sebelum dia melangkah untuk mengikuti Kirana, dia menoleh. Memandang ke arah aku. Aku yang memang sedari tadi asyik menyaksikan drama sebabak itu, semerta merasa kaget!

Kelihatannya Faris seperti ingin berkata sesuatu. Aku mengangkat kening tanda bertanya, tetapi Faris sekadar menggeleng dan meneruskan langkah.

Aneh!

"Kai, Naz... dia orang tu ada masalah, ke?" soalan Diandra dijawab dengan anggukan lemah oleh mereka berdua.

Aku terpinga-pinga.

Tidak percaya.

Namun, ada perkara lain yang bermain dalam benakku.

"Eh, korang ada nampak Iskandar, tak?" soalku pada mereka.

Satu hari suntuk ini aku lansung tidak melihat dirinya. Mustahil dia tidak hadir. Bukankah hari ini, sepatutnya dia mendengarkan jawapan dari aku?

Atau, dia sememangnya tidak peduli lagi tentang semua itu.

"Iskandar? Siapa tu?" Aku menepuk dahi mendengar soalan Kai. Lupa, bahawa pelajar lain memanggilnya Que.

"Que, la, " jawab Diandra bagi pihak aku.

"Wah... Iskandar." Aku memuncungkan mulut. Malu apabila menjadi bahan usikan mereka.

"Aku ada nampak dia tadi. Lepas je ucapan perasmian, aku nampak dia berdiri dekat situ." Aku memandang arah ditunjukkan Vanida. Berhampiran pentas utama.

"Dia asyik pandang kau, je," sambung Vanida lagi.

Aku terkedu.

Terasa kesal.

Kenapa aku tidak perasan lansung!

"Ye ke. Tak perasan lansung," kataku.

"Awak kan sibuk memasak tadi." Hmm... betullah kata Kai tu. 

"Emm... sementara tak sibuk ni,  boleh tak kalau Zee minta diri jap?" Aku memandang setiap wajah mereka. Masing-masing tersenyum-senyum.

Haissh... mereka ni, kan!

"Dah sampai eh, masanya," kata Nazri sambil tertawa mengusik.

"Hishh... korang ni! Ada-ada je, kan? Zee pergi dulu, ye."

Sebelum berlalu aku memandang Diandra dan Vanida. Mereka memberikan senyuman semangat untukku.

Tanpa membuang masa, aku berlegar-legar di kawasan sekolah sambil mataku meliar mencari kelibat Tengku Iskandar. Merata kawasan aku pergi, namun masih juga tidak kelihatan dirinya.

'Dah balik, ke? Tapi, takkan dia langsung tak nak jumpa dengan aku?'
Perasaan aku bercampur-aduk tika ini.

Terasa lemah semangatku mengenangkan kemungkinan Tengku Iskandar tidak peduli lagi akan janji kami tempoh hari.

Sewaktu aku menghampiri kawasan berdekatan pentas utama, seseorang menegurku.

"Cari Que, ke?" Aku mengagguk.

Kelihatan sekumpulan rakan sekelas Tengku Iskandar di hadapanku berbisik-bisik sesama mereka.

"Rasanya tadi ada dengar dia kata nak lepak kat kelas," jawab salah seorang daripada mereka akhirnya. Aku tersenyum senang. Harap-harap dia masih ada di sana.

"Terima kasih, ye." Mereka sekadar tersenyum padaku. Aku pula cepat-cepat mengatur langkah menuju ke bangunan kelas kami.

Telah Kuterima HatimuOnde histórias criam vida. Descubra agora