4

98 4 0
                                    

Hadirnya si fulan di dalam hati
Menyinggah untuk sementara
Tanpa dipeduli
Membuatkan rasa jatuh hati

Matahari kian tenggelam
Hari demi hari membuahkan rasa
Rasa yang tidak pernah kualami
Sukar diungkap kebahagiaan tiba

Menyimpan rasa bertahun
Sekelip mata terpancar rahsia
Sakit dirasai tiada percaya
Seorang diri bangkit sendiri

Tanpa diketahui sesiapa
Telinga merah mendengar cerita
Tersebar penuh sana sini
Hanya diam mungkin diuji

Bahagia datang tanpa dijemput
Leka dengan permainan dunia
Merasai diri sudahpun bahagia
Alangkah sedih perasaan bertepuk sebelah tangan

Dugaan datang berkali
Hanya peringatan buat hati
Untuk tidak terlalu dalam mencintai
Kerana mungkin akan disakiti

Perit dirasai di dalam diri
Hanya tuhan tempat menyendiri

little poemWhere stories live. Discover now