7

63 0 0
                                    

Kehidupan memerlukan kebahagiaan
Juga memerlukan penderitaan
Derita yang kualami membingungkan
Kerana langsung tidak mengerti apa terjadi

Tertanya di dalam hati
Terdetik menyuarakan soalan
Berkaitannya tentang kehidupan
Adakah benar atau mainan

Mungkin tidak sempat mengucapkan
Seribu ampun dan maaf
Kuberikan ini pada semua
Yang murni terhadapku

Biarpun aku lalui pelbagai ujian
Namun sedikit pun tidak kufahami
Hanya terima segala apa jua rintangan
Tidak berhak menghalangnya

Buat yang baca mungkin tidak faham
Inilah realiti kehidupan
Mungkin tidak lama disini
Hingga sesaat nyawa ditarik

Usah tangisinya lagi
Anggap sahaja ini permainan dalam kehidupan
Hanya bermain tanpa menghiraukan
Kerna permainan tiada perlawanan

Suasana malam menyepi hidupku
Hadir lagi keperitan
Tetapi ini bukan mimpi
Realitinya pengajaran

Hidupku penuh pengajaran
Yang mengajarku erti kehidupan
Tidaklah sentiasa senang
Adakalanya susah ...

little poemWhere stories live. Discover now