14%

2.6K 283 84
                                    


비디오
VIDEO.



🍳🍳🍳

; ❀ Jihyo's pov.

Lepas je Taehyung pergi, aku pun ikut dia. Yelah takan nak balik jalan kaki, mestilah balik dengan Taehyung.

Mata aku menangkap figura Taehyung sudah berada diatas motorbike nya. Aku pula berdiri statik disebelah.

"Ta-ehyung? Mian", aku meminta maaf padanya yelaa aku takut kalau dia masih marah.

Dia pandang aku dengan satu kening ternaik "Tiba-tiba pulak mintak maaf bagai", seloroh Taehyung memasang helmet dikepala.

Jelaslah yang dia tengah marah.

"Sa-ya tak nak lah awak marah-marah bila awak nak bawak motor ni", jawab aku.

Kan tak elok bawa sebarang kenderaan kalau hati sedang lagi marah. Kalau ditimpa kemalangan siapa yang susah? Aku masih lagi nak hidup.

"Stop membebel atau kau nak jalan kaki?", soal dia menghulurkan aku helmet.

Mendengar sahaja itu terus helmet tadi bertukar tangan. Aku terus menaiki motor Taeyung.

Dan kami pun bergerak.

Beberapa minit menunggang pulang ke rumah, aku terkejut "Aw-ak rumah belok kanan, ni awak terus nak pergi mana?", soal aku kot-kot Taehyung tak perasan.

Tapi soalan aku dibuat tidak dengar. Apakah? Adakah aku baru sahaja dipalau?

Seusai itu, Taehyung memberhentikan kami dihadapan bangunan yang terpampar tulisan J-MOVE.

Kelas menari? Kenapa dia bawak aku ke sini? Aku turun, begitu juga Taehyung. Topi keledar kami diletak Taehyung atas motor.

Sesekali aku melihat bangunan ini, tangan aku ditarik Taehyung memasuki ke dalam bangunan.

Aku tidak berkata apa malah hanya diam mengikut. Setelah sampai, Taehyung bersapa dengan seseorang.

"Hoi Ong!", panggil Taehyung tersenyum mengangkat tangan.

Seorang lelaki yang berada tidak jauh memandang kami dengan wajah teruja "Eyyy Kim!"

Mereka pun berlari macam dalam filem hindustan then berpeluk bagai.

"Woaa dah lama tak nampak kau jejak tempat ni", kata kawan Taehyung tadi.

Sesekali aku berdehem minta perhatian kedua mereka, sebab aku tak pasti lagi sebab apa aku kena ada dekat sini.

Lelaki tadi tersenyum pandang aku.

Lelaki tadi tersenyum pandang aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] 𝘮𝘰𝘭𝘦 | TaehyungWhere stories live. Discover now