16%

2.5K 297 250
                                    

Secret by Taeyeon;
Bukalah sambil baca part ni.


선택
CHOICE.

🍳🍳🍳

TaeHyo pergi membeli barang dapur berdua akibat dari Jungkook tidak dapat menemani Jihyo kerana alasan hal kerja, jadi Taehyung sahaja harapan Jihyo.

Sedang-sedang ralit Jihyo memilih barang dapur yang di perlukan, Taehyung pula memulakan aktiviti hariannya dengan melihat tubuh Jihyo dari belakang.

Dia suka.

"Taehyung-" Jihyo menoleh "Apa awak pandang?!", marah Jihyo boleh agak apa yang diamati Taehyung.

"Kau", jujur Taehyung mengukirkan senyuman nakal.

Jihyo mendengus geram "Saya dah habis pilih, jom balik"

"Aduhai comelnya, lagi comel kalau dia dekat atas-", Taehyung mengeleng kepala sudah berimaginasi perkara kotor.

Seusai membeli barangan keperluan, Taehyung dan Jihyo berjalan pusing mall. Kot-kot ada barang yang nak dibeli yeoja itu.

"H-Hyo...", panggil Taehyung tiba-tiba bernada manja.

Jihyo menoleh "Kenapa?"

"Se-Sejuk, nak pimpin tangan", bibir dijuirkan persis seperti budak kecil.

"Nah", dengan selamba Jihyo memberi pad panas pada Taehyung.

Kembali jalan.

Taehyung mengambil pad panas itu dengan wajah yang tidak percaya. Seketika itu, Taehyung terlihat akan disatu sudut terdapat insan yang amat dikenali Taehyung.

"Taehyung jom balik? Saya rasa dah cu-", ayat Jihyo tergantung sesaat melihat Taehyung seperti patung mannequin memandang sesuatu.

Jihyo menoleh ke arah yang dilihat Taehyung dan serta merta barang-barang yang diangkut Jihyo tadi jatuh tersembam ke lantai.

Taehyung tersentak, laju sahaja kakinya bergerak mengemas barang-barang yang terjatuh tadi.

"Jihyo, kajja kita balik? Aku terasa nak pergi jumpa Seongwoo kejap lagi. Kau nak ikut? Boleh lah kau ikut, taklah bosan kau dekat rumah nan-", Taehyung terasa air mata Jihyo jatuh setitik ditangan Taehyung yang sibuk mengemas.

"Jihyo-", dibawa tubuhnya betul dihadapan Jihyo bertujuan untuk menghalang Jihyo dari melihat adegan menyakitkan hati itu.

"K-Kenapa dia ada dekat sini?", tanya Jihyo.

"Siapa? Jomlah Jihyo, aku-", Jihyo tidak menghiraukan kata-kata Taehyung malah dia bergerak laju ke arah adegan yang dilihatnya tadi.

"Jihyo!"

Air mata gadis itu tidak henti mengalir, adakah benar apa yang baru sahaja dilihatnya? Adakah mata yang dimiliknya tidak menipu?

Adakah benar itu Jungkook?

Sepasang pasangan sedang bercumbuan itu ditegur Jihyo.

"Jungkook?", panggil Jihyo serenta berharap yang dipanggilnya itu bukanlah Jungkook.

dan ye Jungkook menoleh.

Jihyo seakan-akan mahu rebah, tidak tahu sama ada dirinya mahu melonjak gembira kerana jejakanya berada didepan mata atau berasa sedih.

"J-Jihyo-ah", Jungkook bingkas bangun terkejut dengan kehadiran isterinya.

"Siapa ni Jungkook?", soal partner keluar makan Jungkook, yang pasti seorang gadis.

[C] 𝘮𝘰𝘭𝘦 | TaehyungWhere stories live. Discover now