PART 22🍃

886 95 8
                                    

"Saya takut dengan kakak awak." Andrea mengeluh.

"Dia okay. Percayalah cakap aku."

"Kalau awak tak ada dia marah saya macam mana."

"Kau call aku."

Andrea mengangguk lemah.

"Aku pergi seminggu je. Aku call kau setiap hari."

"Betul ni?" Tanya Andrea untuk memastikan. Entah kenapa dia seakan manja betul dengan Jeonghan. Nak berenggang pun tak boleh.

"Ya betul."

Esakan kecil mula kedengaran. Bibir gadis itu mula tercebik- cebik menahan sebak.

"Hey Andrea. Aku pergi tak lama." Tangannya dilekapkan ke pipi Andrea. Air mata gadis itu dihapuskan menggunakan ibu jarinya.

"Dah jangan nangis. Nanti aku call. And anyway aku ada berita gembira balik nanti. Tunggu aku." Andrea mengangguk dengan sendunya.

Tubuh itu dibawa masuk kedalam pelukan. Kenapalah kau suka sangat susahkan hati aku, Andrea.

"Kakak aku tengok tu." Jeonghan tersengih memandang kakaknya yang tidak jauh dari mereka.

Dia meminta tolong kakaknya untuk meneman Andrea seminggu itu kerana dia tahu Andrea seoarang yang penakut. Jadi dia tidak berani untuk meninggalkan gadis itu bersendirian.

Pelukan dilepaskan.

"Aku pergi dulu eh. Bye." Tautan tangan mereka terlepas.

Andrea memandang Jeonghan yang sudah masuk ke dalam perut kereta. Apabila kereta itu mula pergi meninggalkan kawasan rumah mewah itu, dia mengeluh.

🍃

Hahahahaha ayee jeles dengan Andrea lahh. Nak curang sat dengan bang wonu😝😂

[COMPLETED] FEARFUL WIFE 무서운 아내 (JEONGHAN SVT)Where stories live. Discover now