Bab 15

6.3K 340 6
                                    

Eby POV

Kan aku dah cakap kerja sekolah aku memang takkan siap kalau aku balik kampung.

Erghh...tengok ni. Berlambak kerja matematik. Cikgu Adrar ni kan macam dia seorang je nak cuti. Kita pun cuti jugak.

Kenapa nak salahkan cikgu Adrar pulak? Hmm.. Memang salah kau la Eby, bawa kerja sekolah penuh satu beg masa balik kampung tapi satu habuk pun tak sentuh. Asyik nak kenakan orang je tahu.

Esok dah sekolah, sempat ke tak ye nak siapkan? Buat je la Eby, tak sempat siap kita buat dekat sekolah esok. Kita rembat kerja sekolah Hani dan Ayra. Ayra? Siapa tu? Budak baru pindah seminggu sebelum cuti, dah jadi geng aku dah..hehehe..

💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗

Eby berlari sepantas yang mungkin untuk sampai ke sekolah. 'Tak guna punya kerata masa ni la kau nak buat perangai. Tak pasal-pasal aku semput.' Sempat dia membebel dalam hati.

Alamak! Ada 5 minit lagi sebelum perhimpunan. Eby berlari dengan pantas sambil berdoa tiada PK Hem yang menjaga di pintu pagar. Nanti tak pasal-pasal kena rotan! Sakit tu!

Dah la pelajar Tingkatn 5 sepatutnya kena ada di sekolah pada pukul 6.45 pagi tapi sekarang ni dah dekat 7.30 pagi dah. Mati la nakkkkkk...

Okey! Hari ni memang hari malang sedunia sebab PK Hem dah pandang Eby semacam. Eby menundukkan kepala sambil menghulurkan tangannya.

Pang!

Pagi-pagi tangan dah sakit kena rotan. Eby menyertai dua orang rakannya setelah dibenarkan oleh PK Hem untuk berlalu dari situ.

"Haaah, itulah kau. Datang lewat lagi. Kan dah kena rotan." Sibuk je minah yang bernama Hani Arissya ni, sindir orang je dia tahu.

"Kereta buat hal la ngok. Aku pun dah semput kat tengah jalan tadi."balas Eby.

"Bukan ke rumah kau dekat kawasan ni jugak ke?" Ayra bertanya sambil membetulkan tudung sekolahnya.

Eby hanya mengangguk. Dia terpandang cikgu Adrar yang sedang menuju di tempat duduk guru dan mengingatkan dia tentang kerja sekolah yang masih tidak siap.

"Wehh,masa matematik lepas rehat kan?" Terus dia bertanya kepada rakan-rakannya.

"Ya Allah, kawan aku ni mengigau ke apa? Masa matematik lepas perhimpunanlah." Hani memegang dan menggoyang-goyangkan kepala.

"Wehhhhhhh..jangan la bergurau. Aku tak siap lagi homework yang cikgu bagi. Macam mana ni?" Eby memeluk Ayra. Ayra menepuk-nepuk pipi Eby. "Hidup ni kita kena redha cik Yuya."

Eby mencebik. Mati la aku lepas ni. Harap-harap cikgu Adrar tak ingat dan tak ada orang yang gatal nak mengingatkan cikgu Adrar pasal homework.

💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗

"Siapa yang tak siap homework yang saya bagi masa cuti sila bangun!"Adrar berkata dengan tegas selepas menjawab salam dan membaca doa.

Eby takut-takut untuk bangun. Dia melihat ada dua orang lagi rakan sekelasnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Alah..diorang memang selalu tak siap kerja sekolah tapi markah diaorang tip top. Aku ni markah selalu cukup-cukup makan je.

Adrar mendekati dua orang pelajar yang berada dibelakang, Haikal dan Lukman. Memang patut diorang duduk bersebelahan sama-sama pemalas tapi top 5 student. Menyampah aku.

Adrar mengeluh. "Saya tahu awak berdua top student. Tapi awak berdua kena ingat bila-bila masa ilmu awak akan ditarik kalau awak tidak menghormati guru. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru merupakan adab menghormati guru. Faham?" Mereka berdua hanya mengangguk.

Kemudian, Adrar mengerling ke arah Eby. Budak ni pun tak siap juga? Nak kena ni.

"Yuya Irdina? Apa alasan awak tak siap kerja yang saya bagi?" Eby menundukkan kepalanya.

"Saya..errmm.."

"Awak apa?!"gertak Adrar.

Eby terus kelu apabila dimarahi oleh Adrar. Adrar mengeluh lalu bergerak ke meja guru.

"Saya paling tak suka pelajar tak siapkan kerja saya. Kali ini saya bagi peluang kepada awak bertiga. Sebelum balik, hantar kerja sekolah ke meja saya. Pelajar yang sudah siap sila hantar sekarang."

Adrar memandang Eby. Nampak muram je. Teruk ke aku marah dia tadi?




Daniel's GirlWhere stories live. Discover now