Bab 61

5.6K 282 64
                                    

Daniel melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan tetamu di ruang tamu. Dato' Kamal dan Datin Ros mengeluh melihat perangai anak lelakinya yang semakin hari semakin berubah. Hariz dan Rifqie tidak mengendahkan Daniel. Lagipun dia bertandang ke rumah ibu dan ayah saudaranya untuk melawat Eby yang baru keluar dari hospital.

"Maaf ya, Daniel perangai macam tu." Pohon si ibu kepada Hariz dan Rifqie.

"Ma, kitorang datang sini nak melawat Eby. Bukan Daniel. Suka hati dialah nak buat apa pun." Dingin suara Hariz membalas. Dia masih marahkan Daniel kerana mengasari Eby ketika di hospital. Apa yang dikatakan kepada Eby juga dia dengar. Pandai buat tetapi tak nak bertanggungjawab.

Datin Ros tersenyum pahit. Rifqie ada memberitahunya tentang kejadian di hospital semasa ketiadaannya. Rasa menyesal tidak menemani Eby ketika itu menjalar di hati tuanya.

Daniel yang sudah bertukar dari pakaian pejabat kepada pakaian santai diperhati. Jam di tangan diperhati seperti mengejar masa.

"Daniel, nak pergi mana tu? Baru balik kerja dah nak keluar?" Tegur Dato' Kamal.

Daniel memberhentikan langkahnya ke pintu dan berpaling ke arah dua orang tuanya. "Niel nak pergi jumpa Maira. I need to go. Dia dah lama tunggu Niel."

Baru sahaja kakinya ingin melangkah, terdengar suara sepupunya berkata sinis walaupun perlahan. "Dah lama tunggu. Bini dalam bilik berbulan-bulan menunggu dia, tak pernah nak jenguk elok-elok. Makan penampar adalah." Berang Daniel mendengar kata Hariz.

"Yang kau nak bela sangat budak tu kenapa?! Kau nak dia ambiklah! Sedikit pun aku tak heranlah." Suara Daniel bergema satu rumah. Merah padam mukanya merenung Hariz yang masih nampak tenang.

"Heh! Aku bukan jenis perampas macam makwe tercinta kau tu. Kalau aku nak Eby, dah lama aku halang korang berdua kahwin. Dulu, bukan main memujuk Eby untuk terima kau. Bila dah dapat, kau buang dia macam sampah. Jangan sampai Eby hilang sabar Daniel, bila dia dah pergi dari hidup kau, kau akan sedar siapa mutiara dan siapa kaca." Hariz bangun lalu meminta diri dan menyalami ayah dan ibu saudaranya diikuti dengan Rifqie.

Daniel dan Hariz bertentang mata buat seketika. Hariz dapat merasakan api kemarahan dalam diri Daniel. Dia malas mengendahkan perasaan Daniel, sedangkan isterinya banyak terluka dengan sikapnya sendiri.

Daniel mendengus kuat lalu menghidupkan enjin kereta. Perasaan marah membuak-buak untuk dilepaskan. Kau siaplah malam ni Eby. Kau dah pandai mengadu dekat orang luar.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Daniel mendekati Maira yang menghadap telefonnya. Wajah masam Daniel dipandang apabila kerusi di hadapannya ditarik.

"Sayang, kenapa ni?" Lembut Maira bertanya. Tangan Daniel digosok perlahan untuk meredakan kemarahan teman lelakinya.

"I geram dengan perempuan tak guna tu! Dah pandai mengadu dekat orang luar. Memang siaplah dia I kerjakan nanti." Maira sudah dapat mengagak. Kalau Daniel marah seperti ini pasti Daniel bergaduh dengan isterinya.

"Dahlah sayang. Lupakan pasal dia. Sekarang ni, I dah ada depan you. Kita makan dulu lepas tu boleh tak you temankan I shopping?" Pinta Maira dengan manja. Daniel tersenyum melihat Maira di hadapannya.

"Yalah. I teman you pergi shopping." Hidung Maira dicuit. Pelayan dipanggil lalu memesan makanan.

"Maira, I rasa I nak cepatkan pertunangan kitalah. Lagi cepat kita bertunang, lagi cepat kita kahwin." Kata Daniel sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Maira tersenyum meleret dengan cadangan Daniel.

"I okey je. Tapi family you? Boleh ke diorang terima I?" Sedih suaranya bertanya. Semuanya sebab budak mentah tu. Apa yang dia bagi pada keluarga Daniel pun tak tahu.

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now