Prolog

10.2K 332 11
                                    

21 March 1922

"Sir! I have already finished all the order!" Kamal memberikan tabik hormat kepada General Officer mereka.

"Good job sergeant! You may leave. "General Thomas juga menunjukkan tabik sebelum membenarkan Kamal pulang. Dia perlu sentiasa menjengguk isterinya yang sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

"Kamal! Kamal! Kamal! Isteri kau! Dia mahu bersalin!"beritahu sarjan Adam yang merupakan sahabat baik Kamal.

"Hah! Aku pergi sekarang ya. General Thomas sudah berikan aku kebenaran untuk pulang."beritahu Kamal dengan gembira.

"Baiklah! Congratulations Kamal! Kau sudah jadi ayah!"

"Terima kasih, Adam. Aku pergi dulu ya." Kamal berlari keluar dari markas tentera.

Kamal mengayuh basikal tua miliknya pulang ke rumah dengan gembira.

"Gembiranya kamu, Kamal!"tegur tok penghulu.

"Isteri saya mahu bersalin, tok!"beritahu Kamal dengan gembira.

"Wah! Baguslah macam tu! Tahniah Kamal!"

"Terima kasih tok!"

Kamal meneruskan kayuhanya sehinggalah dia tiba di hadapan rumah mereka. Dari sini dia dapat melihat ayah mentuanya sedang berdiri dihadapan pintu rumah.

"Assalamualaikum, ayah."sapa Kamal lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ayah mentuanya.

"Waalaikumsalam. Kau tidak payah salam aku. Pergi tengok bini kamu di dalam tu."

Dia tahu yang ayah mertuanya tidak pernah suka dengannya semenjak mereka berkahwin. Ini kerana ayah mertuanya tidak pernah menyukai mat salih atau orang barat kerana menjajah dan suka mengambil kesempatan kepada penduduk tempatan. Tetapi dia bekerja dengan orang barat sebagai tentera mereka.

"Abang!"panggil isterinya, Maryam yang sedang menahan sakit. Bidan juga sedang berusaha melahirkan bayi pertama mereka.

"Maryam...Bawa mengucap dan tarik nafas."Kamal cuba sedaya upaya untuk menenangkan isterinya yang sedang sakit.

Lebih kurang 3 jam menunggu akhirnya puteri pertama mereka berjaya dilahirkan.

Kamal terpegun melihat kecantikan puteri sulungnya seperti yang dimiliki oleh isteri kesayangannya.

"Anak kita sangat cantik..."ucap Kamal lalu mengucup pipi gebu anaknya.

"Apa nama anak kita, bang?"soal Maryam yang melihat suaminya sedang tersenyum.

"Nur Kamelia. Ibarat cahaya yang menerangi kehidupan kita."beritahu Kamal sambil mengusap pipi anaknya dengan lembut.

"Semoga kamu membesar dengan baik dan dipanjangkan umur. Kalau umur ayah tidak panjang, ayah mahu kamu hidup lebih lama dari ayah dan bahagia."

~~~
Oh Hai! Macam mana dengan first chapter ni? Ok...Hope korang vote sebab saya rasa inilah antara cerita paling susah saya pernah tulis. Banyak plot twist yang saya lakar dan tulis. Banyak kajian saya lakukan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci. Terima kasih ❤️

Takdir Cinta✔️Where stories live. Discover now