Chapter : 34

2.5K 235 6
                                    

"Abang! Abang!" jerit Amelia di sebelah katil abangnya.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Professor Haine?" soal Yuuchiro, ayah Ryan.

"Maaflah, kami pun terkejut. Mula-mula dia tiba-tiba je hilang, kami cari dia merata-rata. Lepas tu, jumpa dia dalam keadaan macam ni di belakang gelanggang" terang Professor Haine.

"Ke mana dia pergi sebelum kejadian ni berlaku?" soal Aryn.

"Dia pergi jumpa Mr. Hyun" jawab William.

"Rasanya ada kena mengena tak?" soal Aryn.

"Maksud awak?" William dan yang lain-lain memandang Aryn.

"Yelah, pengetua kan tak suka keluarga Ryan. Tak rasa ada something wrong ke? Kot-kot lah pengetua buat apa-apa dekat Ryan" jelas Aryn.

"Tapi, takkan sampai macam tu sekali?" soal Ian.

"Ayah aku buat Ryan masuk hospital? Bukan dia dah minta maaf?" soal Nien pula.

"Takkan sebab satu perkataan dia berubah 100%? soal Aryn.

"Okay, masuk akal. Nanti kita siasat" balas Professor Haine.

"Abang! Cepatlah bangun!" Amelia menangis tanpa henti. Ini kali pertama abang kesayangannya berada dalam keadaan lemah seperti ini.

Mereka hanya menundukkan kepala mereka.

"Kesian saya tengok Amelia" kata Aryn.

"Ni kan kali pertama Ryan jadi macam ni" balas William.

"Kami minta diri dulu ya? Nanti kami melawat lagi petang nanti" kata Professor Haine kepada ayah Ryan.

"Baiklah, terima kasih banyak-banyak ya melawat Ryan" ucap ayah Ryan.

"Sama-sama... dah jom Aryn, William, Ian, Nien. Petang nanti kita datang lagi"

"Baik" jawab mereka serentak.

'Takkan ayah aku buat Ryan macam ni? Memanglah dia musuh aku dulu. Tapi aku taknak lah dia jadi sampai macam ni' bisik hati Nien.

Nien terus balik ke rumahnya untuk bertanyakan tentang Ryan kepada ayahnya sendiri.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk!"

Nien masuk ke bilik ayahnya.

"Ah, Nien... Nak apa?" tanya Mr. Hyun bertanya seolah tiada apa-apa berlaku.

"Ayah, Ryan masuk hospital..." Nien memulakan perbualan mereka.

"Ryan masuk hospital?" soal Mr. Hyun berlakon.

"Ayah tahu tak apa-apa? Sebab Ryan jadi macam tu lepas jumpa ayah"

"Ayah tak tahulah" balas Mr. Hyun ringkas.

"Betul ke ayah tak tahu apa-apa ni? Jangan berlakon" Nien seolah-olah tidak mempercayai ayahnya sendiri.

"Betul..." jawab Mr. Hyun dengan tenang. Dia perlu berhati-hati supaya rahsia tidak terbongkar.

"Takpalah kalau macam tu, Nien masuk bilik Nien dulu"

"Ya..." selepas dia memastikan yang Nien masuk ke dalam biliknya dia tersenyum sinis.

"Nampaknya rancangan aku berjalan dengan lancar sekali. Padan muka dengan budak tu, cari pasal dengan aku lagi. Dia ingat aku siapa?" Mr. Hyun ketawa seorang diri. Dia tidak sedar perbuatannya diperhatikan oleh seseorang.

Professor Haine dan yang lain-lain melawat Ryan kali kedua.

"Eh, siapa korang?" soal William apabila ternampak 5 orang mengelilingi katil Ryan. Dari segi fizikal mereka kemungkinan sebaya.

"Kami kawan Ryan masa dilatih jadi mage. Kami juga kalah dengan Ryan masa pertandingan tu" jawab Raizel mewakili yang lain.

"Apa nama korang?" tanya Aryn ceria.

"Saya Raizel panggil Rai, dari Akademi Ghouka" ucap Raizel sambil tersenyum mesra.

"Saya Tyra, dari Akademi Zylian" sambung Tyra pula.

"Saya pulak Hazel, sebelah saya ni Qiyin panggil Qi. Kami dari akademi yang sama, Akademi Nidhug" Senyum Hazel.

"Selamat berkenalan..."ucap Qiyin.

Saya pulak Kirigaya panggil Kiri, dari Akademi Heidrin.

"Korang pulak?" soal Raizel.

"Saya Aryn, yang ni William, ni Nien dan Ian. Kami dari akademi yang sama" balas Aryn.

"Macam mana Ryan boleh jadi macam ni?" soal Raizel.

"Kami pun tak tahu. Tiba-tiba jumpa dia dalam keadaan macam ni" balas William.

"Tapi pelik lah, saya tak dapat rasa aura kuasa Ryan" Tyra memandang Aryn.

"Aura kuasa?" soal Ian.

"Saya ada kuasa special yang membolehkan saya melihat aura kuasa seseorang. Tapi, saya tak dapat lihat aura kuasa Ryan langsung. Macam kuasa dia hilang" terang Tyra.

"Hilang?!" jerit William.

"Sshh....." Aryn memberi amaran kepada William kerana membuat bising di dalam hospital.

"Betul ke apa awak kata ni? Awak pasti?" soal Nien meminta kepastian.

"Saya pasti" balas Tyra.

"Kuasa hilang?" Hazel bersuara.

The Fallen AngelWhere stories live. Discover now