Chapter : 43

2.6K 221 17
                                    

"Baiklah, tujuan kita berkumpul di sini adalah untuk membuktikan siapa yang mencuri kuasa dan ingatan Ryan bukan?" soal Haise memulakan 'rancangan mereka'.

"Ya!" Aryn menjeritkan jawapan.

"Jadi untuk membuktikan hal ini, kita akan buat seperti mahkamah. Setuju?" soal Claze pula yang berada di sebelah Haise.

"Ya!" kali ini Tyra pula menjawab.

"Okay, mahkamah yang akan kita buat adalah seperti ini. Di sebelah kanan ialah penyokong Ryan dan di sebelah kiri ialah penyokong Mr. Hyun. Dalam mahkamah ini akan ada 2 hakim, saya dan Claze. Okay, penyokong sila duduk tempat masing-masing" sambung Haise.

Di sebelah kanan terdapat kawan-kawan sekelas Ryan, The Elite Five dan geng mage kelas ke-3 (geng Raizel). Di sebelah kiri pula terdapat Kim yang masih cedera dan berbalut-balut, Mr. Han dan Nien!!!

"Eh, Nien kau salah tempat ke?" soal Ian dari sebelah kanan.

"Taklah, aku tak pernah silap" jawab Nien selamba seolah-olah tidak bersalah.

"Kau khianat kami ya Nien!!!" jerit Lily dari sebelah kanan.

"Korang jangan salah faham, aku tak pernah jadi kawan korang..." kata Nien.

Mereka hanya memerhati. Sungguh tidak percaya yang Nien sanggup mengkhianati mereka. Mr. Hyun tersenyum sinis. Nampaknya dia sudah tahu semua ini dari awal.

"Kau hasut dia!" jerit Raizel dalam keadaan marah.

"Hasut? Dia sendiri datang kepada aku..." balas Mr. Hyun.

"Nien, sanggup kau!!" Kiri pula yang berdiri menjerit kemarahan.

"Maaf, tapi Kita akan mulakan sekarang. Masing-masing hantar wakil je hadapan sekarang"

Walaupun Haise mengenali Ryan. Tetapi, apabila di mahkamah segala-galanya perlu adil. Dia tetap bertegas.

"Baik, wakil sebelah kanan ialah Aryn dan wakil sebelah kiri pula ialah Mr. Han!" maklum Claze.

"Okay, Aryn kamu start dulu" arah Haise.

"Baiklah..." Aryn menarik nafas dalam-dalam dan memulakan ucapannya.

"Kes yang kita tengah selesaikan adalah tentang kehilangan kuasa dan ingatan Ryan. Ryan dijumpai dalam keadaan lemah di belakang gelanggang perlawanan selepas pertandingan God of Highschool. Kami telah pun berbincang dan suspek utama kami adalah Mr. Hyun pengetua kami sendiri"

"Baiklah teruskan..." arah Claze, yang lain hanya mendengar dengan teliti.

"Suspek utama kami ialah Mr. Hyun kerana kami mendapati bahawa Mr. Hyun adalah orang terakhir yang Ryan jumpa. Untuk maklumat semua, Mr. Hyun juga tidak suka akan Ryan kerana dia adalah anak En. Yuuchiro iaitu kawan lama Mr. Hyun."

"Mr. Han, apa awak nak kata?" soal Claze.

"Saya tak rasa Mr. Hyun bersalah kerana berdasarkan apa yang Cik Aryn kita cakap sebentar tadi, saya boleh cakap yang kemungkinan Mr. Hyun bukan orang terakhir yang Ryan jumpa. Mungkin dia berjumpa dengan penjahat yang sudah lama mensasarkan kuasanya kerana kuasanya yang 'rare'. Saya juga dapat tahu yang dia pernah disasar dan diselamatkan oleh En. Haise dan En. Claze sendiri betul?"

Kata-kata Mr. Han membuatkan mereka tergamam. Haise dan Claze juga tidak sangka yang Mr. Han dapat tahu tentang penjahat yang menyasarkan Ryan kerana hal itu dirahsiakan semua.

"Saya juga nak tambah yang, kalau betul Mr. Hyun tidak suka Ryan sebab dia anak Yuuchiro. Kalau ya pun, bukan ke itu hal peribadi?" soal Mr. Han.

Aryn menahan geram, kata-katanya tidak berjaya untuk membuktikan Mr. Hyun itu bersalah.

"Aryn giliran kamu" kata Haise.

"Maaf, kami nak tukar orang" kata Aryn.

Dia memandang ke arah tempat duduk. Tyra mengangguk tanda faham. Tyra berjalan ke arah Aryn, mereka bertukar tempat.

"Baiklah sambung.." kata Claze.

"Suspek utama kami Mr. Hyun juga kerana, kami tahu keluarga Mr. Hyun memang tidak suka akan keluarga Ryan-" Tyra tidak sempat menghabiskan ayatnya. Mr. Han memotong.

"Bukan ke itu hal peribadi?" Mr. Han bertanya selamba.

"KAU DENGAR AKU HABISKAN AYAT AKU BOLEH TAK?!!" Tyra menjerit kemarahan, satu dewan terkejut melihat perubahan Tyra. Dia seakan-akan 'medusa'.

Don't mess with Tyra.

Tyra menarik nafas, mukanya kembali normal dan comel.

"Maafkan saya. Izinkan saya menyambung ayat saya..." minta Tyra.

"Ba...baik.." Haise tergagap-gagap.

"Okay, saya sambung. Mereka tidak suka keluarga Ryan. Mereka juga pernah bersubahat untuk menjatuhkan Ryan" kata Tyra.

"Buktinya?" soal Claze.

"Maklumat yang saya dapat ini adalah daripada William a.k.a best friend Ryan. Dia orang paling rapat dengan Ryan. Segalanya dia tahu. Okay, contohnya, Mr. Han meminta Mr. Hyun untuk menghantar orang terkuat untuk melawan Kim iaitu anak Mr. Han semasa sambutan Hari lahirnya. Mereka juga sengaja menjemput ayah Ryan untuk dimalukan. Kim juga di berikan armour yang mahal dan kuat yang membuatkan ia mustahil untuk dikalahkan" terang Tyra.

"Mr. Han ada apa-apa nak kata?" soal Claze.

"Ta..tak.." Mr. Han terdiam. Dia tidak dapat berkata apa-apa.

"Baiklah, Tyra. Tukar orang ke?" soal Haise.

"Ya, sekejap" Tyra memandang ke arah Raizel. Raizel berjalan ke arah Tyra. Dia juga membawa sesuatu di tangannya.

"Eh, itu bukan ke..." Mr. Han tidak sempat berkata apa-apa.

The Fallen AngelWhere stories live. Discover now