part 23

3.5K 315 47
                                    

Sebaik sahaja healer yang bertugas di bilik rawatan itu selesai memeriksa tubuh Stella terus rakan²nya yang melihat Dari tepi bilik rawatan menerpa ke arahnya. Tak dak apa pun. Calar pun tak dak.

Stella yang berbaring di atas katil bertukar kepada posisi duduk. Healer itu meminta diri untuk berlalu dari situ. Mereka berenam berterima kasih kepada healer itu dan menunduk hormat. Adab perlu ada ok!

"Kan aku dah kata. Aku okey! Tengok buat susah healer tu ja tengok²kan aku." Stella mula mencebik. Kan dah kata dia ok. Tak nak dengar. Ke memang pekak? Atau tak faham bahasa?

"Ye lah. Janganlah nk membebel. Tapi hairanlah. Kau kena belasah teruk kot dengan golem tanah tu. Macam mana kau tak tercedera? Calar pun tak ada! Kau guna magik apa huh?" Kata Irya sambil mengusap dagunya. Belakang badan Stella mula diperiksa tetapi ditepis lembut. Risau sangatlah!

"Tu tak penting. Tapi macam mana kau hasilkan aura kegelapan tadi? " soal Tezz kehairanan.

"Haah. Setahu aku manusia tak ada aura." Tambah Irya. Mereka semua memandang Stella macam nk makan dia. Stella mengeluh kecil.

"Aku pun tak tahu. Aku sedar waktu tu. Aku nampak apa yang aku buat. Tapi.... Entahlah. Aku tak boleh kawal badan aku. Aku lansung tak boleh halang apa yang badan aku buat. Macam... Macam aku kena kawal dengan seseorang!" Terang Stella bersungguh mempercayai rakan²nya. Rakan² dia pulak hanya buat muka tak percaya.

"Kau biar betul?" Soal Sheran pula. Pantas Stella mengangguk bersungguh². Macam nk tercabut dah kepala dia angguk macam tu.

"Hmm.... Nanti kita siasat pasal ni. Yang penting sekarang nyawa Stella dah terjamin. Dia pun dah tak payah bertarung dah." Ujar Luke yang diam membisu Dari tadi di sebepahnya. Stella yang mendengar terus memandang Luke pantas.

"Tak. Aku still akan bertarung! Kenapa aku kena tarik diri tetiba?!" Bentak Stella. Yang lain hanya diam melihat 2 orang di hadapan mereka.

"Jangan degil. Ikut ja. Nyawa kau dah elok² terjamin, kenapa nk pertaruhkan pula? Lagipun lawan kau lepas ni mesti lagi kuat Dari tadi." Jawab Luke tenang. Stella dah naik angin.

"Habis? Yang kau pertaruhkan nyawa kau kenapa?! Kenapa kau masuk pertandingan ni?! Nyawa kau pun dah terjamin kalau kau tak masuk kan? Kenapa?!" Balas Stella pedas. Dia masih dengan keputusan dia. Luke terdiam. Mungkin terasa dengan kata² Stella.

"Apa pun. Kau kena tari--"

"Tak! Aku tak nak!" Jerit Stella kuat.

"Jangan degil boleh tak?! Kau tahu tak kami semua risau bila kau kena belasah dengan lelaki tu?!" Namun Jeritan Luke 2 kali ganda lebih kuat darinya.

Mata Luke mula bertukar menjadi warna merah. Nampaknya gunung berapi bakal meletup. Stella menunduk memandang kakinya. Seram dia tengok mata merah Luke.

"A--aku cuma nk korang bangga dengan aku. Lagi² kau. Aku nk tunjukkan kat dunia apa yang kau ajar aku Luke. Aku nk banggakan keluarga aku." Semua tersentak dengan kata² Stella. Termasuk Luke. Matanya yang merah menyala mula bertukar asal.

"Aku tak sempat nk banggakan keluarga aku yang dulu. Jadi aku nk guna kesempatan ni untuk banggakan keluarga baru aku." Sambung Stella. Nadanya mula berubah sayu. Melina mendekati Stella lalu tangan Stella diraihnya lembut.

"Kami bangga dengan kau Stella. Lagi² bila kau dapat masuk separuh akhir. Bukan senang nk belajar berlawan dalam masa sebulan." Pujuk Melina. Dari situ dia boleh nampak mata Stella mula bergenang. Perlahan² Stella menggeleng.

"Aku nk banggakan korang, Mrs. Irina dan academy. Aku nk setaraf dengan korang. Aku tak nak korang malu dapat kawan yang lemah macam aku. Aku tak nak korang tinggalkan aku... Macam mana keluarga aku tinggalkan aku dulu. Aku sayangkan keluarga aku..." Luah Stella.

Sungguh diarasa dirinya tak layak untuk berkawan malah bercakap dengan top Student itu. Dia rasakan dirnya begitu kerdil dibandingkan dengan mereka.

Melina yang berasa sebak dengan kata² Stella terus mendakap tubuh kawannya itu. Diikuti dengan yang lain kecuali Luke di sebelahnya.

"Kami semua banggakan kau Stella. Kami tak malu pun berkawan dengan kau. Kami pun sayangkan kau. Kau dah macam mak kitaorang. Kau masak dekat kitaorang. Buat kerja rumah. Semuanya... Kitaorang tak kan pernah tinggalkan kau." Luah Sheran yang turut mengambil bahagian dalam acara peluk memeluk itu. Ambil kesempatan ka apa ni? Stella yang mendengar kata² rakannya itu tersenyum.

"Thanks korang." Air matanya dikesat dengan lengan bajunya.

Dan matanya tertumpu pada Luke yang memandang ke arah lain. Seorang ja di tepi katil. Stella memberi isyarat pada kawan²nya. Dalam otaknya mula memproses idea nakal. Kawan²nya hanya mengangguk tanda setuju.

"Group hug!!!!" Stella terus menerpa ke Luke lalu memeluk tubuh Luke erat membuatkan Luke terbaring di atas katil. Diikuti juga dengan rakan²nya yang lain. Luke pula terkejut dengan perbuatan rakan²nya itu.

"Woi²! Apa ni?!" Terkejut beruk dia bila tetiba kena peluk macam tu. Rakan²nya ketawa dengan reaksi Luke. Tanpa sedar Luke mengukir senyuman dalam diam.

Bersambung...

One question!!

Korang rasa Arine patut update cerita ni berapa kali seminggu?

Comment ye! Oh! Dan jangan lupa vote😉💕

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now