part 78

2.6K 204 109
                                    

Stella terbaring di atas katilnya. Dia cuba move on dengan perasaanya sekarang ni. Dia tahu. Dia kuat.

Tukk! Tukk! Tukk!

Pantas Stella bangun dan membuka pintu biliknya. Kelihatan sesusuk tubuh yang tersenyum ceria ke arahnya berdiri di depan pintu.

"Stella²!! Aku ada benda nak bagitahu kau ni!!"

Tangan Stella terus ditarik masuk ke dalam bilik Stella sendiri. Eksited sangat ni.(readers boleh agak ke tak berita apa?😎)

"Ye². Sabar². Cer relaks dulu. Benda apa yang kau nak bagitahu aku ni hah? Gembira semacam je ni?" Ketawa kecil Stella melihat perangai Lia yang kebudak²kan ni.

"Memang aku gembira sangat sekarang ni!! Impian aku akan jadi kenyataan!!!" Ya tuhan. Betul ke ni puteri kedua Florial Kingdom? Macam beruk sesat je.😂😂😂

"Lek²! Cerita satu² boleh tak? Aku hempuk kang!!" Dihalakan siku tajam Stella ke arah Lia. Acah je tu.

"Hehehe. Okay²." Lia menarik nafas dalam². Bibir dia tak boleh berhenti dari terus tersenyum. Sampai ke telinga dah tu.

"Tadi ayahanda aku jumpa dengan bonda Luke."

"Teruskan."

"Luke dan Qreya pun ada sekali dekat situ. Lepas tu.."

"Lepas tu?"

"Bonda Luke dan Ayahanda aku cakap seauatu yang boleh buat aku hilang akal."

"Benda apa?" Stella pula yang eksited lebih.

"Diorang akan kahwinkan aku dengan Luke lagi 2 hari!!! Tak sabarnya aku!!!"

Eeekkkk!!

Pittt!!!

Busshhh!!!

Kebabommm!!!

Ni no ni no!!!

Terus hilang senyuman Stella. Hati dia bagaikan kena langgar dengan lori kontena dan lori kontena tu meletup sekali dengan hati Stella. Sakitnya bagai tak boleh digambarkan.

Air matanya mula bertakung di tubir mata. Betul ke apa yang dia dengar? L--lia dan L--luke akan berkahwin? Lagi 2 hari?

"Stella??" Stella terkejut. Terus dia kelip² matanya beberapa kali untuk hilangkan air matanya yang mula bertakung.

"Kau nangis ke Stella?" Soal Lia risau.

Ya. Aku nangis. Aku nangis sebab aku rasa sakit sangat Lia. Aku baru je dapat berita yang kau tunang kepada Luke. Dan sekarang? Kau akan kahwin dengan Luke! Namun senyuman plastik aku hadiahkan untuk gadis berambut biru itu.

"Nangis? Pftt!!! Apa kau mengarut ni Lia?"

"Habis tu? Tadi kenapa mata kau berair?" Soal Lia lagi. Nampaknya dia tak puas hati dengan jawapan Stella.

"Ohh! Aku terkejut sangat. Sampai aku tak sedar aku tak berkelip. Sebab tu mata aku berair. Sebab mata aku kering."

Logik ke? Hentam je lah Stella. Janji dia tak ragu². Lia mengangguk. Nasib baik dia percaya.

Pandai kau Stella. Pandai kau berlakon. Kenapalah kau tak dapat award dekat ABP? Kau patut dapat tahu. Nanti Arine calonkan kau untuk tahun depan eh?

"Btw! Srslah kau akan kahwin dengan Luke tu?! Tak percaya aku! Luke yang dingin kalah ais dekat kutub utara tu nak kahwin? Unbealivable! Congrats weyh!!"

Mereka berdua berpeluk sesama sendiri.  Lia rasa bahagia tapi bukan Stella.

"Thanks, girl. Kau orang pertama yang aku bagitahu selepas aku dengar benda ni tau!! Kakak aku pun tak tahu lagi hal ni!" Ujar Lia ceria.

"Tapi... Kenapa kau bagitahu aku dulu?" Soal Stella seraya meleraikan pelukkan.

"Sebab... Aku dah anggap kau macam kawan baik aku? Kau jenis peramah. Baik hati pulak tu. Cantik lagi.Mesti kau dah ada boyfriend kan?"

Ya. Memang aku dah ada boyfriend. Tapi kau rampas dia Lia. Tak. Tak! Jangan mengarut Stella! Kau tu yang perampas!

"Mana ada. Aku tak ada boyfriendlah. Siapalah yang nak dekat aku ni?"  Ujar Stella rendah diri.

"Ye lah tu! Kau tu cantik, comel, baik hati, peramah, kuat, rendah diri. Kau macam perfect girl kau tahu tak?" Serodok Lia lagi. Jangan. Mau kembang badan Stella nanti!😂

"Mengarutlah kau ni!" Lengan Lia dicubit lembut.

Tak boleh cubit kuat². Kang tak padal² nampak kesan lebam bila wedding day nanti.

"Auch! Sakitlah!!" Bohong sangat!

"Oh!! Stella. Nanti kau jadi bridesmaid aku tau nanti." Ujar Lia ceria.

Kenapa? Kenapa aku Lia? Aku mungkin boleh berada dalam majlis kahwin kau nanti, tapi kenapa aku yang kena temankan kau hingga sampai ke paderi?

"Okay!! Jangan cari orang lain eh!! Aku je yang boleh jadi bridesmaid kau! Tak ada orang lain faham!" Tak. Kau tipu Stella. Kau tak mungkin boleh jadi bridesmaid dia.

"Iyelah Cik Stella oii. Jomlah. Nak makan malam dah ni! Jom!!"

Tangan Stella ditarik lembut keluar dari bilik dan terus menuju ke meja makan.

Apa lagi rasa sakit yang perlu aku lalui lepas ni? Cukuplah. Aku dah rasa sakit sangat² dah. Ibu ayah. Kenapa Stella?

Kenapa Stella yang kena lalui semua ni? Kenapa bukan orang lain? Kenapa Stella? Stella tak kuat nak harungi semua ni.

Luke. Aku harap kau dapat jaga Lia elok². Jangan sakitkan hati putih murni dia tu. Aku tak nak dia rasa apa yang aku rasa.

Cukuplah aku sorang je yang tanggung semua ni.

Bersambung...

Dan ini saja untuk hari ni! Ye Arine tahu Arine memang kejam nak buat Lia dan Luke bersatu.

Tapi! Keputusan undian tak tahu lagi! Jadi jangan bertindak melulu. Kepada siapa yang nak mencarut ke apa ke kat ruangan komen, silakan. Arine redha😂😂

That's All! Tata!!😘💕💞

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now