Bab 33: Medina

8.5K 251 1
                                    

Fatihah berlari menyusuri semak menuju ke Banglo arwah bondanya. Akibat tidak diselenggara sebaiknya, banglo pusaka itu diselimuti lalang-lalang. Mujur saja bahagian dalam banglo itu baik-baik saja.

Tombol pintu dipulas lalu dia menapak masuk kedalam Banglo itu. Dapur dituju untuk membancuh susu. "Sayang. Tunggu sini kejap ye? Mama buatkan susu"

Senyap saja bayi itu. Masih tidak mengerti yang dia sedang diculik. Seketika kemudian Arya merengek kelaparan

"kejap sayang mama datang." Disumbat puting botol susu kedalam mulut bayi itu. Arya menolak-nolak dengan lidahnya apabila merasakan tidak selesa. Besar sangat mungkin.

"Jangan macam ni sayang. Minum sikit ye?" Tanganya naik mengusap pipi bayi itu. Merah wajahnya. Cantik.

"Maafkan mama ye Arya. Eh, ape Arya tak cantiklah. Hmm Medina? Ha Medina moden sikit. Mama terpaksa buat macam ni. Mama dah tak ada sapa-sapa lagi dah. Emak Medina dah rosakan kebahagian mama dengan papa. So mama nak Medina tinggal ngan mama ye? Medina teman mama masak, berkebun. Kita mula hidup baru. Jauh dari semua orang. Nanti kita pergi jauh dari sini"

Apabila Arya suda lena dipangkuan nya dia bingkas bangun menuju ke cermin besar. Dilihatnya refleksi dirinya di hadapan cermin. Lecuran dimuka kian elok

"Nanti aku pergi sweden jumpa Doktor Reynolds aku nak buat muka baru. Korang takkan kenal aku. Aku ubah muka,nama dan aku ubah medina. Korang takkan kenal lagi kami" Fatihah mengusap pipi kasarnya. Sedikit pedih apabila luka-luka kecilnya berdarah kembali apabila disentuh.

Krim dimeja diambil lalu disapu kemuka dan ke tangan. Dipandang Arya yang sedang nyenyak tidur. "Aku pun nak bahagia dengan someone jugak"

Bibirnya mengukirkan senyuman





•••••••





Wawa termenung memandang tingkap. Airmatanya sudah kering. Dia terpaksa tinggal lagi beberapa hari memandangkan keadaan kesihatan nya yang merosot mendadak.

Nick hanya menjenguk pagi dan tengahari dan akan hilang sehingga malam. Masih mencari dimana Fatihah melarikan anaknya. Lili, Jane,Mia dan Hani bersilih ganti menjaga Wawa.

Tidak kurang jugak Datin Sephia dan Dato' Syahnan yang risau dengan keadaan cucu dan menantunya. Tak sempat nak tengok muka. Tergamak penculik itu.

"Nah Wawa. Mama nak tuam perut kamu" Datin Sephia memegang satu bungkusan kain ditangan nya. Wawa menurut saja. Dia berbaring tanpa soal. Makan pun kadang nak kadang tak. Itu pun Nick yang suapkan. Kalau tak memang dia takkan makan.

Nick melabuhkan punggungnya dikerusi sebelah katil Wawa. Biarlah malam ini dia yang jaga Wawa. Ibu jarinya mengusap kekura tangan isterinya. "Malam ni Nick jaga Wawa. Mama dan papa balik lah." Datim Sephia mengangguk. Terpaksa dia berulang-alik dari rumah ke hospital untuk merawat Wawa yang sedang berpantang. Hendak dibawa pulang kerumah Doktor melarang kerana kesihatan Wawa yang masih belum melepasi tahap dibenarkan balik.

"Sayang dah makan? Nak mandi ke?" Wawa menggeleng. Dia hanya mahu rehat. Penat. Matanya masih kembang. "Nak peluk" Ujar Wawa. Nick naik ke atas katil hospital. Terasa bergoyang sedikit. Takut pulak patah. Sayang isterikan nak buat macam mana.

Terasa hiba hati Wawa. Tangisnya kembali lagi, namun terhinggut saja badan nya. Tidak mahu si suami terdengar tangisanya. Nick mengetatkan pelukan saat bajunya terasa basah. Sedar air matanya ikut mengalir.

'Sabar sayang. Kita diuji. InsyaAllah dia selamat'











____________________________________

Yippi yippi yu yu😝 esok kira nak double update tapi kakanda ku balek pula😥 tidak ku dapat untuk memegang telefon lama lama.

enjoy kerana cerita ini sedang berada dipenghujungnya

#sisjadibaiksebababambalek
#sayangkamu
#rammmtiku😏

Sayang Kau Charming MafiaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ