Bahagian 2

2.2K 11 0
                                    

Setelah dia sampai ke rumah orang itu, dia pun mengetuk pintunya. Kemudian perempuan itu pun keluar sambil bertanyakan hajat kedatangannya tanpa menjemput Siti Fatimah masuk ke dalam rumahnya.

Siti Fatimah berkata, "Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak."

Perempuan itu menjawab, "Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti, silalah datang pada esok hari."

Dengan perasaan sedih dan dukacita, Siti Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu.

Besoknya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Sebaik sahaja sampai di rumah wanita itu dan setelah pintu dibuka dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba dia melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, "Ini siapa?" tanyanya kepada Siti Fatimah.

"Ini anak saya, Hasan." Sahut Siti Fatimah. Perempuan itu pun berkata, "Saya dukacita cik kerana saya belum minta keizinan untuk masuk dari suami saya."

Siti Fatimah menjadi serba salah. Hendak balik jauh, hendak ditinggalkan anaknya di luar, nanti dia menangis. Hendak dibawa masuk belum mendapat keizinan. Akhirnya dia pun balik.

Keesokan harinya, dia datang lagi dengan membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Setibanya mereka di perkarangan rumah perempuan itu, mereka segera disambut olehnya, tetapi dia terkejut apabila memandang ada budak lain pula yang belum diminta izin dari suaminya.

Beliau pun berkata, "Cik dukacita kerana budak yang satu ini belum saya minta izin, harap maaf cik." Mendengarkan kata-kata itu, Siti Fatimah tersipu-sipu menyahut, "Baiklah. Besok saya datang lagi ke mari."

Kisah Wanita Pertama Masuk Syurga Sebelum Saidatina Fatimah R.A Where stories live. Discover now