Bahagian 3

1.7K 11 0
                                    

Dalam perjalanan pulang ke rumah, hatinya berkata-kata, "Heh, perempuan ini takut sangat akan suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tidak berani melakukannya. Pada hal jika dia benarkan aku masuk, takkanlah suaminya marah. Tak usahlah pandang aku ini siapa, dan dua budak ini cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh, sudahlah," bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Dalam pada itu, sebaik sahaja suaminya pulang, perempuan itu pun memberitahu tentang budak yang satu lagi itu. Suaminya terkejut dan hairan sambil berkata, "Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W. dan dua orang anaknya itu cucu Rasulullah? Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaannya (Rasulullah S.A.W.). Jangan awak buat seperti itu lagi. Jika mereka datang lagi ke mari dengan membawa apa pun dan siapa pun, terimalah dengan baik, dan awak hormatlah mereka semua sebagaimana yang patut bagi darjat mereka."

Sahut isterinya pula, "Baiklah, tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu, saya tidak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak."

"Terima kasih," sahut suaminya, "Tapi takkanlah pula sampai awak tidak menerima tetamu perempuan melainkan dengan setahu saya, kerana menghormatkan tetamu perempuan itu wajib pada adat dan agama."

Kisah Wanita Pertama Masuk Syurga Sebelum Saidatina Fatimah R.A Where stories live. Discover now