19

3.6K 640 353
                                    

Taehyung's

" no "

dia mendongak untuk memandang aku semula. mesti dia fikir, aku yg cakap dia boleh mintak apa apa saja tapi kenapa aku bangkang permintaan dia ni?

" tapi taehyung- "

" oh haha aku lupa. hati kau tak pernah ada untuk aku. maaf taehyung, aku tak boleh kawal diri aku. pergi dulu "

ha seul memberi aku sebuah senyuman tawar kemudian beredar pergi.

" kenapa kau tak mintak aku supaya jadi teman lelaki kau buat selamanya sahaja? " aku mengeluh

pinggan kotor dibawa ke dapur untuk dicuci sehingga bersih. buat beberapa kali, aku mengeluh lagi.

aku meletakkan semula kesemua pinggan itu. aku meraup kasar rambut aku lalu menyalin pakaian untuk keluar bersiar-siar.

kunci kereta dicapai sebelum aku beredar keluar.

aku tiba di hangang river. siang tadi aku pergi rumah namjoon main game. sekarang ni, aku rasa tertekan dengan diri aku sendiri jadi aku memutuskan untuk mengambil angin sebentar.

ha seul? aku taktahu. dia kurung diri dia dalam bilik aku. aku melihat telefon bimbit, tiada apa apa mesej daripadanya.

dia merajuk dengan aku ke?

aku duduk di atas padang luas lalu aku memejam rapat mata aku ;;

mengenang semula apa yg telah terjadi di antara aku dan park ha seul.

jujur aku mengatakan, aku sukakan dia. kalau tidak, mengapa aku mencium dia tempoh hari?

dan pada masa yg sama, aku turut menyukai lee hani. cinta pertama aku.

tapi aku lebih mencintai siapa? tiada siapa tahu. even aku sendiri pun masih pening dengan diri aku dan perasaan aku.

complicated.

perkara menjadi lebih rumit apabila ha seul fikir yg aku memberinya fakehope sedangkan tak pun. lebih rumit apabila ha seul mula menjauhi aku.

tapi macam mana kalau benar?

perasaan suka aku terhadap park ha seul mula terganggu apabila hani sudah menyedarkan diri daripada komanya.

mungkinkah kerana aku terlampau berasa bersalah terhadap hani?

atau mungkin kerana aku sudah lama tidak bercakap dengan hani?

tapi aku yakin, yg aku sukakan ha seul. cuma perkara yg melibatkan hani, membuatkan aku berasa musykil dengan perasaan aku sendiri.

aku sukakan kedua mereka.

tetapi aku hanya mencintai seseorang.

siapakah dia?

apabila aku melihat hani, aku memang bahagia.

dan apabila aku bersama ha seul, aku jugak bahagia. bahagiannya tidak dapat aku describe.

aku tertarik dengan personaliti dia yg bodoh itu pada kali pertama aku bertemu dia.

aku rindukan dia di saat dia tidak berada di hadapan aku.

aku cemburu apabila dia mempunyai lelaki lain.

lelaki yg pernah menyakiti cinta pertama aku

aku meraup wajah aku. aku makin serabut dengan semua ini.

jikalau aku benar mencintai ha seul, mengapa aku sering terlewat untuk berada di sisi nya?

[ dibukukan ] anti-social • kim taehyung [completed]Where stories live. Discover now