25

3.2K 512 129
                                    

" sudahla ha seul, kau kena mandi lepastu makan "

aku menggeleng. masih setia menatap wajah kim taehyung yg penuh luka dan lebam itu.

" aku nak tunggu taehyung sedar dulu "

sudah lapan jam sejak taehyung tidak menyedarkan dirinya.

sakit hati aku apabila melihat lelaki yg aku cintai dipukul sebegini.

tambahan pula apabila semuanya merupakan kesalahan aku.

kalaulah aku tak melawan kata-kata junghee, mesti taehyung tak akan dipukul mereka, kan?

hidung aku berasa pedih, dan sekali lagi aku menitiskan air mata.

bangun lah, taehyung.

" ha seul, mana la tahu lepas kau makan nanti taehyung sedar ke? makan ya? "

hani memegang bahu aku lembut. aku menggeleng buat kali kedua.

" seul, makan lah. dari tadi kau tak makan. jom, aku temankan " kalini guanlin pula yg berbicara

iya, hani datang kesini apabila dia dapat tahu taehyung dipukul. hani juga yg ada untuk aku semasa aku sedang menangis.

guanlin pula, sebaik sahaja dia mendarat di korea, dia terus datang ke sini untuk menemani aku.

yeri dengan jungkook pun ada jugak. diorang nak teman aku katanya.

" tak apalah. aku janji, lepas taehyung sedar, aku akan makan " balas aku

mereka berdua mengeluh perlahan dengan sikap keras kepala aku ini.

bila taehyung nak sedar?

mata aku hampir saja terlelap sebelum sebuah tangan menyentuh jari jemari aku.

aku membuka semula mata aku.

" t-taehyung? "

taehyung dah sedar!

" taehyung, kau dah sedar ke? "

taehyung mengelip matanya buat sekian kali sebelum dia menyebut nama aku.

lantas aku memeluk tubuh badan taehyung dengan erat. entah masuk kali ini, sudah berapa kali aku menangis.

menangis kerana taehyung sudah sedar.

" jangan la menangis, seul " taehyung berkata perlahan dengan suaranya yg masih serak itu

" m-macam mana aku tak menangis? dah lama kau pengsan tau tak? "

ah kisah apa aku semua orang tengok aku menangis pun. janji aku bersyukur yg taehyung tak mati.

" cerita dekat aku. macam mana kau boleh kena pukul? "

" p-pasal tu, haih .. boleh tak kita jangan ungkit pasal tu lagi? aku taknak kau geram dekat junghee then pergi pukul dia esok "

aku menggigit bibir lalu mengeluh. aku mengganguk kepala tanda faham.

" kau dah makan, seul? "

aku menggeleng

" aku tunggu kau sedar la. hati aku tak tenang selagi kau tak sedar tahu tak?! "

taehyung ketawa kecil

" sayang jugak eh kau dekat aku? "

dengan itu, aku setia bersama taehyung buat beberapa hari di hospital ini.

sekolah? aku skip hehe sebab aku nak jaga taehyung.

dan harini taehyung dah boleh bersekolah semula seperti biasa.

[ dibukukan ] anti-social • kim taehyung [completed]Where stories live. Discover now