Epilogue

4.4K 511 595
                                    

" eomma, apa kita buat dekat sini? "

aku menyoal eomma yg sedang memegang erat tangan aku sebaik sahaja kami tiba di hadapan pintu sebuah bilik.

' Doctor Kim Seokjin '

" ha seul sayang, harini kan appointment kamu "

aku mengerutkan dahi aku. memang benar aku ada appointment dengan doktor pada hari ini tapi sepatutnya aku berada di bahagian medical checkup. bukan di bahagian terapi.

" dah, jom masuk "

lantas eomma mengetuk pintu dan membawa aku masuk ke dalam.

" annyeong puan park, cik park "

doktor seokjin menunduk hormat ke arah eomma. aku hanya sekadar menundukkan kepala aku sahaja.

apa motif eomma bawak aku kesini?

eomma bercakap dengan doktor kim buat beberapa minit. selama mereka sedang bercakap, aku perasan yg doktor kim asyik mengerling ke arah aku. dan aku perasan wajah eomma bertukar risau.

" cik park, boleh kita mulakan? "

aku masih tidak tahu mengapa aku berada di sini tetapi lidah aku langsung tidak boleh bergerak untuk bertanyakan hal itu. aku hanya mengikut sahaja kata-kata doktor kim.

doktor kim menyuruh aku baring di sebuah kerusi yg agak besar dan panjang seperti kerusi urut.

dan aku masih hairan, kenapa aku mengikut kata-katanya? aku boleh sahaja membantah kata kata doktor kim tetapi di manakah keberanian aku selama ini?

" therapy kali ini mudah saja. saya hanya akan bersembang santai dengan cik park, okay? "

aku mengganguk. kemudian mengeluarkan telefon bimbit aku untuk memberitahu taehyung bahawa aku tidak berada di luar rumah.

" awak mesej siapa, cik park? "

" oh , teman lelaki saya "

doktor kim mengerutkan dahinya

" teman lelaki awak ? "

" ya, teman lelaki saya. kim taehyung "

aku tersengih lalu menyimpan semula telefon bimbit aku ke dalam beg sandang.

" jadi apa yg doktor nak sembang dengan saya? "

doktor kim kembali tersenyum seperti biasa.

" eomma awak cakap yg awak ni anti social, betul ke? "

aku mengganguk dua kali.

" tapi lepas eomma daftarkan saya masuk ke sekolah, saya dah tak jadi anti social lagi. lebih lebih lagi bila saya kenal teman lelaki saya " ujar aku

kemudian aku mengeluarkan beberapa keping photo aku dan taehyung lalu menunjukkan kepada doktor kim.

" ni la teman lelaki saya. gambar ni diambil sewaktu kami didenda di sekolah hehe "

doktor kim hanya mengganguk-angguk sahaja.

" cik park sudi tak ceritakan dekat saya kisah cinta cik park dan kim taehyung itu? saya teringin nak dengar "

[ dibukukan ] anti-social • kim taehyung [completed]On viuen les histories. Descobreix ara