Bab 38

3K 193 0
                                    


Pembantu peribadi Dato' Luqman mempelawakan dirinya untuk menghantar Raina ke sekolah kemudian mereka akan terus ke lapangan terbang. Tangan Raina dari pagi tadi berpeluh. Berdebar sangat. Fikirannya masih tertumpu pada keputusannya nanti.

"Jangan nervous sangat Raina. Papa yakin anak papa dapat keputusan yang cemerlang". Segaris senyuman terbit di bibir Dato' Luqman lantas Raina membalas senyuman itu.

Kereta diberhentikan di hadapan pagar sekolah. Tangan Dato' Luqman diraih lalu disalam sebelum Raina menapak keluar dari dalam perut kereta. Nafas panjang dihela. Langkah diatur masuk ke dalam kawasan sekolah. Terasa kekok sedikit. Sepanjang dia bercuti, dia tidak pernah melawat sekolah itu.

Siapa je yang datang sekolah masa cuti kan?

Kawasan sekolah masih seperti biasa. Tiada apa yang berubah. Cepat sahaja masa berlalu. Sudah lima tahun Raina bersekolah di sini dan menghadap semua kerenah pelajar dalam sekolah ni. Sepanjang lima tahun ini juga, pelbagai masalah yang Raina sendiri timbulkan.

Sudah menjadi rutin hariannya untuk berbuat begitu ketika di sekolah.

Raina mengambil kesempatan untuk tawaf satu sekolah terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dewan. Setiap tempat di sekolah ini menyimpan pelbagai memori pahit dan manis dalam diri Raina.

Langkahnya terhenti apabila Raina tiba di sebuah bangku di hadapan kantin sekolah. Masih segar dalam ingatannya memori di mana Irfan kena sampuk kerana bersikap baik dengan Raina di situ. Di situ juga lah Irfan mengajar Raina matapelajaran Fizik.

Senyuman nipis terukir di bibir gadis itu. Raina kembali mengatur langkahnya ke blok lain. Tubuhnya dibawa ke bilik kaunseling serta bilik disiplin. Bilik kaunseling dijadikan tempat untuk Raina melepaskan tekanan atau tidur. Bilik disiplin pula menjadi kelas keduanya. Dia sering dipanggil Cikgu Zainal atas kesalahan yang dia lakukan di sekolah.

"Rindu nak kena denda lagi ke Cik Raina?" Raina tersentak lantas mengurut dadanya perlahan. Wajahnya dipaling ke belakang menghadap empunya suara tadi.

"Wan! Lama tak jumpa kau bro! Power ah kau sekarang. Dulu bukan main besar badan kau sekarang sado siap. Kau makan besi dekat gim tu ke?"

Wan tergelak kecil. Sudah lima tahun mereka berkawan dan belajar di dalam kelas yang sama. Raina pun sudah naik muak asyik jumpa muka yang sama setiap tahun.

"People change". Wan menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar. Raina menjeling sekilas.

"Banyak lah kau. Jom pergi dewan". Wan mengangguk akur. Mereka berjalan beriringan ke dewan sekolah. Kelihatan para pelajar dan ibubapa tingkatan lima sudah berada di dalam dewan itu. Kerusi sudah siap tersusun dengan kemas.

"Kau datang dengan siapa Rai? Bapak kau mana?" Persoalan Wan tadi membuatkan mood Raina berubah serta merta. Sejujurnya memang dia sedih kerana dia terpaksa ambil keputusan SPM seorang diri tidak seperti kawan-kawannya yang lain.

"Papa pergi oversea. So aku sorang".

"Macam kau tak biasa kan ambil result sendiri. Dari form one lagi kan". Raina mengukir senyuman kelat. Dia akui yang Dato' Luqman tidak pernah datang sekolah Raina untuk mengambil keputusan peperiksaan. Sejak arwah Puan Qaseh meninggal, Dato' Luqman jadi sibuk dengan kerja di pejabat dan di rumah.

"Wan aku nampak abang dengan ayah kau cari tadi".tegur Dian yang muncul secara tiba-tiba di celah Raina dan Wan.

"Ye ke? Rai aku pergi dulu". Raina mengangguk perlahan. Wan mengheret Dian bersamanya ke bahagian sebelah kiri dewan. Semua sudah mengambil tempat di kerusi. Raina duduk di barisan kedua belakang kerana dia lebih selesa duduk di belakang berbanding di depan.

Bukan apa. Raina cuma nak curi-curi tidur semasa pengetua beri ucapan. Sudah habis sekolah pun buat perangai lagi.

Selesai sahaja pengetua memberi ucapan, Cikgu Zaleha selaku pengerusi majlis mengumunkan keputusan peperiksaan. Nama para pelajar yang mendapat straight A mula disebut seorang demi seorang.

Raina yang baru terjaga dari tidur tadi mula rasa gelisah. Tangannya mula sejuk dan perutnya sudah memainkan peranan. Ini lah perkara yang terjadi jika terlalu risau. Raina hanya mampu berdoa agar keputusannya tidak teruk.

"Puteri Nur Aisyah binti Kamaludin". Serta merta Raina berdiri tanpa sebab. Tersalah dengar nama. Mata Raina memandang pada susuk tubuh gadis tinggi berjalan ke arah pentas. Raina kembali duduk.

"Ah Raina. Jangan perasan lah. Kau tak akan dapat naik pentas macam 'kembar' kau tu". Keluhan berat dilepaskan.

Patut ke dia terus pulang ke rumah? Atau tunggu sahaja sehingga namanya akan diumumkan?

"Puteri Nur Raina binti Dato' Luqman!"

Dengan satu nafas nama Raina disebut membuatkan gadis itu tercengang. Cikgu Zaleha tersenyum manis memandang pelajarnya itu. Cikgu Zainal dan Cikgu Rahmat bertepuk gembira di tepi dewan sekolah.

Pasukan sorak tak berbayar.

Air mata Raina tumpah kerana dia tidak menyangka dia akan memperoleh straight A dalam peperiksaan besar ini. Langkah diatur naik ke atas pentas untuk menerima sijil. Para ibubapa dan guru berkerumun mengambil gambar para pelajar yang berdiri di atas pentas bersama sijil di tangan masing-masing.

Wajah Raina agak sedih kerana kali ini Dato' Luqman tidak datang juga.

"Raina!! My princess dapat straight A!!" Nazim menjerit serupa nampak artis popular ketika masuk ke dalam dewan. Raina berlari turun ke bawah dan mendapatkan tubuh Nazim.

"Nazim! Awak datang. Terima kasih".

"Of course lah. Saya mesti lah berada dekat sisi awak selalukan?"

Raina tersengih. Nazim lah pengubat sedihnya tadi. Nasib baik dia datang menceriakan Raina.

"Mana Nizam? Kenapa dia tak datang sekali?"

Wajah Nazim berubah tatkala Raina menyebut nama Nizam. Raina berharap yang kembar berdua itu akan datang ke sekolahnya namun hanya Nazim sahaja yang datang.

"Along dah pergi".

Sorry late update!! Maybe lepas ni Niel tk update selalu sbb Niel duduk asrama.😌

Promote?

Tajuk Bodyguardku kembar??!
Author➡xyienzmr

Keep voting and comments!! Tq

Bodyguardku Mak NyahOnde as histórias ganham vida. Descobre agora