Bab 60

2.9K 176 7
                                    


"Along! Tolong angah! Abah jahat, along!" Nizam terus terjaga daripada mimpinya. Seluruh badannya berpeluh-peluh dan nafas Nizam tidak teratur. Wajahnya diraup sekilas. Sepanjang hayatnya, Nizam tidak pernah berpisah dengan Nazim selama ini. Nizam sangat rasakan dirinya tidak berguna sebagai abang.

"Nazim! Mana kau hilang! Aku rindu kau tahu tak!" Air mata Nizam mengalir deras. Lututnya dirapatkan ke dada dan wajahnya disembamkan ke atas lututnya. Segenap ruang bilik itu bergema tangisan Nizam. Wafi yang terjaga apabila terdengar suara Nizam menjerit terus menerpa ke bilik Nizam. Pintu dikuak sedikit dan kelihatan Nizam masih menangis sendirian di atas katil. Perlahan-lahan Wafi menutup kembali pintu bilik itu.

Badan Wafi disandarkan ke pintu bilik Nizam. Dia mula risau akan keadaan sahabatnya itu. Sudah banyak masalah yang hadir dalam diri Nizam dan Nazim. Tidak lama kemudian, tiba-tiba sahaja pintu bilik itu ditolak dengan kasar dan menyebabkan Wafi terjatuh mencium lantai. Nasib baik baru mop.

"Nizam! Kau nak pergi mana tengah malam ni?!" Wafi berkejar mendapatkan Nizam. Tangannya pantas mencengkam bahu Nizam dengan kuat. Nizam menepis kuat dan mengunci pergerakan Wafi. Anak mata Nizam memandang tajam ke dalam mata Wafi.

"Kalau kau kawan aku, jangan cuba halang aku. Nazim tu adik aku". Wafi kelihatan ketakutan apabila diugut Nizam. Apabila Nizam marah tiada sesiapa yang berani mahu menghalang Nizam walaupun Puan Ros. Nizam akan bertindak luar kawalan jika dia dihalang. Tidak kira sesiapa yang cuba menghalangnya.

Nizam melepaskan Wafi dan dia terus berlari keluar dari kem latihan itu. Tuan Rizwan hanya memerhati sahaja Nizam dari jauh dan menapak ke arah Wafi. Hampir sahaja Wafi melatah apabila tersentak dengan kehadiran Tuan Rizwan secara mengejut di sebelahnya. Terkumat-kamit mulut Wafi untuk memberi alasan kepada Tuan Rizwan.

"Biarkan dia Wafi. Saya dah lama kenal dia dan awak bernasib baik sebab tak kena belasah dengan Nizam tadi. Anggota polis akan memantau Nizam". Wafi mengangguk faham.

Bulan sudah berganti dengan matahari.  Sudah berkali-kali Raina cuba menelefon Nizam namun tidak berangkat langsung. Kereta diberhentikan di hadapan pagar kem latihan Nizam. Raina menapak ke arah pondok pengawal itu untuk mengisi borang pelawat. Mata Raina melilau di sekitar kawasan kem latihan itu.

"Cik Raina kan?" Wafi muncul secara mengejut di sebelah Raina. Gadis itu hanya mengangguk.

"Shahrul Nizam ada tak?"soal Raina meluru. Hatinya rasa tidak tenang selagi tidak bersemuka dengan Nizam. Kenapa Raina berasa risau akan keadaan Nizam berbanding keadaan Nazim?

"Maaf cik Raina. Nizam dari malam tadi tak balik sini. Saya tak tahu dia pergi mana". Wajah Raina berubah cemas. Jangan lah Nizam pun turut hilang bersama Nazim.

"Terima kasih. Saya minta diri dulu". Wafi tidak sempat hendak menghalang Raina daripada pergi. Raina terus berlari anak ke arah keretanya dan memandu tanpa hala tuju. Raina buntu. Dia tidak tahu Nizam pergi ke mana.

Sebuah kereta yang dari kem latihan tadi asyik mengekori Raina dari belakang. Raina berasa tidak sedap hati akan kereta itu dan terus menekan minyak. Semakin laju kereta yang Raina pandu, semakin laju pula kereta yang mengekori Raina itu. Tiba-tiba sahaja kereta milik Raina hilang kawalan. Nasibnya baik kerana mampu memberhentikan kereta itu di bahu jalan.

"Lebih baik kau keluar sekarang kalau nak hidup". Perlahan-lahan Raina menapak keluar dari dalam perut keretanya. Dalam hatinya sudah menjerit nama Nizam dan sekuat hatinya. Kalau lah dia turut serta dalam kelas Nizam tentang seni pertahankan diri, pasti dia dapat larikan diri daripada lelaki itu.

"Masuk". Raina ditolak kasar masuk ke dalam perut kereta. Fuad mengambil alih kereta Raina manakala Kirul pula memandu keretanya. Rudy menjaga Raina di bahagian belakang kereta. Mereka terus memecut ke rumah. Rancangan mereka hampir berjaya.

******

Nizam terbaring di tepi padang. Orang ramai yang lalu lalang di situ dia tidak peduli lagi. Jika orang lihat perlakuan Nizam, pasti orang akan mengatakan yang Nizam gila. Wajah Nizam diraup sekilas dan tatkala dia membuka matanya kembali terus mendapat tamparan daripada seorang lelaki.

"Kenapa kau tampar aku?! Dan kenapa muka kau macam aku? Wait.. Aku rasa aku dah gila. Hahahaha!" Nizam tergelak berguling-guling di atas rumput itu. Nazim menghela nafas berat. Menyesal pula dia rasa kerana tinggalkan abangnya begitu sahaja. Sudah jadi gila pula.

"Along! Ni angah lah! Shahrul Nazim! Bangun la!" Badan Nizam digoncang kuat sehingga Nizam menggagahkan diri untuk duduk bersila. Dia memandang wajah Nazim lama.

"Tipu. Nazim dah hilang. Kau ni mesti roh dia kan? Kau tak tenang ke Nazim? Aku minta maaf sebab tak jaga kau dengan elok". Tiba-tiba sahaja Nizam beremosi. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Nazim menepuk dahinya sendiri.

"Alonggg! Sedar lah! Ni bukan roh ke apa. Ni angah. Nazim, angah dah balik". Nizam mengangkat wajahnya. Air matanya deras mengalir apabila mendengar ayat itu lantas dia memeluk erat tubuh Nazim.

"Aku minta maaf Nazim. Sebab aku lah kau kena langgar. Sebab aku umi risau pasal kau. Aku tak pandai jaga adik sendiri. Aku minta maaf". Tangan Nazim mengusap perlahan belakang tubuh Nizam. Dagunya diletakkan di bahu Nizam. Ya. Memang tak tipu. Nazim rindukan darah dagingnya, Shahrul Nizam.

"Along tak perlu minta maaf. Angah dah tahu siapa dalang semua benda ni".

"Ya! Aku tahu pasti orang tak guna yang..." Nazim pantas menekup mulut Nizam daripada terus menjerit dan membebel di tengah padang itu.

"Kita ada masalah besar sekarang ni, jadi lebih baik along berhenti membebel". Nizam menepis tangan Nazim.

"Apa?"

"Princess kita hilang". Satu tusukan tajam tepat terkena di dada Nizam apabila mendengarnya. Sakit.

Bodyguardku Mak NyahWhere stories live. Discover now