Bab 5

1.8K 26 0
                                    

Erza menghabiskan masa berbaring di bilik tidurnya. Sejak dia jadi penggangur, kerjanya asyik tidur jer. Makin lama Erza menjadi semakin bosan hidup macam gini. Takkan selamanya dia tidak mencari kerja?

Hmm...sejak ibu Erza, Puan Wati pergi menghadap illahi setahun yang lalu, Erza bercadang untuk bersara dari menjadi jururawat. Hatinya tidak kuat untuk menghadap pesakit lagi. Ramai yang kesal dengan keputusan Erza, tapi entahlah...Erza pun tidak tahu macam mana nak jelaskan apa yang dirasainya.

Sekarang, dia 'officially' menjadi anak yatim piatu. Ayahnya sudah lama pergi. Erza masih ingat sebelum ayahnya menghebus nafas yang terakhir, dia memberitahu yang dia bersyukur...kerana sempat menyaksikan kejayaan hidup anaknya.

Setiap kali mengenangkan kata-kata ayahnya , ia membawakan perasaan sebak ke hati Erza. Kasihan ibu bapanya...kasihan ayah kerana mendapat anak durhaka seperti abang. Ayah yang sakit-sakitan begitu pun hampir dipukul oleh abang.

Sejak itu, Erza belajar tungkus lumus untuk ibu bapanya. Dia ingin cepat bekerja dan membawa mereka pergi jauh dari abang. Dia ingin memutuskan tali persaudaraan dengan iblis itu. Itu bukan abang Erza.

'Psttt...busy ke?' Satu teks kiriman dari Hadif mengejutkan Erza dari nostalgia.

'X. Pehal?'

'Kluar jom. 😊'

'Uhm, tgh kerje ni.'

Terus telefon bimbitnya berdering; panggilan dari Hadif. Erza menjeling melihat namanya yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Apalah yang si dia ni nak...

"Pehal! Aku tengah kerja ni!" Jawab Erza garang.

"... HAHAHAHA!!!" Tiba- tiba Hadif ketawa terbahak-bahak. Erza dah pening dengan si lembut ni, gila ke apa?

"Buang tebiat eh?"

"Takdelah...kau kalau tak nak kluar pun agak-agaklah. Baru sekejap tadi kau kata kau tak busy. Tup...tup...kau kata kau kerja! Aduiii...hah! Anyway bestfriend kau da bilang aku awal-awal lagi yang kau dah berhenti kerja."

Ambek kau! Merah padam muka Erza. Dia mula gelabah,"..aku tak maksud kerja tu..aku kerja..kerja..KERJA CAT RUMAH!"

Sekali lagi Hadif ketawa.

"Dah dah! Tak payah nak berdalih sangat. Aku tunggu kau kat bawah rumah pukul 5 ptg. Aku blanja kau makan. Bye!"

"Eh ja..jap! Mana kau tahu rum..ah..a..ku..."

Toot...toot...

Talian sudah pun diputuskan sebelum sempat Erza nak tanya. Urgh!!!! Dia tak kata pun dia setuju nak keluar dengan mat bunga tu. Hish!

10 minit sebelum pukul 5 petang, Erza sudah menunggu di bawah block rumahnya. Dia memakai baju t shirt hitam dan seluar jeans lusuh. Kaki, standard! Pakai selipar.

Sementara menunggu si mat bunga tu datang, Erza mengeluarkan sebatang rokok. Dia sedang berdiri berhampiran dengan vending machine apabila dia ternampak seorang wanita sedang menuju ke arah kereta hitam.

Fuhh! Kalaulah dia secantik wanita itu. Serba serbi sempurna, dari bentuk badan...wajah...rambut... Hais! Dia seorang saja yang selekeh.

Bunyi horn menyedarkan Erza dari pandangannya kepada wanita tadi. Hadif sudah sampai! Lekas-lekas Erza menghabiskan sebatang rokok itu sebelum masuk ke dalam kereta.

Hadif tidak berbual apa-apa bila kereta mula bergerak. Erza menjeling sendiri...mengada-ngada, dah ajak keluar tu, bebual lah sikit!

"Kau masih merokok lagi?" Tanya Hadif tanpa menoleh. Tumpuannya hanya di jalan raya.

"Kalau tak tanye soalan obvious tak boleh? Kau da nampak kan tadi." Jawab Erza malas.

"Kau tu perempuan..."

"Apehal dengan jantina aku? Ada undang-undang ke yang cakap perempuan tak dibenarkan merokok?" Erza mula melawan kata.

"Tak elok dipandang orang."

"Aku peduli ape? Hidup aku, aku yang tentukan! Aku tak susahkan orang. Aku susah ke ape ke, ada dia orang tolong? Aku sendiri faham diri aku dah cukup."

Hadif menggeleng-gelengkan kepala dab terus senyap. Mungkin malas nak melawan kata dengan Erza.

"Nak gi makan kat mane ni?" Erza mula tertanya-tanya.

"Adelah..."

Terima Kasih CintaWhere stories live. Discover now