Bab 28

1.9K 35 0
                                    

Erza bangun dan mendapati Darul tiada disisinya. Serta merta kejadian pagi tadi imbas kembali di mindanya. Erza memukul-mukul bantal tanda geram dengan tindakan bodohnya sendiri. Rasa bersalah mula bertandang di hatinya.

Yelah...kejadian semalam tiada kena-mengena dengan Darul tapi dia yang kena tempiasnya. Sudah lamaErza tidak berkelakuan kurang waras seperti semalam. Satu, selepas kematian Rizal, kedua dan ketiga selepas kematian ibu bapanya.

Nampaknya kemunculan Clara benar-benar telah memberi impak yang besar kepada hidup Erza. Clara hanya sejarah hitam yang tidak mahu Erza ingat kembali.

Erza keluar dari bilik untuk menyediakan sarapan tetapi Darul sudah terlebih dahulu menyediakan pancake . Dia melihat pancake yang dihiaskan dengan strawberry dan honey. Mmmdap...

Erza menelan air liur melihat pancake yang dibuat oleh Darul. Darul yang melihat reaksinya tersengih sambil tertawa kecil kepada Erza. Aik...dia tak marah ke..?

"Untuk siapa ni..?" Erza berpura-pura tidak tahu dan bertanya soalan bodoh.

"Ouh...ini untuk singa betina yang mengamuk." selamba Darul membalas dengan sinis.

"Abang nak cakap saya ni singa betina ke?" tempik Erza tidak puas hati.

"Siapa yang makan cili terasalah pedasnya..."

"Mana ada cili nak makan cik abang oi. Awak siapkan makanan keju bukan sambal belacan!"

"Aik...selain marah-marah ni takde pape ke nak cakap kat abang?"

Merah padam muka Erza. Dia tahu Darul mengungkit pasal hal pagi tadi.

"Sorry." Sepatah, cepat dan ringkas sahaja Erza meminta maaf.

"Kalau tak ikhlas lebih baik tak payah minta maaf!" nada suara Darul sudah bertukar. Tidak lagi mengusik seperti tadi.

"Hais...yelah saya minta maaf sebab pagi tadi. Saya tak patut berkelakuan begitu dan kurang ajar kat awak. Im really sorry!" Kali ini Erza memohon maaf dengan nada serius dan ditekankan sedikit perkataan 'sorry.'

"Lagi?"

"Apa yang lagi." Erza mula merungut dengan wajah yang masam.

Darul menadah kedua-dua belah tangannya. Ada sedikit senyuman yang terpalit di bibir Erza ketika itu. Dengan senyuman yang menghiasi wajahnya dia terus berlari ke dakapan Darul.

"I'm really sorry, abang." rayunya dengan manja. Darul membalas dengan pelukan erat dan menepuk bahu Erza perlahan.

"Abang pun nak minta maaf sebab tampar Erza."

Lekas-lekas Erza menidakkan kata-kata Darul. Memang itu salahnya dan tamparan itu memang patut baginya kerana biadab kepada Darul.

"Nah...it is my fault."

"Yelah ape-ape je lah sayang...abang da lapar ni. Nanti pancake dah tak panas dah hilang da nikmatnya."

Terus Darul menarik dan menempatkan Erza di tempat duduknya. Dia menuangkan susu ke gelas Erza lalu mereka pun memulakan sarapan pagi.

Erza sedang menantikan Ainul yang ingin berjumpanya di sebuah pusat membeli belah. Tapi seperti biasa dia lah yang selalu menunggu Ainul yang memang terah dalam bab tidak datang tepat pada waktunya.

Erza mula kebosanan menunggu Ainul di tempat yang sama selamat 20 minit. Lantas dia bercadang untuk berjalan-jalan sekitar mall itu untuk mencuci mata.

Sedang dia melayan perasaan sebal dan geram berjalan seorang diri sementara menunggu Ainul, mata Erza tertancap pada seorang wanita hamil yang seperti dikenalinya.

Terima Kasih CintaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant