Bab 9

1.7K 27 0
                                    

Erza melopong melihat restaurant yang mereka kunjung. Ini restoran class punya class class ni... Mesti mahal. Dia menepuk dahi sendiri, mesti lah mahal! Kalau murah orang kebanyakkan macam dia pun mampu makan dekat restaurant ni.

Tiba-tiba tangannya disentuh lembut oleh Darul. Erza melepaskan tangan dari genggaman kerana lakonan cuma di dalam restauran je, dekat luar, biar buat hal masing-masing.

Entah bagaimana Erza hilang kawalan dan hampir jatuh hingga (cliche) Darul merangkul pinggangnya agar tidak jatuh. Kalau tidak... Forget the meeting man!

"Tangan!" Darul mengesah Erza untuk menghulurkan tangannya. "Sebab kau masih tidak biasa dengan kasut tumit tinggi, aku mesti pimpin kau. Dan juga, untuk nampak real, suka tak suka kita mesti berpimpinan tangan setiap kali di luar rumah. Faham?"

Erza tidak menjawab... Suka hati kau lah!

Jantung Erza berdegup kencang; takut kalau dia tidak dapat menjalankan lakonan ini. Mereka menuju ke sebuah meja di mana ada seorang lelaki da wanita berumur dalam lingkungan 40'an dan gadis yang dia nampak tempoh hari.

"Ah! Darul, sampai juga awak. Siapa ni?" Lelaki tua memandang tangan Darul yang bersatu dengan Erza.

"Dato, Datin, Cik Mai, inilah bakal isteri saya." Darul memperkenallan Erza pada mereka.

Gadis yang dipanggil Cik Mai itu mula cemberut. Jelas tidak suka dengan kehadiran Erza di situ. Dato hanya mendiamkan diri seketika dan menjemput mereka duduk.

Tiada soalan yang disuakan semasa menikmati makan malam sehingga Cik Mai menjatuhkan soalan.

"So...Darul. You tak kutip perempuan ni dekat mana-mana untuk menolak pinangan papa I kan?"

Hampir tersembur makanan yang dikunyah oleh Erza. Nasib dia boleh control. Segera Erza meneguk segelas air...sumpah, perempuan ni mulut takde kelas!

"Ouh sama sekali tidak Cik Mai. I kenal dia dari zaman universiti lagi. Kami memang mencintai satu sama lain sejak itu." Balas Darul tenang dan masih dengan senyuman.

Ok selamat...Erza tidak menyuap sembarang makanan lagi ketika itu kalau tidak pasti dia tersedak. Bercinta? Puhleaaseee...bertegur pun jarang-jarang.

"I tak faham dengan you ni, Encik Darul. Kenapa you mesti pilih dia daripada I? I tengok dia ni biasa-biasa saja..."

"Betul tu Darul, apa yang anak I cakap tu betul. I pun hairan juga... I sangkakan you akan bawa wanita yang lebih...hmm..entahlah." Dato tua tu pula menyampuk.

Sabar Erza...Sabar...

"Bila kita mencintai seseorang...kita tidak akan dapat melihat kelemahannya Dato. Cinta itu kan buta? Saya akan terima bakal isteri saya seadanya. Tidak kira lah kalau dia cacat? Buruk? Gemuk? Kalau sudah cinta...semua itu menjadi cantik."

Woah... Erza merenung Darul dengan senyuman. Entah bila Darul turut menoleh dan merenung ke dalam anak mata. Bagaikan ada tarikan...mereka memandang satu sama lain lama sehingga...

"Tapi I nak kahwin dengan you! Tidak boleh ke you pandang kat I pula dan cuba untuk mencintai I?" Cik Mai membantah keras.

"Saya minta maaf...Cik Mai, Dato, Datin. Hati saya cuma milik bakal isteri saya, Erza."

Cik Mai cuba untuk melawan lagi tetapu ditahan oleh Dato ape entah namanya pun Erza masih belum tahu lagi.

"Sudahlah tu Mai...bukan jodoh kamu dengan dia."

Cik Mai makin bengang. Terus dia bangun dan beredar dari situ. Dato terus meneruskan makan seperti tiada apa-apa.

"Saya pergi pujuk Mai."

Boleh bercakap rupanya Datin tu...ingatkan bisu. Dari tadi senyap aja...

"Erza...jadi apa yang buat awak terpikat dengan Darul." Dato mula berbual dengan Erza.

"Segalanya Dato. Kematangannya di usia muda ketika di universiti dulu. Caranya yang sangat mengambil berat tentang orang lain. Tidak lokek ilmu... Dia inspirasi saya untuk terus berjuang dalam hidup."

Erza meletakkan tangan di atas tangan Darul membuatkan lelaki itu gelabah. Muka dan telinga Darul merah, aik? Takkan malu kut?

"So i take it that you guys going to get married in a few months?" Teka Dato.

"Actually...by this week Dato. Bukan apa Dato. Saya rasa lebih selamat kalau kita berdua lekas-lekas bernikah. Sebab saya tidak mahu apa yang terjadi pada saya terjadi pada Erza. Saya tidak mahu orang lain meminta dia bernikah dengan lelaki lain pula nanti."

Dato meletus ketawa langsung tidak tersinggung dengan kata-kata Darul kerana dia tahu bukan niat Darul untuk menyindir atau menyakitkan hatinya.

"Besar-besaran ke majlis tu nanti?"

"Tidak...kami berdua anak yatim piatu. Saudara pun tidak ada...kami hanya membuat kecil-kecilan bersama beberapa teman rapat di masjid saja Dato."

Erza hilang dalam fikirannya sendiri. Mestikah perkahwinan ini diteruskan? Tidak boleh kah dia berhenti di sini saja?

"Kalau gitu saya mengucapkan tahniah kepada awak Darul. Tetapi kalau saya dapat tahu...ini semua cuma helah untuk menolak pinangan saya. Saya akan pastikan awak tetap akan menikah dengan anak saya."

Dato memberikan senyuman manis dan beredar setelah melunaskan bil. Erza rasa tidak sedap hati...hidupnya betul-betul tersekat sekarang.

"Jom balik." Darul memimpin Erza bangun. Kerana terlalu taksub dalam gelombang fikiran, Erza hanya mengikut rentak Darul.

Terima Kasih CintaWhere stories live. Discover now