Part 16-Muka Toya

170 7 0
                                    

Kali ni kita ada satu lagi karakter POV. sorry lambat publish, kene writer block 😭😭😭

Now I come back. So enjoy lah eh. Kene tengok apa jadi selepas Syue kecewa kan. Jangan lupa jugak dengan Akmal yang tengah patah hati tu. 😉 love you guys.

Aku sudah berada di Lapangan Terbang dan aku perhatikan ramai lagi rakan-rakan sekerja yang dah sampai. Nurse Wati dari wad bersalin sama dengan aku pun dah sampai. Aku pusing dan pandang Zana dengan Kema.

Aku pelik memerhatikan diorang berdua. Senyap je, Zana yang suka menyakat tiba-tiba alim pulak sejak semalam. Kema yang macam budak-budak pun bertukar bisu. Hanya keluarkan sepatah dua kata. Sejak bila diorang jadik budak-budak introvert nih. Pelik betol aku.

"Hoi, aku dah nak berangkat ni. Jangan lah buat muka toya korang kat sini. Sedih lah nak pergi kalau macam ni." Aku memerhati mak jemah dua orang kat depan aku ni.  Dari jauh aku nampak Piah yang baru sampai.

Zana angkat muka dan senyum kat aku. "Pergi India nanti jaga diri. Jangan nak menggedik ngan mamat India kat sana."

Akhirnya Zana yang suka menyakat dah kembali. Aku pun senyum kat dia. "Kau gila?! Lelaki Melayu pun aku dah pening, ni kan lelaki India. Nak cakap apa nanti. Macam ayam ngan itik bercakap pulak. Aku mana reti bahasa India."

Kitorang gelak dan Piah yang baru sampai ke tempat kitorang berdiri menepuk bahu Kema.

"Mujur kau belum pergi Syue. Sempatlah aku babai kau ke India." Piah bersuara.

Aku terus peluk Piah. "Wehhhh, dah lama tak jumpa kau. Sekarang makin susah nak jumpa kau kan. Mentang dah ada laki." aku jeling manja kat dia.

Piah senyun sendiri. "Kalau nak rasa, kahwinlah cepat."

"Nantilah, belum sampai seru." aku pusing ke belakang dan nampak pegawai yang bertugas jaga kitorang di India dah sampai. "Oklah, dah nak pergi ni. Bye korang. Jaga diri."

Kitorang salam dan aku tarik pemegang luggage aku dan aku melangkah ke pesawat tentera yang bawa kitorang ke tempat aktiviti kemanusiaan kitorang.

Lepas settle letak luggage semua, kitorang duduk di kerusi yang ada. Pegawai yang nama Roslan tu bagitahu macam mana nak pakai segala menatang tali-tali ni. Untuk keselamatan. Kerusi sebelah aku, Nurse Wati yang duduk. Dan sebelah lagi kosong. Aku tengok keadaan dalam pesawat. Rakan-rakan kerja semua dah siap duduk.

"Baiklah," suara Encik Roslan kedengaran dan aku angkat muka. " penaja utama aktiviti kita hari ni akan turut serta dalam penerbangan ni."

Penaja utama? Siapa? Allah, kenapalah aku tak ambik tahu. Baik betul hati penaja ni. Bukan sedikit wang dilabur dalam aktiviti macam ni.

"Dipersilakan, Encik Muhammad Farhan bin Hairi." mata aku terus terbuntang bila dengar nama tu. Aku punya jari menggigil sejuk. Dah kenapa parkinson tetiba tangan aku ni. Hati aku berdegup kencang dari tadi. Dada aku pun berombak dengan laju.

Nurse Wati kat sebelah menyenggol lengan aku. "Itu, pakwe doktor kan? " Wati angkat-angkat kening kat aku.

Aku buat muka kat dia. Berkerut muka aku pandang dia. Nurse Wati hanya gelak mengekek. Cis, kuasam.

Kerusi di sebelah aku diduduki oleh seseorang. Aku malas nak pandang. Ada dua je kemungkinan sekarang ni. Antara Encik Roslan atau CEO KHANS Holding tu.

Tapi bila hidung aku menangkap bau yang aku biasa bau ni, sah. Bukan Encik Roslan.

Maigad!!!

Paan mengereng ke arah aku dan bisik. "Assalamualaikum, Syue."

JanjiWhere stories live. Discover now