7 ^ danial

12.4K 800 58
                                    




"Makayla..."

Makayla pantas berpusing belakang, "Apa?" Terdiam sekejap. Disangka Yazid, sebenarnya Yazdan. Yazdan cuma menjungkit kening dan matanya memandang sebelah dan jengkel je pada Makayla. Makayla terdiam. Makayla mencebik dalam hati je mampu.Yazdan ni.... agak berlagak dan bajet handsome je. Bajet gentleman.

Makayla berpeluk tubuh and riak wajahnya terang-terang menyatakan 'what?' pada si Yazdan ini. Yazdan mengangkat kening, like 'seriously?' padahal dalam hati dah tergelak besar dah tengok gelagat si budak kecik ni. Baru naik secondary dah berlagak. HAHAHA.

"Tu.... papa aku panggil." Yazdan menyatakan biasa, dan terus berlalu tapi sempat lagi dijatuhkan justifying look pada Makayla. Makayla ternganga tak menyangka dan mencebik geram. Dua ekor kembar ni, memang aku rasa nak je Iron Man kasi laser biar hancur.

Makayla berwajah masam dan mendekati Yazid yang cuma santai di sisi Uncle Haiqal. Nampak je Uncle Haiqal mengangkat wajah, Makayla terus hasilkan esakan yang dibuat-buat dan wajah yang berkerut luka menangis. Yazid rasa lucu tapi diketap giginya juga melihat perlakuan Makayla yang jelas dibuat-buat. Uncle Haiqal memandang Makayla.

"Makayla..." Haiqal membuka suara. Makayla mengangkat wajah dan memandang Uncle Haiqal dengan belakang tangan kanannya mengesat mata. Konon menangis basah sangat bagaikan tidak dapat aiskrim kegemaran. "Uncle nak minta maaf.... sebab Azid buat Kayla nangis. Maafkan anak uncle, ya?"

Makayla mengangkat kepala dan memandang wajah Uncle Haiqal. Senyum sahaja wajah Laksamana Maritim itu. Dipandang pula pada wajah Yazid, yang tersengih mengejek. "Uncle! Tengok Azid! Dia gelakkan Kayla!" Lagi sekali, Kayla meraung bagaikan dicubit pada badan saja lagaknya.

Uncle Haiqal dah mencerlung memandang Yazid. Yazid cuma ketawa lewa pada papanya. "Dahlah, pa. Dia buat-buat je tu. Dah, papa jangan risau. Azid tahu macam mana nak pujuk dia." Haiqal mengangkat kening sebelah, "Azid nak buat apa?"

Yazid cuma sengih dan memandang Makayla yang mukanya berkerut bagaikan nenek moyang di dalam hutan. "Azid bawak dia jalan-jalanlah. Azid belanja McD, confirm dah tak melalak macam ni." Haiqal terus berpeluk tubuh, matanya terus pada Yazid. "Sejak bila tahu nak angkat anak dara orang keluar ni? Siapa ajar?"

Yazid terdiam dan menggaru kening. Haiqal makin nak basuh, "Dah sure ke diri tu worthy enough?" Yazid memandang papanya. "Papa ni.... janganlah malukan Azid depan Kayl." Haiqal hampir ketawa mendengarkan itu. Baru Haiqal nak menyambung, Nisa mendekat, "Abang... dahlah tu. Ei awak ni."

Haiqal memandang Nisa. Tahu sangat dah, Yazid ni kesayangannya dari dulu. "Biar je Azid nak bawak Kayl jalan-jalan. Ajak Delisha ke, Adam ke ikut sekali. Bawak adik-adik makan cendol ke, lepak gerai goreng pisang ke mana-mana. Azid? Paham?" Yazid dah menggaru kepala. Tak kelasnya. Tapi diiyakan saja kehendak mama.

Baru nak bangun, terdengar jeritan alongnya dari dapur. "Papa! Cassiel make another move!" Yazid terdiam, termangu kemudian ketawanya pecah. Haiqal dah memandang tidak senang pada perlakuan Yazid ini. Bersama-sama dengan Nisa, dibawa dirinya ke dapur.

Bila sudah agak riuh di sekitar situ, dengan kanak-kanak dengan remaja-remaja yang pecah ketawa lagaknya macam orang hutan. Haih... dah macam rumah kebajikan banjir bila berkumpul semua ekor ni.

Makayla sudah berlari mahu melihat, bila tangannya ditarik Yazid. Makayla tidak jadi mahu berlari ke dapur, didongakkan kepala memandang Yazid. Uncle Haiqal dan Auntie Nisa sudah riuh di dapur. Jadi, dirinya hanya berdua sahaja dengan si monyet ni.

ZILLS AND ADARASWhere stories live. Discover now