Keep commenting and voting (ノ≧ڡ≦)
_______
"Kak Kayl!" Adelia beria memanggil. Makayla hanya angkat kaki tanda dia mendengar. Lagak serupa duduk dalam kolam renang sedang buat senamrobik renangan. Mata tak lari dari majalah di tangan.
Adelia duduk di sisi kakaknya yang duduk melurut ke bawah. Macam hape je kakaknya ini. Bila di luar, serupa model antarabangsa. Tinggi je kepala berjalan. Berlagak je. Ni? Bila di rumah, serupa anak orang gaji. HAHAHA. Serupa apa Adelia mengutuk kakaknya.
"Abang Azid bukan dengan monyet betina dia lah. Tu, cuma pasangan tak bernama je. Sebab buat projek sama-sama." Adelia beria sekali bercerita. Makayla cuma hm, diselak majalah dengan fokus. Seperti tidak diendah pun apa yang Adelia beria sampaikan.
"Akak dah tahu?!" Adelia hampir menjerit. Makayla cuma angguk sekali. "Pastu? Kenapa Azid meroyan? Beria suruh Adel pujuk akak. Kenapa akak tak reply WhatsApp dia?" Adelia bersuara lantang bertalu-talu.
Makayla mula eeeii. Dihempas majalah ke sebelahnya. Ditarik rambut Adelia yang bertocang sekali. Terjerit terus budak itu. Ketika itu juga, Zill melangkah dengan phone di tangan.
"Daddy! Help!" Adelia menjerit memohon pertolongan. Zill pandang sekilas. Ditutup corong iPhone dan laju membalas pada kedua anaknya itu. "Help yarhself." Terus Zill menyambung kembali perbualannya dengan si pemanggil.
Adelia terus ei, ei, ditepis tangannya pada tangan Makayla yang laju menarik-narik rambutnya. Makayla hanya ketawa keji. Tocang Adelia panjang. Makayla tarik ke arahnya. Adelia cuba tahan, ditarik ke arahnya balik.
"Aku takkan lepas, honey. Come. Come. Get me. Kuchi kuchi. HAHAHA." Makayla terkekeh keji lagi. Ditarik dengan kedua tangan. Lembut alunan jemarinya melentik menarik. Konon nak menganjing. Adelia beria ei, ei, ei menarik serupa lawan tarik tali.
Adena yang masuk ke ruangan itu selepas tamat grooming Comel miliknya, terus terlepas jeritan terkejut melihat apa yang jadi. Comel tidak melompat pun bila Adena menjerit. Kerana tuannya menjerit comel. Bukan macam si tuan yang nama Adel tu, menjerit serupa halilintar memecahkan tanah. Fuh!
"Kakak Kayla! Kakak Adel! Kenapa ni?" Laju Adena berlari ke sana. Diturunkan Comel di kerusi berhampiran. Dan terus langkahnya laju ke arah kakak-kakaknya. Dileraikan mereka yang saling tarik-menarik. Dari menarik rambut, hingga menarik leher baju yang dipakai.
Makayla masih sengih keji. Diflip rambutnya konon berlagak. Apa yang berlaku tiada kesan padanya. Kerana Adelia tetap kalah. Kerana aku kakak. Yang paling tua. Drama Queen, yang paling raja di rumah ini. WAHAHA. Begitu megah senyumannya tika ini.
"Kak Kayl ni, Dena. Dia kan meroyan minggu-minggu lepas. Monyet dia ada monyet betina baru. Padahal tak pun. Setakat lab partner pun, sampai nak meroyan banjirkan tangga. Pastu, bila monyet mintak maaf, beria dia tak layan. Ego! Monyet tu kacau aku tau, Dena? Sebab Kak Kayl tak reply WhatsApp dia. Aku rimas tau tak?"
Adelia melepaskan semua. Adena cuma diam dan em, em angguk-angguk saja mampu. Tidak tahu nak back up siapa. Dipandang Kak Makayla. Kak Makayla cuma eh? dan terus selamba menonton ular laut di kaca TV.
"Kak Kayl tak rindu Abang Azid ke?" Adena bertanya terus. Makayla cuma leh~, tak hirau pun. "Akak nak rindu dia buat apa. Eu, dia monyet lah. Akak mana pernah suka dia."
Adena dan Adelia sama-sama pandang. Adelia terkumat-kamit berbisik, 'Dia tipu. Dia tipu. Dia tipu.' Adena tekup mulut dari ketawa kecilnya terlepas.
YOU ARE READING
ZILLS AND ADARAS
Teen Fiction[THE HAISA's from Siapa Sangka? blend in with ZILL FAMILY from Your Boss Your Husband] So much to tell. So colorful to conceive. So behavior to unseen. So various to socialize. Zill's and Adara's of Zill Family. Zill Qayyim and Adara Aaliya. Embodi...