KISAH SILAM AZRUL (1)

17 1 0
                                    

DI RUMAH AZRUL...........................................................................................................

Azrul baring di katilnya selepas bercakap dengan rakannya. Dia teringat memorinya kembali sebelum semua perkara terjadi. Dia membuka diarinya dan membaca isi diarinya yang lalu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 TAHUN YANG LEPAS...............................................................................................

    Pada pagi itu, hujan telah turun dengan lebatnya. Azrul hanya berlari ke sekolah secara berhati-hati dia tidak mahu tergelincir dan jatuh, yang akan membuatkan baju sekolahnya itu kotor. Secara tiba-tiba dia telah ditolak oleh seorang pemuda. Pemuda itu meminta maaf dan berlalu pergi. Azrul tidak akan mengalah untuk sampai ke sekolah walau dengan halangan yang ditimpanya.

    Setibanya dia sampai di sekolah, dia membuka bekal yang dibuat khas untuknya. Dia makan dengan berseleranya. Walaupun makanan dalam bekal tersebut untuk waktu persekolahannya, tapi dia tetap hiraukan tentang perkara itu. Dia menjalankan sesi persekolahanya seperti biasa.

   Azrul meruupakan keluarga yang kurang berkemampuan. Tapi dengan semangat ibu bapanya dia akan rajin belajar sehingga dia berjaya mengubah nasib keluarganya. Dia mendapat bantuan pembelajaran daripada saudaranya. Dia sangat tekun. Dia tidak akan mengalah dengan halangan yang dihadapinya.

  Dulu, Azrul hanya murid yang rajin, suka membantu rakan kelasnya dan pelajar yang tekun. Walau apa pun yang berlaku dia tetap gagah. Dia suka membantu guru mengangkat barang dan membantu kawan-kawannya menjawab soalan yang kurang difahami. Dia merupakan murid yang dikegemari oleh warga sekolah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAPI

DISEBABKAN SATU SILAP LANGKAH

DAN KESALAHAN YANG KECIL

PERKARA YANG TIDAK DIJANGKA

MENGUBAH SEGALA KEHIDUPANYA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEWAKTU DI DALAM KELAS.............................................................................................

     Azrul membuka buku teks mata pelajaran Sains. Dia menuggu kehadiran guru ke kelas. Dia membaca buku teks tersebut. Semasa dia membaca buku teks itu, tiga orang pelajar datang ke mejanya.

     Azrul berhenti seketika apabila dia terlihat tiga pelajar itu. Dia menyoal dua murid tersebut
"Apa yang kamu bertiga nak?". "Tak ada apa-apa cuma menyampah tengok muka kau je." kata seorang murid itu.

     Tiga orang murid itu dikenali sebagai GENG HANCUR. Geng ini langsung tidak suka murid membaca buku teks. Kalau nampak sahaja mereka akan campak buku teks mereka. Geng ini licik, mereka tidak akan ditangkap oleh guru disiplin. Mereka akan berpura-pura baik di hadapan guru dan tidak peduli aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Ahli-ahli geng tersebut ialah Kamal, Zaidi dan Syafiq. Mereka sangat benci pada Azrul kerana dia kurang meluangkan masa bersama mereka hanya kerana dia mengulangkaji pelajaran di rumah.

     Azrul terkejut mendengar jawapan tersebut. Dia merisaukan sesuatu buruk akan berlaku sebentar lalu. Mereka bertiga datang hampir ke Azrul. Azrul semakin cemas dan hanya berharap guru mata pelajarannya datang. Kemudian, seorang cikgu masuk ke kelas. Cikgu itu memberitahu bahawa cikgu Sains kelas itu tidak hadir dan cikgu itu akan mengganti waktunya. Azrul menarik nafas setelah tiga murid itu pergi. "Phew! Nasib baik cikgu dah sampai." kata Azrul. 

SELEPAS WAKTU SEKOLAH..............................................................................................

     Azrul berjalan gembira untuk pulang ke rumah. Dia tidak sabar untuk masuk ke rumahnya. Apabila dia sampai ke rumahnya dia nampak tiga orang yang berdiri di hadapan rumahnya. Dia sedari bahawa tiga orang tersebut merupakan Geng Hancur. Azrul hanya ketakutan berdiri di simpang jalan. Tiga orang itu pergi ke Azrul dan bertanya "Kau nak buat sesuatu tak?"

APA YANG GENG HANCUR RANCANG?

APAKAH TINDAKAN AZRUL TENTANG PERKARA ITU?

AKAN BERSAMBUNG DI KISAH SILAM AZRUL (2)

BERSAMBUNG....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 26, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BAGAIMANA DENGAN KELASKU? (Discontinue)Where stories live. Discover now