Bab 2

28 0 0
                                    

"hai,nama saya Tasha dan ini adik kembar saya, Hanni." Tasha dan Hanni merupakan pelajar tingkatan 3 yang baru didaftar untuk memasuki asrama. "Sila beri tunjuk ajar." Selepas berakhirnya sesi perkenalan diri, cikgu menyuruh Tasha duduk di penjuru sebelah tingkap dan Hanni duduk bersebelahannya. "Baiklah, murid-murid, sila buka muka surat 24." Ketika guru sedang mengajar, Tasha hanya memandang ke luar tingkap.

  Tiba-tiba, dia nampak seseorang perempuan yang sedang ditarik ke dalam bilik stor lama. "Bukan sekarang waktu kelas ke?". Tanpa memikir panjang dia mengangkat tangannya dan meminta izin gurunya untuk ke tandas. Selepas keluar dari kelas, dia memberi isyarat kepada Hanni untuk menemannya ke tandas.
"Kenapa, akak?" tanya Hanni. Tasha tidak kata apa-apa dan menarik tangan Hanni ke bilik stor lama.
                           
                   〰〰〰〰〰

   Ain berasa sakit kerana telah dipukul oleh Angelina. Tangannya diikat dengan ketat serta kakinya. Mata Ain ditutup supaya dia tidak mengetahui lokasinya. "Padan muka, perempuan pekak! Siapa suruh sentuh lelaki aku." Angelina berasa puas setelah memukul Ain beberapa kali sehinggakan dia berlumuran darah.
 
    Tidak lama kemudian, seseorang telah pecah masuk ke bilik yang mereka berada kemudian. Angelina mengambil kayu besbol dan bersiap sedia untuk memukul orang tersebut. Akan tetapi, dia sempat menangkapnya sebelum terkenanya. Rupa - rupanya, mereka ialah Tasha dan Hanni. Mereka ke sana untuk mengintip kejadian tersebut." Awak buat apa disini? Kenapa nak pukul aku serta kenapa dia diikat dan berlumuran darah?" Tanya Tasha. Hanni bersiap-sedia untuk menahan Angelina daripada melepaskan diri. 
"Kau sibuk pahal!?" Angelina panik dan berasa geram kerana pelan untuk membalas dendam telah digagalkan.

   Akhirnya, Angelina dibawa berjumpa dengan guru besar dan Ain pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan. Ain bernasib baik kerana dia hanya akan mengalami amnesia. Dia hanya ingat kejadian 'buli' tersebut sementara ingatan sebelum itu tidak diingati.

sahabat selamanyaWhere stories live. Discover now